Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Tuesday, August 21, 2012

Post Aidil Fitri

Tahun ni kali pertama kami balik beraya lambat. Hari sabtu, tengahari baru lah kami bertolak dari shah alam menuju ke tg. rambutan. Hampir 5 jam perjalanan kami.... memang letih tapi kena sabar banyak2, demi keluarga yang tercinta + menymbut kemenangan di kampung halaman, kami harungi jua......

Raya pertama di rumah mak mertua. Meriah dengan kehadiran ipar duai dan anak sedara. Al maklum lah, my hubby tu anak yang ke-11 dan hanya 2 keluarga sahaja yang tak tinggal di perak (kami dan kak andak). Pagi hingga petang kami lepak je rumah mak mertua. Makan2, minum2, tido2, basuh pinggan, hidang, buat air. Tak de tetamu pun yang datang. Yang ada tu semuanya kami-kami jer. Zaman sekarang ni agaknya kunjung-mengunjung dah bukan budaya lagi kot (at least kat kampung my hubby). Dah petang sore tu kami pun keluar beraya di rumah kakak ipar lah pulak. Senang je, bukan susah pun sebab kak long, abg tam, achik ahmad dan kak anjang duduk di taman perumahan yang sama.

Walau pun perut penuh tapi setiap rumah mesti makan jugak... heheheh... tengok lah nanti berapa kilo naik lepas nih.... hahahah.....

Sebelah malam pulak, ada sambutan hari jadi cucu sedara (tu dia, ai ni dah tuo sangat ko?). Makan lagi, minum lagi... kat sini (perak) panas yang teramat, 3 kali aku terpaksa mandi sebab berpeluh sakan! Baju raya dah pakai di sebelah pagi. Sebelah petang ingatkan nak pakai jubah kaftan raya tapi bila tengah men-seterika tu, ada pulak tempat yang koyak, alamak.... terpaksa pakai balik baju raya yang dah bushuk tu. Next year, nak kena ada at least 3 psg baju raya. Sebelah malam tu pakai t-shirt jer lah, nak buat camne...

Lebih kurang pukul 11 malam, kami pun bertolak balik ke perlis. Walau pun tak jem tapi kereta agak banyak di highway. Kami sampai perlis jam 3 pagi. Masa tu mengantuk tak ingat dah wei... jom lah tido dulu ek... Esok kita sambung raya.



Sarah
...berapa hari lagi nak upsr nih, takpe raya lah dulu...







~cerita post aidil fitri akan bersambung~



p/s sempat jugak jahit tudung raya, sehelai tu petang jumaat dan pagi sabtu lagi sehelai. Yang jahit pagi sabtu dah bagi kat kak andak sebagai hadiah raya. Nanti lepas raya nampak nya kena jahit lagi tudung, banyak lagi dalam beg plastik tu yang masih berstatus kain

2 comments:

  1. assalam kakNi..dikampung acik masih meriah dengan kunjung mengunjung ni..lepas satu...satu rumah..tu sebab acik selalu balik kekampung selepas solat aidilfitri dirumah sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak saya kata raya pertama memang ramai yang datang beraya, tak henti2 sampai petang tapi tu kat kampung saya lar. Kat kpg suami je yang pelik sikit...

      Delete