Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Wednesday, September 12, 2012

Curi-curi Suka Give Away

Kebetulan pula minggu ni ada 2 entry pasal give away ya... "Agaknya KakNi dah tak idea kot nak tulis blog"  Mungkin itu yang kalian terfikir, oh oh oh.... sebenarnya kebetulan saja....

Give away kali ni memang sesuai sangat kepada yang kaki novel. Saya pun suka novel jugak. Kalau karangkraf buat sales, mahu 2-3 kali saya ulang gi shopping novel kat sana. Saya minat genre misteri / penyiasatan... hmm.... kalau cintan cintun tu kurang minat tapi disebabkan tak banyak pilihan, terpaksa jugak saya beli novel cinta, nak habiskan satu buku tu memang lambatttt sangat. Kalau cerita macam Konspirasi tulisan Abdul Rahim Awang atau Sunan Musafir tulisan Ramlee Awang Murshid memang saya boleh habiskan dalam masa 2-3 hari.

Berbalik kepada cerita give away kali ini, senang je, pergi ke blog Eqbal Zack, jadi follower blog ini. Lepas tu buat satu entry pasal give away 'Curi-curi Suka', link balik ke blog dia dan jangan lupa bagitau dia yang kita join give away ni, mudah je kan?

Ini lah hadiah give away nya: 


  • 2 orang pemenang akan menerima novel bertajuk Curi-curi Suka, hasil karya Liyana Zahim dan EZ Fridge Magnet (Limited Edition)


  • 10 orang pemenang akan menerima EZ Fridge Magnet (Limited Edition)




Sinopsis (dipetik dari website Alaf21)

WALAUPUN dibuang ibu dan kakak kandung, Wisya tabah berdepan dengan apa jua rintangan. Dengan titik peluh sendiri dan sokongan kawan-kawan, dia Berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ijazah. Insiden jatuh tangga di perpustakaan membuatkan dia malu bertahun-tahun. Apatah lagi disaksikan pula senior bernama Daniel dan Ezroy yang langsung tidak pernah dikenalinya. Sejak detik itu, dia asyik terserempak dengan mereka. Daniel suka menyapa. Ezroy pula suka memerli. Rimas dia dibuatnya!

Malapetaka makin menjadi-jadi apabila pada cuti semester itu dia bekerja sementara sebagai guru tuisyen di sebuah rumah. Ruparupanya rumah itu kediaman keluarga Ezroy! Berdepan dengan lelaki itu memang menyakitkan hati. Ada sahaja yang hendak digaduhkan. Berbeza betul dengan kembar lelaki itu. Ezril berbudi bahasa dan baik pekertinya. Dalam diam, dia curi-curi suka pada seseorang. Entah siapalah yang telah mencuri hatinya. Alangkah indahnya perasaan apabila yang dicintai itu juga mencintai. Tetapi mengapa setiap orang yang dia sayangi seakan-akan menjauh? Bagai ditakdirkan tiada sesiapa yang berhak dikasihinya.



Berminat nak sertai give Away ini?
Tarikh tutup 16 September 2012

Tunggu apa lagi? Tinggal berapa hari je ni......



9 comments:

  1. hehe..jarang msk ga cam ni..first join tu ari terus dpt hadiah ..sonok masa tu..x sangka pun ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu betul lah orang kata rezeki durian runtuh ek...

      Delete
  2. good pada yang sertai GA ini..
    akak suka novel cinta cintunlah pulak

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. cuba lah KR, yang ini senang je pun. ada jugak GA yang susah, byk syarat, malas saya...

      Delete
  4. Terima kasih Jaja sudi datang blog saya ni.

    ReplyDelete