Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Saturday, January 7, 2006

Jumaat & Sabtu

No update semalam, apa tidaknya bangun lewat setengah jam dari biasa- huh, terpaksa jadik speedy gonzales. Lupa nak kunci jamlah pulak. Selalu tu kalau kunci jam pun, tak dan dia bunyi aku dah bangun dulu. So semalam jam tu balas dendam kat aku.

Macam biasa anak dara aku tu dok teriak, celik bijik mata saja dah kata tak mau pi sekolah. Bila ada problem macam ni, ramai pulak yang tanya kat aku "Anak bongsu ke?". Nak kata bongsu tu tak sampai hatilah pulak. Tapi nak kata bukan pun tak boleh sebab memang dia yang last. Last dari 2 orang, bukan last dari 4 orang ke 6 orang ke. Pada aku nombor 2 tu bukan bongsu. Kesian dia tak dak adik. Dia tak tau mak dia takut beranak. Mak dia beranak sorang saja dulu pun mak dia dah tak mau mengandung lagi dah, takutttt.... tapi rezeki Allah nak bagi lagi seorang anak yang comel dan banyak akai dan melengkapkan 'gu', sorang boy dan sorang girl.

Pasal nak tukar ke Penang hari tu, just in case kalau ada orang nak tahu lah, sebenarnya kebetulan ada seorang staff tu dari Penang nak balik ke HQ sebab husband dia dah kerja kat area KL. Jadi opportunity dah terbentang luas untuk aku grab. Kesian kat dia. Bila my application rejected, dia tak dapatlah tukar walaupun application dia approved. So, kedua-duanya kena sabar. Kena tunggu lagi masa yang sesuai.

Hari ni nak balik ke TR, tapi aku belum siap apapun lagi. Itu yang bangun subuh2 buta nih, patutnya dok pulun packing tapi dok mai bertenet pulak.

Semalam, berita mengejutkan bagi umat Islam iaitu kejadian bangunan runtuh di Mekah, penarikan balik sijil halal dari satu kilang kat Perak dan rampasan ayam dan lagi.

Walaupun kejadian bangunan runtuh di Mekah itu bukan bencana alam tapi lebih kurangpun sama impact nya, kalau ditakdirkan kita berada di tempat tersebut, memang tak dapatlah kita nak elakkan lagi ketentuan kita samada cedera atau meninggal dunia. Aku doakan jemaah yang meninggal dunia itu ditempatkan di kalangan orang yang salih.

Yang aku tak puas hati sangat ialah berita penarikan sijil halal tu. Bukan. Bukanlah aku ni tak setuju sijil nya ditarik balik tapi aku bengang sangatlah, tak tahu nak bengang kat sapa. Dulu kes sosej tak halal, sekarang nugget. Syukurlah kita tahu dengan jelas brand yang ditarik balik lesennya tu. Kadang2 kat paper ni deme tak nak kabo brand, terpinga-pingalah kita meneka-neka. Nak makanpun payah. Itu belum masuk cerita-cerita yang disebarkan kat internet. Kalau ikutkan banyak sangat benda yang haramnya.

Pada aku inilah masalah yang sebenar. Banyak sangat cerita yang disebarkan di internet dan kita tak tahu yang mana satu yang betul dan yang mana yang tipu. Yang betul tu memang bagus sebab tujuannya nak maklumkan kepada orang ramai, tanggungjawab sosial. Yang tak betul tu yang geramnya, sebab niat email yang sebegitu biasanya adalah untuk menjatuhkan orang. Maklumlah bila ada orang yang berjaya sikit, mulalah keluar dalam internet kata proses nya tak halal dan sebagainya. Ambik contoh Amin@hHAss@n. Ada satu masa tu bukan main heboh lagi kilang tu kilang cina, buat produk tak ikut prosidur. Bila aku kebetulan pi melawat kilang tu, aku ambik lah kesempatan tanya pekerja kat situ. Memang sah fitnah. Aku pun dah pernah pi melawat 2 kilang proses ayam, satu kat melak@ dan satu kat p0rt kl@ng.

Ish.. panjang sangat dah entry ni.

Aku nak tambah sikit aje lagi.... iaitu aku soooo looking forward nak balik raya haji ni. Tahun ni raya haji kat Perlis. Dua sebab kenapa raya haji kat perlis. Satu, sebab dah lama dah tak raya haji kat sana (public holiday 1 ari je kat sini) dan keduanya sebab nak menengok mak & adik2 yang menjadi mangsa ayag bah.

Aku memang seronok sangat nak raya haji ni pasal hangpa tak tau betapa syoknya raya kat perlis. Meriah wo... boleh makan mihun sup lauk daging. Boleh jumpa daging dalam kebanyakkan masakan *terliur nih* Kat TR pun ada daging gak tapi MIL tu tak leh mkn, anak dia pun 2-3 org tak mkn daging, so daging is no-no kat rumah MIL. Boring betul...

5 comments:

  1. ladang ayam yang kena haram milik abang kawan-kawan kita gak tu... sebut nama kalu mmg kenal punya

    err.. baju kt gambar tu... urban batik sponsor ke...

    ReplyDelete
  2. kes ayam tuh. Dulu heboh pasai KFC. pas tu senyap. Cuma dlm kes ni guna dzhan(instict). Kalu rasa syak tinggalkan. Ada dlm hadis(kalu tak silap)
    tinggalkanlah apa2 yg meragukan
    k. slmt raya haji kat peghlih. Jangan makan daging nyk sgt. Nanti 'tangkap kepala'. Saya pernah kena tahun lepas coz makn byk sgt sup korban. Semlm tak lena...

    ReplyDelete
  3. KK- sendiri sponsor punyer le, baju raye

    joe- tak dapat pun merasa, tu yg tgh frust ni

    ReplyDelete
  4. Where did you find it? Interesting read »

    ReplyDelete
  5. Looking for information and found it at this great site... » »

    ReplyDelete