Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Monday, December 2, 2013

Pahang banjir



Saya sedang bersiap dari segi mental untuk trip kerja ke pahang dan terengganu minggu depan. Sambil kerja sambil bagi peluang untuk anak2 holiday. Perancangan asal dari shah alam terus ke kijal, terengganu. Bermlm di kijal 1 mlm. Selesai kerja di sana, pergi ke kuantan pula 1 hari 1 mlm. Hari ketiga boleh teruskan kerja di gambang dan temerloh sebelum balik ke shah alam.

Petang ini tiba2 dapat berita pahang banjir. Berita terbaru di Utusan Malaysia Online mengatakan beberapa jalan telah ditutup di kuantan. Antara jalan terlibat ialah Kilometer 28 Jalan Sungai Lembing, Batu 3 Jalan Kuantan-Gambang dan persimpangan hadapan Wisma Belia dibawah jejambat Pintasan Kuantan. Selain itu, laluan di Jalan Bukit Ubi hadapan Balai Bomba Kuantan, Jalan Tok Sira hadapan bangunan Jabatan Kimia dan Pintasan Bukit Setongkol menghala ke pasar raya Giant turut ditenggelami air. (Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131202/dn_28/Beberapa-jalan-di-Kuantan-ditutup-akibat-banjir#ixzz2mKCMOm7e © Utusan Melayu (M) Bhd)



Photo by Zulkepli Osman from NST. 

Tiba2 rasa punah harapan untuk ke pahang dan terengganu tahun ini. Kemungkinan besar trip ke sana akan di re-route ke perak pula. Kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya, ok. 

Yang ini pulak kenyataan dari Jab. Meteorologi Malaysia:
Amaran Hujan Lebat
(Peringkat Jingga)

Dikeluarkan pada: 08:40pm pada 02 Disember 2013
SEKSYEN A: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)
Dikemaskini pada : 03:13 pm pada 2 Disember 2013
Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di negeri Pahang (Daerah Kuantan, Pekan, Rompin dan Bera) dan Johor (Daerah Kluang, Mersing, Segamat dan Batu Pahat) dijangka berterusan sehingga Selasa, 3 Disember 2013.
Keadaan ini akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

SEKSYEN B: NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)
Dikemaskini pada : 03:13 pm pada 2 Disember 2013
Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di negeri Terengganu (Daerah Dungun dan Kemaman) dan Johor (Daerah Ledang, Kota Tinggi dan Muar) dijangka berterusan sehingga Selasa, 3 Disember 2013.
Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

SEKSYEN C : AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT
Dikemaskini pada : 08:40 pm pada 2 Disember 2013
Ribut petir dan hujan lebat di negeri N. Sembilan, Melaka, Pahang (Daerah Bentong, Temerloh dan Maran) dan Sarawak : Bahagian Limbang (Daerah Limbang), Miri, Bintulu (Daerah Tatau) dan Mukah dijangka berterusan sehingga awal pagi, Selasa 3 Disember 2013.
Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang dan banjir kilat.


Flash flood along Jalan Tun Ismail 1 in Kuantan 
as the view taken in front of the New Straits Times Press Bhd's office. 
NSTP/Mustaffa Kamal


Kawan-kawan, sama-samalah kita mendoakan semoga cuaca di pahang, terengganu dan johor semakin baik dan banjir semakin surut.








(^_^)V Terima kasih

15 comments:

  1. Replies
    1. kita sama2 doakan ye supaya tmpt yg belum banjir tu x banjir.... hu hu hu...

      Delete
  2. sarawak pun hari2 hujan...cuma ada sesetgh tempat banjir jgak... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sarawak sungai nya besar, kalau air nya melimpah mesti teruk kan, mcm laut jadi nya. semoga selamat semuanya. semua cuaca cerah.

      Delete
  3. Truk jugz banjir tu....klu ikut jalan lamer, xtempoh larr banjir tu ke gambang...tpi klu kuar tol gmbang, rasanya kna tempoh banjir kat bukit ubi...tpi rietta xsure sgt la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rietta, kakni risau makin teruk jer ni... hu hu hu.... takut melarat ke daerah lain jugak. gambang tu dah dekat dah dgn kuantan. semoga cuaca kembali cerah. kesian jugak ramai yang dah kena pindah.

      Delete
  4. dh sampi musim tengkujoh nihh.,uhHUuuu

    ReplyDelete
  5. mmg kt belah sana dok banjir dah...mg mereka semua yg terlibat selamat dan tabah harungi banjir

    ReplyDelete
  6. Kalau boleh kena elakkan gi bercuti ke pantai timur pada hujung tahun. Dah pernah gi sekali dah..serik

    ReplyDelete
  7. as-salam kak ni :-)
    mersing pon sama kak

    ReplyDelete
  8. smoga banjir ni cepat surut. ameen..

    ReplyDelete
  9. Bersimpati dengan mangsa2 banjir di Pahang... kesian... moga2 banjir cepat2 surut...amin!

    ReplyDelete
  10. kita dokan yg terbaik buat mangsa banjir..teruk keadaannya kan..simpati kite

    ReplyDelete
  11. semoga keadaan akan pulih seperti biasa dan semoga semua mangsa sentiasa dilindungi Allah..pray for them..

    ReplyDelete