Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Tuesday, February 28, 2006

Mesyuarat & Bah

Semalam ada satu mesyuarat yang dulu aku pernah cerita hari tu, nak tahu- cancel lagi! Aku dapat tahu petang Jumaat yang lepas bahawa ada 3 orang courum (bossess) yang kena attend another function, instucted by the Big Boss. So, apa nak buat, kenalah aku cancel lagi. Lepas tu aku dapat tahu hal ini dah petang (actually dah habis office hour), jadi aku cuma dapat inform pasal cancel tu pada orang lain pagi Isnin. Masuk office aje terus calling-calling. Yang paling best- aku lupa nak cancel order makanan dan minuman!!! Sebenarnya masuk office aje, belum sempat aku calling-calling, tokeh restoran tu dah call dulu sebab dia lupa aku order untuk 10 orang ke 15 orang. Aku nak suruh cancel pun tak boleh sebab dia dah siap, cuma nak pack 10 atau 15 tu yang dia tak sure.

Kesudahan nya, meeting cancel dan kamipun dapat minum free... heheheh

Yang pentingnya my direct boss tak marah :-) Sebetulnya dia la yang aku takutkan, tapi dia tengah mood baik, diapun seronok sebab boleh minum free Agaknya dia tak marah sebab aku dah explain kat dia yang aku lupa nak cancel, lepas tu dia pun tahu yang hal meeting kena cancel tu pun last minute.

Kelmarin kat Shah Alam ada banjit kilat. Dalam paper tulis 'Shah Alam Banjir Besar'. Ish ia-ia aje depa tulis macam tu. Shah Alam tu besar, bila tulis macam tu seolah-olah satu Shah Alam tu dah banjir. Kalau dulu tulis 'Kangar Banjir Besar' tu logik le, Kangaq tu kecik. Aku rasa Shah alm ni mau 1/2 atau 3/4 saiz Peghelih kot. Niway, banjir tu kat area TTDI & Batu 3 dan area Seksyen 13 (area Giant, Apt. Perdana & Acapela). Kesian. Aku boleh imagine keperitannya sebab hari tu (tahun lepas) rumah mak aku kat Peghelih kena.

Bila difikirkan, banjir ini lagi teruk sebab berlaku masa sekolah, yang kat Penghelih, Kedah, Kelantan dan Ganu hari tu masa cuti sekolah. Kat office aku ni ada 2 orang manager tu BMW depa habih le kong kena rendam dalam ayaq. Itu tak termasuk segala jenis perabut mewah yang ada kat rumah depa Hangpa tau la area TTDI tu sapa yang duduk kan... Semalam ada officemate yang pi ziarah. Aku tak pegi, may be hari ni kot.

Aku harap tak ada blogger yang duduk area situ. Kalau ada aku tumpang simpati. Setakat ni, itu aje yang aku mampu buat - tumpang simpati. Nak huluq duit, aku pun tengah tercekik, tersedak, terjerut dok cari mana nak cover bulan ni ada sikit (actually- banyak) lari budget. Bulan depa cuti sekolah, kalau tengah 'kering' tak bolehlah nak ajak adik2 mai dari kampung bercuti kat sini.

1 comment:

  1. hang le antara orang-orang yang aku ingat bila depa siar kat tv pasai shah alam banjir. sib baik takde apa2

    ReplyDelete