Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Monday, July 17, 2006

Hari Sabtu lepas aku menonton satu rancangan dalam tv18 @ tv8 kalau tv bukan astro. Aku dah lupa nama rancangan tu – Hello Jacky ke Jacky Show ke tapi bukan Jacky Go Go Go.

Aku heran betul tengok rancangan tu yang menggunakan pelbagai bahasa- Mandarin, Kantonis, Jepun dan tak tahulah lagi bahasa cina dalam dialek apa. Rancangan tu ada jemputan 4 orang budak perempuan yang perlu memikat seorang budak lelaki. Mula2 tu host pun tanyalah bebudak perempuan tu pasal nama, umur, hobi dsb nya. Lepas tu bebudak tu kena buat persembahan- menari untuk 2 buah lagu! Memang heran aku menengoknya. Pandai betul bebudak tu hafal steps untuk 2 buah lagu. Yang tak seronok sikit tu pasal pakaian penari iringan –ish, memang tak elok mata budak2 memandang. Bila difikirkan balik mungkin ini budaya kat tempat dia orang (Hong Kong lah rasanya). Pakai seksi-meksi ni adalah sesuatu yang biasa- itupun aku agak ajelah. Lepas menari bebudak tu kena buat lakonanpulak. Tak tahulah apa dialog yang dia orang lakonkan tapi aku tengok bebudak yang berlakon tu menangis beria-ia. Sampai mak bapak dia orang yang jadi penonton pun menangis tersedu-sedan. Itu bukan nangis lakon2 lagi tapi memang sampai nangis betul2.

Memandangkan bebudak yang berlakon tu kanak2 dari luar negeri dan berbangsa asing- aku rasa kagumlah dengan kebolehan dia orang tapi sungguh tak adil rasanya jika aku katakan bahawa aku memang tak suka kalau rancangan tu melibatkan kanak2 muslim. Sungguh tak sopan rasanya. Apatah lagi bebudak perempuan tu menari dan membuat aksi2 untuk tujuan mengorat budak lelaki yang seorang tu. Takkanlah budaya macam tu yang nak diterapkan kepada anak2 muslim kita.

BTW anak2 aku tak tengok rancangan tu sebab sibuk main game. Aku rasa kemungkinan besar hanya orang berbangsa tiongha aje kot yang nonton rancangan tu.

~~~~~~

Pagi-pagi lagi dah rasa tak seronok. Apa tidaknya student uitm dah naik semester. Mulalah kami pemandu-pemandu terpaksa menghadapi kesesakan di roundabout seksyen 2 shah alam nih. Seksanya rasa pagi2 nak lalu kat situ. Aku memang bengang le dengan pemandu2 yang tak mahu bertimbangrasa bagi jalan nih. Bukan main susah lagi nak dapat lepas masuk ke roundabout. Aku rasa bukan aku sorang aje tapi sapa2 yang turun dari bukit berdepan dengan hotel uitm tu memang rasa bengkak giler punyalah. Macam biasa kami ni terpaksa buat bodo dan meredah aje masuk dalam roundabout tu walaupun dengan jelas ada kereta datang dari sebelah kanan. Nak buat macam mana lagi kan, kereta2 dari sebelah kanan forever takkan bagi jalan pada kami. Masuk ajelah. Kalau tak nak langgar korang slowkan atau hentikan lah kereta korang ek.

Selalu aku boleh nampak ekspresi muka pemandu2 yang bengang kat aku tu. Rasa macam nak angkat aje tangan dan tunjuk sign f**k kat depa. Depa ingat roundabout tu untuk depa orang uitm aje ke? (Sorrylah blogger2 yang student/ex-student/staff uitm) Mentang2lah kami orang-orang lain ni kurang intelek dari hgpa, kami ni tak boleh lalu kat situ ke.

Pada pemandu yang bagi jalan tu memang aku akan angkat tangan dan senyum selagi mampu.

Eh, apasal aku ni pagi2 isnin ni naik angin pulak. Kena istifar byk2.

5 comments:

  1. apa yang tak syoknya? tengok orang seksi la syok... ni bukan masalah orang intelek bawak kete... ni masalah pemandu tak berhemah dan tak reti berspona di jalan raya...

    ReplyDelete
  2. roundabout kat sini jau lagi horror. dengan lane salahnya. dgn bawak cam org gilanya. nyampah

    ReplyDelete
  3. sabau sabau..berbanyak bersabau eik..hihi

    ReplyDelete
  4. izhal;
    weiiiii... doce tau.....

    lollies;
    yelah banyak jugak dengar cerita pasal drivers kat middle east ni ganas semacam

    ajzie;
    InsyaAllah sabar. Kalu tak sabar - mahu jalan kaki aje pergi kerja

    ReplyDelete
  5. hehehe KakNi dah cat rumah ler. Cantik.. cantik!!

    Pasal rude drivers ni, kat memana kat Klang Valley mmg gitu. Makes me one of them bila tensen sangat.

    ReplyDelete