Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Sunday, July 8, 2012

Cuti Hujung Minggu dan Tafsir Al Quran Per Kata

Assalamualaikum.

Memang macam ni lah keadaan seorang isteri yang dipanggil 'weekend wife'. Sepanjang minggu, sepanjang masa pun KakNi adalah isteri kepada McG tapi weekend jer baru dapat jumpa dia. McG sekrang kerja di Melaka. Hari-hari bekerja dia dok di Senawang dan berulang setiap hari ke Melaka. Hari Jumaat malam atau Sabtu pagi suami KakNi akan balik ke rumah sewa kami di Shah Alam.

Sebagai isteri, KakNi ternanti-nanti hari jumaat setiap minggu.... yelah, siapa yang tak suka nak jumpa suami yang dirindui sentiasa... Bila sampai hari ahad, KakNi rasa sedih sebab hari isnin suami KakNi akan balik ke senawang... beginilah keadaan kami dah nak masuk 4 tahun dah...

Sebagai pekerja cemerlang gemilang dan terbilang juga, KakNi memang happy sangat kalau dah sampai hari jumaat. Cuti sabtu dan ahad terasa tak cukup lah... kalau dapat cuti 3 hari seminggu kan best... Bila dah sampai hari ahad mesti rasa kelat-kelat, malasnya rasa nak masuk office esok (isnin)....

Tu dia, janganlah menyampah kat KakNi tau, bukannya tak bersyukur, malah KakNi redha dengan perancangan Allah ini. Saban hari KakNi tak jemu berdoa, semoga suatu hari nanti, kalau boleh secepat yang boleh, harap kami dapat kerja berdekatan dengan tempat tinggal kami. Tak kiralah samada KakNi yang kena pindah atau suami yang dapat balik sini atau dua-dua pun dapat kerja kat tempat lain dan pindah ke tempat baru. Doanya agar kami dapat hidup sebumbung sebagai satu family.

Hari khamis baru-baru ni mak KakNi datang ke rumah dari kampung. Pagi tadi mak dah balik dah. Mak datang shah alam nak shopping.... hahahah... bukan sebarang shopping tapi sebenarnya dia nak cari barang meniaga. So, mak dah angkut 2 kotak kurma, 2 kotak sos pencicah d'ansar dan lebih kurang sekodi kain ela. Semuanya angkut naik bas. KakNi doakan semua barang jualan laku dan untung. Syukur Alhamdulillah di Shah Alam ni serba-serbi dah ada. Kurma kami beli dari pemborong di seksyen 18. Sos pencicah pulak, kilang d'ansar dari puchong yang deliver barang ke rumah, kain ela kami beli secara borong di Gulatis. Sempat jugak kami menyinggah ke pesta buku selangor di SACC, mak beli terjemahan al quran yang jenis 'per kata' tu. Beli 7 buah semuanya, 5 untuk budak2 yang datang mengaji kat rumah.

Inilah rupa terjemahan al quran tu:



Ini lah dimaksudkan dengan 'per kata' tu, di sebelah kanan atau kiri ayat al quran memang ada tafsir tetapi di bawah setiap perkataan al quran tu ada terjemahannya *maaf gambar kurang jelas*



Bagaimana dengan hujung minggu kalian?

8 comments:

  1. salam kak, bagusnya berniaga.

    kawan saya, dia mmg deal dgn peniaga kat kelantan utk tudung n kain. dia akan pos pada bas ekspress aje, then bila bas ekspress tu sampai sini, dia gi amek, bayarlah upah pada driver tu.

    lagi save kos... :D

    ReplyDelete
  2. Mulan, best nyer balik kpg... saya dah lama tak balik...

    Shafarina, mak saya ni memang suka meniaga. Bila kita belikan dia something, lepas tu dia suka, mesti dia tanya, kat mana nak beli benda ni borong sebab nak jual? Kdg2 geram pun ada sebab yang kita bagi kat dia tu pun dia nak jual... hahahah...

    ReplyDelete
  3. kak...dulu lieya pun penah rase mcm akak...mase tu husben kat kl, lieya lak kat melaka...aduhhh mmg tak sangggup....sanggup lieya resign n dok kl same2 ngan die....heheheeheh

    ReplyDelete
  4. Lieya, saya pun teringin nak ikut hubby tapi buat masa sekarang ni rasanya belum mampu lagi hubby nak tanggung the whole family, dia tak confidence lagi. Doakanlah semoga kami murah rezeki ye. TQ.

    ReplyDelete
  5. Salam KakNi..

    Saya faham sgt2 perasaan akk bila jadi weken wife nih.. Sebabnya saya pun gitu jugak nasibnya..

    Kekadang tu.. kalau ikut hati nak je resign sebabnya tak seronok dok disini.. at least time dok di Melaka dulu.. dekat la jugak dgn PD.. (suami saya kat PD)..

    But now dah kat Pasir Gudang.. harap weken je la dapat nengok muka suami..

    Tapi tu lah.. perancangan kita.. tak sesempurna perancangan Allah.. Bertabah je la.. :)

    Hugs ketat utk KakNi..

    ReplyDelete
  6. Salam, wah bagusnya Quran terjemahan tu. It's a good way to learn Arabic.

    ReplyDelete
  7. PayaRumput,
    Waalaikumsalam, buat masa sekarang ni memang bersabar jer lah jawapan nyer. Sambil2 tu terus-menerus berdoa supaya dapat 'disatukan'. Terima kasih kerana mengunjungi blog saya.


    OS,
    Kalau nak contact number pustaka tu boleh ajer.

    ReplyDelete