Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Thursday, January 22, 2009

Alkisah boikot...

Sekrg ni ramai yang mengeluh.

Mengeluh sbb dlm hati rasa nak boikot barangan yg diwar-warkan dan diminta boikot tp pd hakikatnya merasa gelisah kerana keperluan terhadap barangan yg hendak diboikot itu.

Ada yg bertanya, boleh tak boikot barang2 yg lain tp tak nak boikot mek-di? Sebab posperiti beger tu sedap bangat... teringat-ingat beb... hmmm...

Sebenarnya aku x kisah sgt psl nak boikot tu... lgpun ni bkn 1st time... lama dulu pun dah ada seruan utk boikot... So, dah lama dah kami ni membeli brg dgn kaedah ni; pilihan pertama cari brg halal keluaran muslim tempatan. Kalau takde, atau kalau ada pun extremely unacceptable punya quality/taste kami akan cari pilihan kedua, brg halal keluaran non-muslim tempatan, kalau takde jugak barulah terpaksa membeli brg halal yg diimport.

Susah tau, walaupun kita ni duduk dlm negara Islam tp masih belum byk brgan halal keluaran muslim tempatan. Contohnya macam biskut. Mungkin ada tapi so far aku belum jumpa lagi lah biskut keluaran tempatan oleh syarikat org muslim. Yg dok beli tu pun brand omputih, sekrg ni dah kena blacklist pulak, tu la biskut danon. Yg aku biasa beli biskut taiger dan chispmo. Lps ni kena beli biskut cap bola ping-pong lar jawabnye. Sib baik sedap gak biskup hap-seng tu, yg plg sedap tu biskut kornio (biskut jagung).

Cuba-cubalah kita produk keluaran industri kecil dan sederhana, ataupun MLM tempatan. Tu HPA tu, ada jual tepong goreng radix. Aku dah try kat umah, mmg sedap dan rangup. Mudah pulak tu, tak yah guna telur pun. HPA tu segala jenis brg ada, syampu ada, sabun ada, macam-macam ada.

Lagi, produk agromas tu, boleh tahan jugak. Byk lah sebenarnya. Cuma aku bengang sikit dkt hypermarket, contohnyer jayen tu, diletak nya produk org kpg kat ceruk2. Nape tak letak sama rak dgn brg keluaran multinational. Kalau dah ceruk2 tu org pun x prsn.

Lagi, produk Ramly ada. Produk Enna pun ada (persatuan nelayan). Produk Fama pun ada, my hubby minum kopi anggerik, x pyh ler nak beli neskafe dah... Minyak masak keluaran Felda , Saji.

Kita mampu mengubahnya!
Belilah brngan tempatan.
Bantulah usahawan kecil.
Boikotlah brngan omputih.
Ada berani?

Tak berani jugak, kamipun naik keta omputih... ya ampunnnn....

10 comments:

  1. ada bagus dan ada tak bagus...banyak produk omputih dah manufactured kat mesia..so kalau la semua orang boikot..kilang tutup..sapa yang takde kerja? no doubt kalau demand global kurang, maybe co will be relocated etc but kesian jugak kalau sedara kita yang kena lay off kan?

    ReplyDelete
  2. baru tadi kawan neeza cerita pasal biskut jagung.. keluaran hapseng tu. sedap kan. kat sini takde lah pulak..

    kat sini banyak le sangat product omputeh especially fast food ni.. tapi ada jugak yang tak omputeh sangat tapi lain la pulak jenisnya..

    ubat gigi HPA memang dah lama neeza pakai. Siap bawak 10 kotak tu balik baru ni hehehehh..

    ReplyDelete
  3. k.ahni,
    lawak la tang ayat terakhir tu.
    hehehe..
    macam ni le, ikut mana yg mampu le. jgn dok pikir pasal "boikot", tapi...pikir dulu pasal "membeli lah brg2 tempatan!"..insya-ALLAH mudah sket nak praktik. gituk! tang kereta tu, tak leh kata le. keperluan besar dan mahal.. tepuk dada, tanya selera. ahaahah

    ReplyDelete
  4. mmg susah kak ahni..sbb bkn saja boikot barang tapi tempat..cthnya Tesco..tu pun american FDI..bistu nk beli yg tempatan tp di tesco, camne?

    pastu minyak kete..pun kene isi gak kat sykt US..jenuh ler nk pegi petronas tetiap ari..

    ReplyDelete
  5. i sokong cara u memboikot..
    i pun dah banyak tukar dari produk tah pebenda tatau asal usul, dah pakai/beli produk tempatan...
    lebih puas hati dan takde was-was, sambil mengayakan org mesia sendiri, kan?

    ReplyDelete
  6. Atiza
    Memang betul, itulah salah satu dilema org nak memboikot nih...




    Neeza
    Sy pun dengar kat sana (middle east) tak byk produk sendiri, byk pun import je....




    Luna
    Sy ni kan dah mmg x pernah shopping kat tesco pun... may be kita kena beralih arah ke kedai runcit lah pulak kan?

    ReplyDelete
  7. Umeboshi
    Nak buat macam mana, kami mmg minat kereta perancis... may be next time kena consider local cars...




    Umi Ameer
    Mmg niat sy macam tu lah, nak tolong usahawan tempatan, terutamanya yg SMI tu... kesian dia org tu bisnez x stabil sbb org lbh minat brgan berjenama....

    ReplyDelete
  8. nak puji negeri indera kayangan...
    kfc da bekurang cust0mer dia...
    id0p perlis!

    ReplyDelete
  9. TQ FOR SUPOORT AGROMAS PRODUCTSS....LAWATILAH www.fama.gov.my

    ReplyDelete