Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Thursday, September 28, 2006

Kalau ikutkan hati, memanglah aku nak update blog tapi seperti mana ibu2 mithali yang lain, bulan ramadhan ini memang 'schedule penuh' untuk aku. Biasanya masa bukan bulan puasa, aku akan update blog di sebelah malam tapi nampaknya tak ada masa langsung nak sentuh PC sejak mula berpuasa.

Hari ini adalah hari yang agak sedih. Semasa sahur pagi tadi, aku telah mendapat panggilan telefon dari babysitter yang memaklumkan kepada aku mengenai pemergian 'Nek K' yang berjiran dengan nya. Lepas hantar anak ke sekolah dan nak menghantar barang2 anak ke rumah babysitter, aku pun singgah sekejap di rumah Arwah Nek K. Babysitter aku ada kat situ. dari jauh dia terkumat-kamit mulut dia. Dari gerak bibirnya tu aku faham maksudnya, dia tanya aku nak tengok ke tidak wajah Arwah (kalau aku hendak, dia akan singkapkan kain yang menutup muka Arwah). Aku geleng. Aku takut tak boleh tahan sebak dan menangis kat situ. Malahan semasa aku peluk anak Arwah (mak kepada classmate anak aku), airmata aku dah bergenang dah. Puas aku menahan perasaan (menangis ni kalau dah start susah nak stop). Duduk sekejap aje sebab aku nak kena pergi kerja.

Aku pernah cerita pasal Arwah Nek K dulu. Rasa nya dalam sebulan yang lepas dia admit ke hospital. Sebenarnya dia memang selalu keluar masuk hospital. Operation, kemo, fisio etc. Sakit macam dia ni nampaknya macam tak ada kesudahan, kecuali kembali kepada Nya. Begitu lah perginya seorang insan yang telah sekian lama berjuang menentang penyakit Cancer.

Aku rasa sedih sebab dia dah balik ke rumah hari Jumaat yang lepas tapi aku belum berkesempatan nak menjengok dia. Itulah kalau dok bertangguh-tangguh nak menziarah orang sakit, akhirnya tak kesampaian. Ini memang perangai buruk aku. Setakat ini, termasuk arwah Nek K, dah 4 orang yang aku kenal, yang bila sakit kuat aku bertangguh-tangguh nak pergi ziarah dan akhirnya kembali ke Rahmatullah.

Sebenarnya bukanlah semua kenalan yang sakit aku tak pernah pergi ziarah. Ada yang aku immediately pergi ziarah kat hospital bila kena warded tapi setakat ini mereka yang aku pergi ziarah dah sihat dan masih hidup. Mereka yang aku dok bertangguh-tangguh tu yang dah pergi dulu.

Next time kalau ada sesiapa sakit dan aku rasa macam bertangguh-tangguh tu, eloklah aku insaf cepat-cepat. Aku kena ubah sikap dengan menyegerakan menziarah orang sakit.

Petikan dari http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2003/ic31_2003.htm
Menziarahi saudara yang sakit:

Di antara hak seorang Islam yang perlu dilaksanakan oleh saudara Islamnya sendiri ialah menziarahinya ketika dia sakit, sebagaimana hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

“Hak seorang muslim ke atas seorang muslim (yang lain) ada lima perkara, iaitu menjawab salam, menziarahi ketika dia sakit, mengiringi jenazah, menjawab (menghadiri) undangan dan mendoakan orang bersin.”

(Hadits riwayat Al-Bukhari)

Menziarah orang yang sakit itu hukumnya adalah sunat muakkadah. Banyak hadits-hadits shahih yang menegaskan mengenai ketetapan hukum tersebut. Antaranya ialah sebagaimana yang diriwayatkan daripada Al-Barraa’ Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata yang maksudnya:

“Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam menyuruh kami (melakukan) tujuh perkara dan menegah kami daripada tujuh perkara (iaitu), Baginda menyuruh kami mengiringi jenazah dan menziarahi orang yang sakit..................”



Akhir sekali, AL FATIHAH untuk Nek K.

11 comments:

  1. *Al Fatehah*
    semoga pemergian arwah di bulan mulia ini di cucuri rahmat.

    ReplyDelete
  2. Moga roh arwah akan dimasukkan kedalam golongan org yang beriman.

    Al Fatehah..

    ReplyDelete
  3. Al Fatihah.

    Kak Ni, sedih jek kan. Tapi redha ajelah.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah almarhumah pergi dalam bulan yang amat baik. Semoga kesakitan yang ditanggunynya selama ini menghapuskan bebanan-bebanan pada dirinya dan ringanlah beliau di kubur dan di mahsyar.

    Ramadhan Karim. Raya balik mana?

    ReplyDelete
  5. Ku Keng;
    Tiap2 tahun balik ke dua2 kampung, Perak & perlis tapi tahun ini raya pertama di perlis

    ReplyDelete
  6. Redhalah pada yang dah pergi.
    Al fatihah.

    ReplyDelete
  7. Al Fatihah kpd Nek K. Dan selamat berpuasa Cik Ni.

    ReplyDelete
  8. Al Fatehah.

    ya saya selalu cuba melawat orang sakit. It does make a difference

    ReplyDelete