Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Tuesday, February 28, 2006

Subuh sepiee lagi hubby dah informed "Ayang, minyak naik 30 sen"

Me: " Oh ye ke.. semalam ayg isi minyak tapi separuh je "

Me lagi: " Beli le Kancil ke, apa ke, tok sah le naik pijot tu lagi hah "

Tak tahu lah kesan kenaikan tu terhadap aku and family yang semput-semput bila sampai bab duit ni. Gaji baru dapat 3 hari yang lepas tapi situasi aku ni macam gurun, macam padang pasir yang kering kontang. Ada lagi bil yang belum bayar ni. Cukai taksiran belum bayar (empat ratus lebih, teruk wo...)

Pening pening pening... memang pening giler.

Pagi tadi pergi briefing kat NPC pasal kriteria ICC yang baru, semakan 2006. Bestnya dapat makan free, laksa johor pulak tu. Cerita pasal makan ni kan, dekat bawah apartment aku ni ada 4 restoran. Satu tu kan, may be dah tutup atau tgh dok buat 're-branding' ... hahahah... what ever lah tapi masa ia baru bukak dulu aku excited le nak pergi cuba tapi hampeh.. servis lembab siput babi, harga mahal dan rasanya out! Hubby cakap cuba lagi selepas satu bulan sebab mungkin restoran tu baru bukak jadi tak berapa well organised lagilah.

Tak lama lepas tu restoran mamak pulak bukak sebelah ia. Aku tengok restoran mamak tu penuh aje orang tapi restoran melayu kat sebelah tu kosong aje. Aku tengok depa buat macam-macam untuk tarik pelanggan tapi tak berjaya, may be first impression tu betul2 penting. Bila mula-mula orang pergi dan rasa tak ok, orangpun tak nak pergi lagi. Aku ada jugak pergi 4-5 kali lagi lepas tu tapi kalau sebab kesian kan depa tapi aku pulak makan tak sedap dan kena bayar mahal, itu bodoh namanya. Ini bisnes bukan kebajikan. Sori lah ek.

Selain dari 2 restoran tu ada lagi 2 restoran org melayu. Satu tu pekerja dia orang utara. Makanan kat restoran ni pada aku memang sedap la. Masa mula-mula try, dua tiga hari kami anak beranak (me and my two kids) dok pi dinner kat situ. Yang aku heran tu sebab orang lain kata tak sedap tapi kami makan sedap pulak. Rupa-rupanya tukang masak dia ada 2 teams. Satu team tu sedap, satu team lagi tak sedap. Nasib le kan kalau masa kita order tu kena team yang tak sedap tu. Petang tadi aku pergi sound kat supervisor dia, aku siap tanya tukang masak petang ni yang masak sedap ke tak sedap, terkebil-kebil mamat tu nak menjawab soklan aku. Niway, aku order jugak la. Masa bayar bil, mamat tu siap pesan "Kakak Ahni, kalau tak sedap nanti sms saya tau"

Aku: " Jangan marah saya habak tadi tu ye "

Mamat restoran: " Tak pa, saya lagi suka, kalau tak habak kami tak tahu "

Petang tadi aku beli nasi goreng cina 2 bungkus kat restoran pekerja utara, ABC special kat restoran lagi satu dan 'sup sayur tak mau ayam, ganti daging dan letak cendawan butang' kat restoran mamak.

On the way naik ke parking atas, aku nampak kakak restoran tak sedap dan mahal tu tengah punggah barang kat restoran dia, itu yang aku kata samada depa nak tutup terus atau tengah dok buat re-branding/re-struture/plan b, what so everlah

BTW kakak restoran tak sedap dan mahal tu jiran sama tingkat dengan aku kat apartment ni.

8 comments:

  1. you pernah pergi tak rumah kakak yang masak tak sedap tu?

    ReplyDelete
  2. moral: kalau nak bukak kedai makan pastikan masakan tu sedap baru bukak kedai

    ReplyDelete
  3. melalut hari rabu nii. Ooo. engko ler 'Ayang' dalam surat tempohari..

    Melawak No..

    ReplyDelete
  4. hari ahad petang, kita orang pi la kedai makan ni, kunun nak minum lai chi kang - dia kata lai che kang tak ada, sirap aje ada..tengok decor kalah kedai perabot, ada air sirap je...terus kami blahh..

    masak ni sebenarnya sedap tu penting sangat, pas tu jangan lak sombong layan customer..

    ReplyDelete
  5. masalah duit ni biasalah. Ada masa senang ada masa sengkek. Tapi kalu every month sengkek must check up. Cut la mana yg patut. Ikut kata Pak Lah(ada sesapa sokong?)yg suruh kongsi keta, gunakan pengangkutan awam. Kalu kita dok kuarters JPN(misalnya) semua kakitangan sepejabat bleh share keta. Kalu pengankutan awam cekap & murah bleh la guna.ni...! Cakap(tulis) ni pun tak guna.Bukan depa dengak pun. Tp nak tulis gak...

    ReplyDelete
  6. ni gonchaq @ ayangMarch 2, 2006 at 5:26 AM

    lollies, tak pernah. rumah dia yg mana satu pun sy tak tahu, yg saya tahu bila naik lif, kami keluar di tingkat yg sama

    HK, betul. Itulah moral of the stowee.

    onde2,kadang2 kedai yg decorate lawa habis ni, mahal tp x sedap, hampeh....

    TJ, wei!!!!

    Joe, hanya org yg naik pengangkutan awam aje yg paham mcm mana keadaannya

    ReplyDelete
  7. harap-harap tempat kita ni, lepas rebranding nanti sedap le 'masakannya'

    ReplyDelete
  8. arcahijau, re-structuring kan... bilalah agaknya nak berlaku tu?

    tapi aku dok kat situ jugak le.... hampeh

    ReplyDelete