Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Friday, March 3, 2006

Kadang-kadang tu bukan tak dak idea nak update tapi bila rasa macam nak rushing i.e. masa suntuk tapi hati nak update, masa macam ni idea tu tak mo keluar. Mulalah tulis merepek-repek.

Malam ni ada masa yang panjangggg untuk main internet, YM etc tapi otak ni macam tak mo kasi aku update. Tak tahulah pasal apa. Yang pastinya walaupun kebiasaannya jumaat malam aku selalu tidur lewat (sabtu cuti weh... bangun untuk solat subuh aje, tak payah nak kelam kabut gosok baju, kejutkan anak, siapkan depa ke sekolah...) tetapi! malam ni aku kena stop blogging awal and no TV. Kena pi ambik wuduk dan baca Surah Yassin. Well, itu 'arahan' dari hubby. Baca Surah Yassin dan Ayat Kursi dan basuh kaki sebelum tidur malam ini. Must do and no excuse (my excuse was~ last nite baru baca...ehek ehek). Hubby pun bukannya ada kat rumahpun, dia pi main futsal. Orang baru nak blogging dia telefon suruh pi mengaji pulak. Berdosa lawan cakap somi, tak pe give me another 5 minutes to update, ok (tu yang cakap masa suntuk tapi hati nak update)

So, weekend ni akan jadi satu weekend yang memenatkan bagi aku sebab esok (sabtu) pepagi lagi nak kena balik kpg (Perok) jengok mak mertua (entry semalam (hari khamis) dah cerita), lepas tu petangnya dah kena balik ke rumah semula sebab ahad girl ada sukaneka. Tadi pi sekolah boy (sebenarnya boy dan girl sekolah yang sama, cuma boy darjah 3 dan girl pra-sekolah), ingat nak tengok le boy participate dalam persembahan dan acara sukaneka tapi sebab aku ada meeting pukul 3 ptg, aku terpaksa stay sampai 2.45 ptg aje. Masa tu apa pun belum start lagi tapi dah tak boleh tunggu lagi, kena jugak blah. Alhamdulillah dia faham dan cakap "Ibu, pergi le ke office nanti lambat pulak"

Meeting started pukul 3, pukul 6.30 baru habis. Sebelum balik solat dulu le sebab takut tak sempat dah. Sebelum balik jugak call dulu restoran kat bawah apartment tu, order nasi goreng USA 2 bungkus. Dari office terus pi ambik anak, lepas tu singgah restoran ambik nasi goreng dan baru naik atas (duduk kat tingkat 8 kenalah naik atas kan....). Masuk dalam rumah terus suruh anak bukak astro channel 62 sebab justice league dah start.

"Cepat-cepat bentang surat khabar, meh kita makan, ibu lapar la"

"Abang pun lapar jugak"

Biasanya mandi dulu baru makan tapi lapar dan nak tengok cartoon punyer pasal untuk hari ini tak apalah. Cartoon tu pun bukannya siri baru tapi ulangan. Antara siri-siri terawal JL.

Mmmm.... ini bukannya anaknya yang nak tengok tapi mak dia. Hari ni continue cerita yang semalam punye.

5 comments:

  1. fuish ini satu weeked yang kita boleh paggil extended weekday... macam syok je planning gonchaq kali ni... perak, kl, sekolah, opis... tenaga mesti mau tinggi...

    nasik goreng USA tu berapa kali seminggu pekena??? dua bungkus pulak tu... power... hmmm, tom and jerry tak layan???

    ReplyDelete
  2. boleh tanya,,asal kena baca malam ni jugak? ada apa2 fadhilat? ke saya ketinggalan bas

    ReplyDelete
  3. apsal baca yaasin mlm sabtu bkn mlm jumaat? patutnya baca berjemaah(sekali hubby & anak2). anyway > baik baca dr tak baca ye...
    ooo peminat animation rupanye. animated(animasi jepun) tak minat? cam mirmio zibang

    ReplyDelete
  4. ubisetela- thank you sayang....

    izhal- letih wo... tiap2 hari kena tukar menu sebenarnya, kalau nasi goreng usa tu maybe 2 kali seminggu. 2 bungkus untuk kitaorang 3 beranak la bukan saya sorang! Tom & Jerry tak minat tapi more to adventure (tahap budak2 la..) paling minat Samurai Jack!

    lollies- itu kan more to personal reason...

    joe penang- animated jepung ada gak yang minat tp yg dah translate ke english le macam Teen Titan. Mostly yang ada kat Cartoon Network punya series saya minat.

    ReplyDelete