Kemain lagi panjang nama kursus tu ek.
9-11 Julai baru-baru ini KakNi telah menghadiri kursus yang namanya panjang berjela seperti di atas tu lah. Sebenarnya kita ni, perkara-perkara yang diajar semasa dalam mana2 kursus motivasi tu bukanlah kita tak tahu, sekurang-kurangnya 50% dari pada nya kita tahu. Cuma kita ni sebagai manusia memang mudah lupa, mudah lalai dan perlu diingatkan selalu.
Begitu lah juga dalam kursus ni, antara yang diterapkan ialah konsep kerja itu ibadah. So KakNi nak tanya, siapa di antara kita yang betul2 tak tahu yang kerja adalah ibadah? Mestilah ramai yang dah tahu, cuma perlaksanaannya sahaja yang mungkin kita tak dapat nak buat sepenuhnya atau kurang pasti macam mana nak buat.
Banyak jugak lah perkara yang 'diingatkan' semula dalam kursus ini seperti bekerja dengan jujur, ikhlas, amanah, etika bekerja, kerja berpasukan dan lain2 lagi. Dalam kursus ni banyak aktiviti kumpulan. Kalau kalah je mesti kena nyanyi, tu yang jadi 'ajinomoto' sepanjang berkursus... hahahah...
PAKAI TONGKAT DAH
4 weeks ago
No comments:
Post a Comment