Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Tuesday, March 28, 2006


Busy eh... semalam letih giler. Malam ni letih gak tapi boleh le nak update blog dan hop hop hop.

"Sekarang ni masak sendiri, tak makan kat luar" -interview kat TV or radio pasal kenaikan harga minyak.

Me: Ek elehhh.. kalau ada masa bolehlah. Balik rumah pun dah lewat, lepas tu banyak kerja lagi nak buat. Kalau masak tu lambat le makan jawab nya. Biasanya OTW balik kerja dah beli dinner.

~~~~~Kepada Joe Penang:
Ini nak jawab soalan hang hari tu; Alhamdulillah sekarang ni memang dah dapat jimat minyak sebab kami dah ada Kelisa! Itu sebab budget lari sikit sebab masa beli hari tu loan yang approved tu dikurangkan sikit dari yang dimohon. Itu pasal bulan lepas dan bulan ini ada 'sangkut' sikit sampai nak kena let go sikit saham tu :-)
Walaupun loan dikurangkan sedikit, saya usahakan jugaklah sebab dah terpaksa. Masa tu keta Pujot hubby dah nak kena masuk workshop sangat-sangat dah. Dapat Kelisa sebelum Hari Raya AidilAdha, lepas ambik aje Kelisa tu, Pujot pun terus dihantar ke workshop. Sekarang Pujot tu dah OK dan dah ada buyer, loan pulak in-progress. Sikit hari lagi bye bye la Pujot *sedih jugak*

~~~~~Alhamdulillah meeting aku yang dah 5 kali postponed tu dah selesai hari ni. Jumpa lagi dalam masa 2-3 bulan. Kalau ikut law kena 'once in 3 months' tapi last meeting was in September.... apa nak buat kan, aku ni tukang arrange meeting aje, kalau korum tak cukup takkan nak meeting jugak. Sebenarnya aku bukan korum pun dalam meeting tu. Aku ni cuma assistant boss tapi assistant yang kena prepare page 1 sampai page 65 handouts/report untuk meeting ini dan boss cuma review last minutes i.e. petang semalam pukul 5. Semua amendment aku balik buat kat rumah. Pagi tadi aku jugak yang xerox dan buat binding, 15 salinan semuanya. Boss jugak memegang jawatan secretary dalam mesyuarat ini tapi yang tulis, taip dan edar minit mesyuarat pun aku jugak. Nanti nak keluar notis mesyuarat akan datang pun aku jugak :-(

Meeting kali ini aku tak rasa stress sebab tak ada isu yang kena 'tembak' teruk2. Nak kata kerja aku sempurna pun tidak tapi kami semua baru nak belajar, sama-samalah contribute, jangan asyik dok menunding jari aje.

~~~~~Kerja OSH dah settle satu, lepas ni nak buat kerja Kualiti lah pulak. Nak buat persediaan untuk Mini ICC Convention pada 10 April 2006 di Hotel Sheraton Subang.

5 comments:

  1. ni posting khas untuk joe penang je ke???

    anak gonhaq ke tu makan burger tu??? oishi oooooooo... terliur hamba tengok...

    ReplyDelete
  2. izhal: amboi cepatnya hang komen.

    Bukan posting khas untuk joe la, 2 dalam 1 tu, satu jawab soalan dia dan satu lagi untuk info kat orang lain jugak le...

    gambar tu my son masa darjah 1 (2004)

    ReplyDelete
  3. nak jimat masak sendiri kat rumah?ha3x. Gas setong naik sampai RM4.50. Ikan dah naik seringgit dua. So nak buat camna? Aha... Guna kayu api, tanam sayur & tangkap ikan sendiri, bleh? suruh menteri yg cakap tu buat dulu la... eh! sorry. rasa cam tulis kat blog sendiri plak.
    Ok la kenari for 4 person. Cukup 2 je kot? atau nak tambah lagi?he3x
    lumbu punya susu sapi dpt nama biasak la. Janji bleh hold & gaji tak terganggu pun dah cukup baik

    ReplyDelete
  4. Sian ko kena buat xerox, binding sume. Penat tu.

    Pasal saham BR tu, aku nak sbb bukan senang nak dapat saham dia. Pas tu div tinggi gila, mcm saham koperasi tentera.

    ReplyDelete
  5. joe: bukan kenari lah, kelisa

    wan: memang betul tu Wan, kalau bukan sebab aku nak pakai duit memang aku tak akan let go punya. BTW, lenkali kalau nak let go lagi saham tu boleh le cari ko....

    ReplyDelete