Feri pulau pinang. Gambar dari portal http://www.visitpenang.gov.my. |
Ya kawan-kawan, sebenarnya semua feri-feri tu memang menuju ke Pulau Pinang. Namanya sungguh menarik, diambil bersempena dengan nama-nama pulau di Malaysia antaranya ialah Pulau Angsa, Pulau Payar, Pulau Talang-Talang, Pulau Kapas dan Pulau Rawa.
Kami sekeluarga memang rasa teruja untuk naik feri dan mengambil kesempatan jalan-jalan cuti sekolah kali ini untuk menaiki feri. Lama juga kami menunggu giliran untuk menaiki feri. Lebih kurang 1 jam. Dalam tempoh tu, dua trip feri dah sampai di terminal dan kami hanya dapat naik feri yang ke-3. Tambang feri untuk kereta adalah RM7.70. Perjalanan untuk ke Terminal Feri Sultan Abdul Halim, Butterworth tidak lah susah kerana dari kedua-dua hala PLUS highway, samada menuju ke utara atau ke selatan memang ada signboard. Kami menggunakan perisian mobile Waze, lagi lah mudah. Kepada mereka yang tak pernah naik feri ni, jangan risau ok. Just ikut signboard dan follow the flow of traffic.... Selepas melalui pondok membayar tambang, ada petugas-petugas yang akan memandu arah. Perjalanan adalah mudah.
Jenuh beratur untuk menaiki feri. Bumbung hijau tempat membayar tambang. |
Feri ada 2 tingkat dan kereta kami dapat tempat di tingkat bawah. Bila dah park kereta dalam feri, pakat-pakat pun turun untuk menikmati pemandangan laut. Yang dok sibuk snap gambar sana-sini tu pastilah pelancong (jakun)... heheheh.... org tempatan nampaknya tido jer dalam kereta... daa....
Keadaan dalam feri.. Kereta dipakir dalam 3 barisan. Ini di tingkat bawah. |
Pemandangan dari feri. Bot2 nelayan tersusun di tepi laut. |
Bukti kami memang naik feri, tudung beralun ditiup angin laut.... |
Seronok anak2 dgn pengalaman menaiki feri. Dia org dah pernah naik tp masa kecik2 dulu.... |
Perjalanan menaiki feri tidak lama, lebih kurang dalam 20 minit sahaja feri sudah tiba di Terminal Feri Raja Tun Uda di Pengkalan Weld. Perjalanan terasa seronok, lebih-lebih lagi bila bersama orang tersayang, memang berbaloi menunggu selama 1 jam....
Sekian kisah saya menaiki feri.
Diari perjalanan 23/12/2013.
*(^o^)*
dah lama tak naik ferri...rindunya
ReplyDeleteKalau dah prnh naik mesti rindu kan... (^_^)V
Deleteas-salam akak.
ReplyDeleteselamat tahun baru
hahaa. saya pernah dgr kisah tu dulu.
saya sendiri dduk penang 3 tahun dlu. feri la pengangkutan utama saya.. serius rindunya nak naik feri..
Waalaikumsalam. Slmt Thn Baru pd Su jugak. Tak sabar jugak ni nak tunggu next ferry trip... entah bila tu
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam kakni!niesa pun dah lama xnaik feri..masa kecik2 je pernah..huhu..apa2 pn selamat tahun baru kakni! :D
ReplyDeleteseronoknya naik feri... dulu pernah jugak kerja di Penang kak..sllu lah pulang balik naik feri Penang ni..:)
ReplyDelete