Hari Sabtu kita orang berbuka puasa kat Shakey's Pizza.
Sajer jer nak celebrate birthday seseorang (no 10 dlm previous entry).
Lepas makan terus je balik rumah, nak ngejor solat maghrib la pulak.
Tu yg malas nak berbuka kat luar tu.
Kalau nak jugak berbuka kat restoran, kena cari yang dekat-dekat dgn rumah,
supaya dapat balik cepat...
Hari ni (ahad) berbuka kat rumah lah pulak.
Lauk berbuka biasa-biasa aje.
Hari ni aku masak sup tulang dan goreng ayam.
Tak jemu-jemu lah dia orang ni makan sup tulang.
Aku pun tak kisah sebenarnya (read = sbb senang nak masak)....
Kuih popia, karipap dan masak lemak jantung pisang tu roomate beli kat psr ramadhan, tak tau le berapa ringgit. RM5 kot.
~~~~~~~~~~~~
Adik aku yang no-2, yang duduk di miri tu sdg menunggu masa je nak bersalin.
Kesian dia sebab dah 4 kali false alarm.
Doktor kata if by today tak bersalin juga,
esok dia nak kena induce...
Dah berapa hari aku doakan dia dpt bersalin normal,
tapi smpai setakat ni masih belum bersalin lg.
Nmpknya mmg mcm nak kena induce tu...
Ada masa lagi kan... mana lah tahu tgh mlm ni dia bersalin...
Ada beberapa jam lagi sebelum hari esok...
Semoga Allah permudahkan dia bersalin.
Semoga sihat dan selamat adik aku dan baby dia.
Semoga Allah makbulkan doa kami.
Amin.
PAKAI TONGKAT DAH
1 month ago
huh,,buat sup tulang tak ngajak...
ReplyDeleteHappy Birthday Akuni yang ke?? dot dot... hehee.. semoga berbahagia hendaknya hingga ke akhir hayat. dan semoga segala yang diimpikan akan tercapai.. Insyaallah..
ReplyDeleteneeza kalau buka kat luar, makan dulu kat rumah. Lepas tu baru keluar pergi makan berat.. dengan anak2 kecik ni.. leceh sikit.. ada yang tak solat maghrib pulak nanti...
semogo adik Akuni akan selamat bersalin.. Insyaallah..
InsyaAllah, mudah2an selamat
ReplyDeleteAtiza
ReplyDeleteAku selalu la buat sup tulang... laki aku tu suka sangat... pening kepala dibuatnya... lebih2 lagi kalau tulang lembu tu yang fresh punya... kaw kaw tu...
Neeza
Thanks Neeza.
Shafarina
InsyaAllah, kita sama-sama doakan.