Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Sunday, October 28, 2012

Iron Man 3 akan datang 2013

Kalau anda peminat filem-filem yang diterbitkan berdasar dari komik MARVEL pasti kalian rasa teruja yang amat sangat kerana filem terbaru IRONMAN3 akan ditayangkan tahun hadapan!!! Saya  memang sangat excited. Tak sabar rasanya.


Berita mengenai filem ini telah disiarkan di sini. Kalau nak baca lagi pasal filem ni, boleh baca di sini.

Snapshot penggambaran IronMan3


Sumber: sini


Dikhabarkan ironman atau tony stark (lakonan Robert Dawney Jr.) akan berhadapan musuh yang menggunakan nanoteknologi. Salah seorang saintis dalam kerja-kerja nanotek tersebut adalah kawan lama tony stark yang telah membocorkan rahsia mengenai penyalahgunaan nanotek. Demi untuk melawan musuh2 yang sangat kuat dengan kuasa nanotek, tony stark telah meminta agar diri beliau sendiri juga diberikan suntikan nanotek itu. Lebih kurang macam spiderman3 jugak, dalam ironman3 ni tony stark akan menunjukkan 'belang' sebenar beliau. Ha... lebih kurang begitu lah plot cerita, entah betul entah tidak saya tulis kat sini.


Iron Man dikhabarkan ada baju baru yang patriotik lah sangat....


Sumber: sini

Ada juga sumber yang mengkhabarkan kemungkinan besar tony stark akan mati dalam movie ini. Girlfriend tony stark, ms pepper pott (lakonan Gwyneth Paltrow) juga akan berhadapan dengan ancaman dari musuh-musuh ironman. Kalau dalam cerita superman, wartawan dan girlfriend superman, Lois Lane yang sering jadi sasaran musuh superman, dalam movie ni, ms pott lah yang akan jadi target musuh ironman. Mungkin tony akan sanggup berkorban nyawa untuk ms pott? Sama-samalah kita tunggu tayangan filem iranman3 ini di pawagam yang dijangkakan pada tahun hadapan, kalau di US, tayangan nya adalah dalam bulan mei 2013. Kalau kat malaysia tak tahu lah...

Saya juga tak sabar nak tengok filem2 lain yang berkaitan dengan team AVENGERS. Tak jemu betul tengok movie ni, boleh tengok dan tengok lagi.....





Bila lagi nak keluar movie pasal Black Widow atau Natasha Romanoff yang seksi sangat, lawa dan sangat pandai giler berlawan tu? Bila nak keluar movie pasal Hawk Eye yang kalau memanah tak pernah tersasar tu? Saya nak tengok saya nak tengok saya nak tengokkk.....

10 comments:

  1. Spiderman dalam kategori Marvel ke tidak ea? suka tengok Spiderman..sebab ada mary jane..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. spiderman kalau tak silap saya di bawah DC comic, sama jugak dengan green lantern dan wonder woman... tu 'geng' lain pulak tu

      Delete
  2. xciteddddddddddddddddddddddddddddd ;D

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. harap2 seronok lah, jangan indah khabar dari rupa pulak...

      Delete
  4. Nie mestiiii nak tonton! tadi baru je aku beli iron man 3 usb aaaa.....esok gi tonton iron man 3 tak sabarrrrr!!

    ReplyDelete