Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Friday, February 27, 2009

Pemilihan Tajuk ICC / KIK

Seringkali, kumpulan ICC akan mengadu yang mereka tidak dapat mencari tajuk yang sesuai untuk projek ICC mereka. Sekaligus menjadikan alasan kenapa tiada projek ICC untuk jabatan mereka.

Apa yang boleh mereka buat adalah mengumpulkan perkara/maklumat berikut:

  1. Polisi kualiti syarikat (kalau syarikat yang ada ISO9001 mesti ada)
  2. Piagam pelanggan
  3. Aduan/maklumbalas pelanggan
  4. Pelan Perniagaan Jabatan
  5. dan lain-lain maklumat yang berkaitan dgn no. 1-4 di atas

Berdasarkan maklumat ini, bandingkan pula dengan prestasi jabatan/syarikat.

Kalau ada yang tidak capai target atau prestasi yang menurun, maka di situlah yang patut ahli kumpulan boleh fokus semasa ingin membuat pemilihan tajuk projek ICC.

Aduan/maklumbalas merupakan maklumat yang paling berguna untuk projek ICC. Sememangnya aduan/maklumbalas dari pelanggan adalah satu input yang berguna kepada syarikat dalam membuat penambahbaikan (improvement) di dalam proses kerja mereka.

Sekiranya tiada aduan atau maklumbalas direkodkan oleh pihak jabatan atau syarikat, kumpulan boleh mengambil inisiatif sendiri dengan mengedarkan borang kajiselidik. Cubalah edarkan borang tersebut kepada pelanggan dalaman dan juga pelanggan luar. Kemudian kajilah keputusan yang diperolehi. Dengan mudah sahaja kumpulan boleh mendapat ilham untuk projek ICC.

No comments:

Post a Comment