Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Monday, May 22, 2006

Semasa aku menulis entry ini aku tak putus-putus mendengar lagu Mithali Cintaku nyanyian Utopia. Lama sangat dah tak dengar lagu ni dan memang perangai aku bila suka kan satu-satu lagu tu aku akan dengar sampai aku muntah (jemu tahap gaban). Kerana lagu inilah aku lulus periksa JPJ lima belas tahun yang lalu (Subhanallah, tentulah aku lulus kerana keredhaan Ilahi, bukanlah kerana lagu ini), to be exact pada tahun 1989. Masa mula-mula aku bawa kereta tu aku agak panik kerana aku tak lepas masa nak memandu keluar dari padang ke jalan raya. Jalan tu curam dan aku tak pandai nak kawal handbrake, akibatnya enjin kereta 2-3 kali hampir nak mati. Akhirnya dapat jugak aku naik jalan yang curam tu dan memandu di jalan raya. Pegawai JPJ tu tahu aku dah panik dan diapun suruh la aku nyanyi. Kalau menyanyi hilang lah sedikit rasa gementar, kata pakcik JPJ tu la. Aku (masa tu sweet 18, muda dan bodo lagi) cuma terfikir lagu Mithali Cintaku, kebetulan lagu yang tengah hot masa tu. Aku pun menyanyilah dengan girang nya sepanjang tempoh driving test tu. Sampai sekarang pun setiap kali aku dengar lagu ini mesti aku teringatkan peristiwa kelakar tu.

~~~~~~

Dah berapa malam aku dan hubby tidur kat depan TV. Bukan. Bukan gila tengok bola ke apa ke, kami belum gila lagi. Kalau setakat negeri tanah tumpah darah aku tu kalah piala FA aku nak jadi gila memang tak berbaloi sangat lah. Memang tak puas hati betul aku tengok perlawanan tu tapi macam mana tak puasnya hati aku ni tetaplah tidak sama dengan penat nya manusia2 tu berlari keliling padang mengejar bola yang sebijik tu.

OK. OK. Berbalik pada cerita tidur ni... dah berapa malam dah kami tak dapat tidur dalam bilik (master bedroom, attached toilet) sebab bilik air orang kat apartment sebelah atas apartment aku ni bocor. Dulu dah pernah bocor tapi cuma melibatkan kesan tompokan air di siling dalam bilik air. Hari Jumaat lepas masa aku masuk bilik tergezutlah aku melihat siling dan dinding di hujung bilik aku tu dah ada kesan tompokan air yang besar. Nak buat aduan pun dah petang, pejabat penyelenggara dah tutup. Terkebil-kebil lah aku dibuatnya. Pun begitu kesan tompokan air tu bukan sebab sebenar kami tak tidur dalam bilik tetapi sebab plug air-cond berada betul-betul di tengah2 tompokan air tu. Plug air-cond kat bilik aku ni tinggi, lebih kurang 1 kaki dari siling. Tompokan air tu pulak beradius lebih kurang 1 meter. Besar kan? Takut betul aku kalau ada litar pintas bila aku petik suis air-cond tu nanti. Jadi, terpaksalah kami tidur di depan TV.


Aku dah cabut plug tu. Nampak tak kesan tompokan air? Tak sampai radius 1 meter kan? Makcik exaggerated lah

Kalau nak tahu kat situ la lokasi (depan TV, ruang tamu) yang paling nyaman sekali untuk tidur. Bila kami bukak sedikit sliding door apartment kami tu, maka menderu-derulah angin bertiup masuk ke dalam rumah (apartment aku ni kan ke di tingkat 8, memang angin kuat le). Bila tidur tu rasa sejuk aje. Yang tak best nya tu tempat tidur baru kami ni tidak cukup gelap, kalau nak ber ... pun seghiyau orang kat building sebelah depan tu nampak, maklumlah sliding door tu dah terbukak, angin kuat, langsir terselak-selak, lampu corridor agak terang. Masa tu rasa macam nak bangun pergi tutup aje lampu koridor tu. Aik? Ini bukan cerita pasal tandas bocor lagi, dah off topik pulak ya...


Kat sinilah kami tidur, depan sofa letak toto 2 lapis. Nampak tak langsir yang terselak dekat sliding door tu? Kalau tutup terus sliding door tu nanti angin tak masuk, tak ada ventilation, panas beb

Aku harap cepat-cepat lah depa tu repair masalah bocor ni. Lagi berapa bulan dah nak habis tempoh jaminan (biasalah rumah baru masih di-cover oleh developer selama 1 1/2 year), kalau ada lagi masalah selepas ini kenalah keluar duit sendiri, leceh lah. Pulak tu nak kena kacau orang kat apartment atas.

"Encik, tandas encik bocor, air dah masuk rumah kami, boleh tak jangan guna dulu tandas ni buat sementara waktu?"

"Habih? Aku nak bera* kat mana?"

Mungkinkah dialog ini yang akan aku dengar nanti?

Mungkin tidak.

Ish panjang pulak entry ni, padahal nak cerita pasal tandas bocor aje.

18 comments:

  1. satu tindakan yang mantap oleh ahni dengan mencabut soket tersebut...

    ps-amik test kereta kat mana?baik pulak pakcik JPJ tu...

    ReplyDelete
  2. izhal;
    kat kpg halaman saya lah, yang kalah dalam final piala FA baru2 ni.... hang dok kat hamamatsu tu hang follow dak perkembangan bola kat Malaysia?

    ReplyDelete
  3. KakNI,
    sportingnye pakcik JPJ tu.. apsal abang JPJ yg test saya dulu mcm nak makan orang.

    baik2 tidur tu..kang org blok sblh skodeng :)

    ReplyDelete
  4. ishk ni, bahaya no klu jadi apa2.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. cite test JPJ- saya rasa officer tu baik ada makna kot? Selalunya kalu ngan pompuan, lembut tengkok ckit mesti cair punya(termsklah saya...)Rasanya kalu saya bwk keta mampuih enjin 2,3 kali tu memang konfirm depa bg fail.nak buat camna?muka serabut!
    cite psl bilik- apartment kak bape bilik?pakai la sat bilik anak kalu nak together2. satu je bilik ayaq?memang standad tu ka apartment kat KL?

    ReplyDelete
  7. dik ubisetela;
    Baik, kalau tak kena re-test la kita. Agaknya muka kita innocent... muahahah

    wan;
    memang bahaya & naya! Rasanya nanti kena check dulu keadaan elektrik sebelum nak psg blk air-cond tu

    joe;
    Rasanya pakcik tu memang baik hati kot sebab tak ada lah pulak saya 'sogok' kat dia dengan apa-apa cara pun kecuali hiburan free (nyanyi lagu) kepada dia. Lagipun saya budak kecik lagi masa tu, baru 18 tahun, tengah muda belia, agaknya dia teringat macam anak dia kot
    Pasal bilik air tu ada dua, yg problem ini attached dkt master bedroom. Bilik pun ada 3, cuma lebih selesa tidur dpn TV. Kalu nak together-gether memang kena masuk balik dalam bilik la... bahaya wo kalau kat depan TV tu heheheh

    ReplyDelete
  8. dok malaysia pon tak follow perkembangan bola,bola malaysia ka, bola england ka, bola kedah ka semua tak follow... tapi ramai orang follow perkembangan saya... glamer saya ni ;)

    ReplyDelete
  9. leceh kan kalau ada masalah apa2 ngan rumah baru. Nak paggil org datang repair lagi leceh coz kena tunggu ler kena alih2 kan barang leh..berabuk lah..dah mcm2 lagi..Sabau aje lah yea..

    Saya pun sama dapat lesen 1989.


    Salam
    Ajzie

    ReplyDelete
  10. tension betul kalau part bocor2 nih...rumah teres (sewa) akak pun ada bocor kat bilik air...

    akak baru je dpt lesen heheheh...ketinggalan zaman sikit...tapi lega sbb dpt pegawai yg baik jugak...tersedut masa naik bukit, dia tanya "kenapa tu" akak jawab "panik" terus dia gelak ehhehehe

    ReplyDelete
  11. CikNi, kami dah emel kat hangpa. Nanti check ehhh

    ReplyDelete
  12. Ahni: Buat laa apa apa yang patut.... Asalkan tak menyalahi undang2 dan BAHAGIA bersama keluarga tercinta.

    Chewah cam baguz jer Jo..

    ReplyDelete
  13. Ajizie;
    Memang le leceh, pd sy yg x best tu sbb nnt org yg nak repair tu kena masuk dlm bilik tidur kita, ish segan betul kalau ada org luar masuk dlm bilik tidur

    Alex Lacey;
    Bocor tu may be sbb brg x berkualiti digunakan, kena make sure contractor tu guna brg yg elok. Baru dpt lesen? Mesti tgh syiok driving la tu, ok drive elok2

    Wan;
    Tenkiu

    TJ;
    Mmg cam bagus, aku tahu la hg tgh 'puasa' kah kah kah

    ReplyDelete
  14. eh si atiza ni. lain pulak komen dia.

    so dah pi complain?

    ReplyDelete
  15. wei...aku saja mai dok visit blog hangg...aku dah hampir setahun tak update blog...sibuk plak semedang...syok tengok blog orang ..ekekek...selalunya geng jantan ni pemaleh sket...lain la pompuan...ekekek

    ReplyDelete
  16. berak je depan pintu... tutup ngan langsir...

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete