Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Thursday, January 2, 2014

Jalan-jalan cuti sekolah; Makan Nasi Kandar di Pulau Pinang


Nasi Kandar originated from Tamil Muslim hawking home-cooked curry dishes
and rice from containers slung from both ends of a kandar (a wooden stick)


Orang kata kalau pergi ke Pulau Pinang tidak sah jika tidak makan nasi kandar. Siapa yang nak declare sebagai tidak sah pun tak tahu ler.... heheheh....

Walau apa pun kami tetap masukkan juga agenda makan nasi kandar ke dalam jadual kami selama 2 hari di Pulau Pinang. Saya bukan peminat nasi kandar, jadi sebenarnya saya tidak lah kisah sangat tapi ada seseorang yang memang berhajat nak makan nasi kandar kan, layan jer kan.... 

Gerai yang mula2 kami pergi untuk dinner nasi kandar ialah Nasi Kandar Line Clear yang terletak di 177 Jalan Penang, Georgetown. Mula2 kami gunakan perisian mobile Waze untuk pergi ke sana tetapi terlalu mudah untuk 'miss' gerai ini, sebabnya gerai ini terletak di lorong di antara bangunan kedai di Jalan Penang. Yang lagi best, gerai ini terletak bersebelahan dengan sebuah restoran nasi kandar. Hati-hati, jangan tersilap masuk ya. Gambar di bawah ini saya dapat dari website http://www.visitpenang.gov.my/portal3/where-to-eat/food-blogger-ck-lam/nasi-lemak-line-clear.html sebab kami pergi di waktu malam, jadi tak dapat lah nak ambil gambar sebegini kan.... 

Lokasi di lorong antara bangunan kedai.

Setelah gagal mengesan gerai melalui Waze, kami pun mula check di internet mengenai lokasi sebenar gerai ini. Tengah dok meronda-ronda mencari tempat, kami pun ternampak papan tanda tempat parkir Nasi Kandar Line Clear, terus kami masuk ke tempat parkir tersebut. Kami menyangka telah tiba di gerai makan tetapi rupa-rupanya terpaksa melalui satu lorong yang di belakang kedai pulak, macam creepy pun ado... hu hu hu... dan fakta paling menarik ialah tempat parkir tersebut tiada kena mengena dengan gerai Nasi Kandar Line Clear pun, gimik perniagaan lah kata kan... ok, sapa2 boleh sahkan fakta ini? Sila komen.

Pilihan saya, nasi putih kuah campur, lauk ayam goreng dan kari sotong.
Saya minta sayur juga tp mungkin pakcik mamak tak dengar.
Jadi sy order sayur di dlm mangkuk berasingan.

Pilihan sarah, nasi putih bersama kuah campur, sayur dan kari ikan.

Sebenarnya niat asal kami nak dinner di Nasi Kandar Kampung Melayu tetapi disebabkan kami gagal mencari dengan tepat lokasi restoran dan ditambah pula dah malam, kami beralih kepada nasi kandar line clear. Jadi, keesokan hari nya, lagi sekali kami mencari restoran Nasi Kandar Kampung Melayu. Restoran ini highly recommended oleh kawan suami saya, itu sebab lah bersungguh-sungguh kami mencarinya. Perisian Waze membawa kami hampir kepada lokasi restoran tp kurang tepat. Lagi sekali saya terpaksa merujuk kepada internet, terima kasih kepada food blogger VKeong.com, maklumat dari website beliau telah menemukan kami dengan restoran tersebut.


Kedudukan sebenar restoran ini ialah dibawah rumah pangsa. Untuk sampai ke restoran ini, kita perlu mencari Rumah Pangsa Kos Rendah Kampung Melayu, Air Itam, Pulau Pinang. Perlu masuk ke kawasan rumah pangsa, masuk terus ke blkg blok B, melalui pasar basah dan barulah dpt jumpa blok A (dari main entrance jumpa blok B terlebih dahulu). Restoran ini hanya dibuka sebelah pagi hingga tengahari sahaja, patut lah semalam kami susah nak jumpa.... hahahah... dan memang terbaek lah dengan izin Allah SWT kami jumpa restoran ini ketika kami hendak makan tengahari (dan bukan masa nak dinner). Sesungguhnya ada hikmah nya bila kita tidak menjumpai sesuatu kerana Allah SWT telah merancang supaya kita menjumpainya di waktu yang terbaik untuk kita, syukur Alhamdulillah.

Pilihan saya, nasi putih bersama kuah campur
dan ikan goreng.

Pun begitu kami tiba hampir 12.30 tghari, lauk masih ada, ayam goreng pun re-stocked selepas kami dah pilih menu kami. Sayur mmg dah habis. Saya snap gambar menu saya saja, orang lain punya tak sempat, tu pun dah makan beberapa suap.... hua hua hua.... yang menariknya di restoran ini, kebanyakkan pengunjung adalah orang tempatan, sekaligus membuktikan kesedapan nya. Suami saya cakap, ada satu restoran nasi kandar tu, dia x nak pegi sbb yang dtg tu semuanya pelancong, local tak pergi pun sbb rasanya so so jer.... 

Makan nasi kandar di pulau pinang memang puas hati sangat lah. Lepas makan nasi tu jangan lupa layan teh tarik mabeles sedap penang mari.... ha.... 


Sekian ceritera makan nasi kandar saya.
Diari 23 & 24 Disember 2013.

( ˘▽˘)っ♨



42 comments:

  1. tak penah rasa lg nasi kandar ni..tengok je dah tau macam mna rasa dia kan kak ni..tu yg sampai ke penang hehe :)

    ReplyDelete
  2. Kami pun ke peneng last yr kak...mmg rmai yg beratur nak mkn...tp sy x plk rasa nak mkn nasi kandar...selera x terbuka time tu....myb lenkali kut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hubby yg suka sgt nasi kandar, sy teringin nak mkn rojak pasembur tp x kesampaian sbb asyik cari nasi kandar jer... heheheh

      Delete
  3. assalamualaikum kakni...wah sedapnya tengok...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. nak tahu sedap ke tak sedap kena cuba dulu... hu hu hu

      Delete
  4. lepas makan tangan mesti tak hilang bau kari sampai malam kan hihi. selalu gitu la. basuh pon still ada lagi bau kari nya. pekat btol

    ReplyDelete
  5. nasi kandar? Penang? wah percutian beralih hala...hehehe....yummy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rietta, bkn beralih hala tp kebetulan blk kpg perlis, singgah jer

      Delete
  6. niesa xpernah mkn nasi kandar dan dah lama nk rasa nasi kandar n pasembur..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom p penang... chewah... promote negeri orang pulok

      Delete
  7. Tak pernah makan nasi kandar.. Maklumla orang Johor. hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu masa dok di JB sy selalu mkn kat restoran mamak kat holiday plaza, tingkat bawah hujung sekali, entah ada lagi ke tak de dah restoran tu

      Delete
  8. Agaknya dedulu org yg jual nasi ni mengandar ye KakNi tu yg panggil nasi kandar. Kalau di JB memang tak jumpalah - nasi padang banyaklah.. tak apalah kakak tengok aje jadilah:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy teringin gak nak cuba nasi padang ni kak zakie, belum prnh cuba lg

      Delete
  9. nasi kandar line clear
    mmg meletop ni
    wajib try kalau g peneng

    ReplyDelete
  10. Nasik kandar line clear dah penah mkn memang sedap yg tak best banyak tikus...tgh mkn tikus berlari2 anak kat kaki..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, seb baik masa kakni mkn x de pulok... hu hu hu

      Delete
  11. Sedap nye nasi kandar...saya belum pernah sampai penang la..hu hu hu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lamo berhajat nak ke penang nih... berapa tahun menunggu.... hu hu hu

      Delete
  12. kecur air liur tengok...sura suka sangat ngan nasi kandar ni...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa..... tu satu geng dengan hubby saya lah tu...

      Delete
  13. Kakni yg cantik!!! Kiter rindu celoteh kakni. Hihi...syoknye jln2 cari mkn penang...kiter pun tingin nak p penang dgn anak2....

    ReplyDelete
  14. kami yg dok penang pun xpnh mkn lg kat situ ..haha ..sini mmg familiar..

    ReplyDelete
  15. makanannya lezat :-)
    saya suka gambarnya, enak,
    sip

    ReplyDelete