Eh? Tak de gambar makanan berbuka?
Last sekali gambar pada puasa hari ke-18, lepas tu dah pencen... hi hi hi...
Saya dah pencen dah ambik gambar makanan berbuka.
Nanti letak gambar makanan raya pulak lah ye... boleh tak?
~~~~~~~~~~~~
Bila dok baca blog kengkawan, semua nyer cerita pasal persiapan raya.
Saya belum buat apa-apa persiapan lagi... :-((
Cuti hujung minggu pun sibuk mengemas rumah - ni persiapan untuk pindah selepas raya...
So, weekend langsung tak keluar dari blok apartment ni.
Asyik mengemas, mengemas dan tidur... dah penat mengemas, kita tidur lah :-D
Baju raya anak2 belum beli lagi...
Kasut raya pun belum...
Nasib baik kuih raya dah...
Cerita pasal kuih raya ni kan... tak tahu lah korang perasan ke tidak...,
aku ni kan mesti nak beli barang pada harga yang lebih murah.
Salah satu cara nak beli kuih raya murah ialah dengan.... jeng jeng jeng...
Jual kuih raya!
Kalau menjual, boleh la kita beli kuih tu dengan harga dealer... yay!
Itu pun aku meniaga ni secara tidak sengaja...
Asalnya tu roomate yang hantar email tanya nak ke kuih raya.
Aku tanya balik kat roomate,
"Nak beli ke nak jual? Kalau nak beli tak de budget. Kalau nak jual - BOLEH!"
Memandangkan aku pun jual dah pertengahan bulan puasa, dan memang kat tempat kerja aku ni ramai betul penjual kuih raya... so, jualan aku sikit jer lah.
Tapi, tak kisah lah... walaupun tak dapat cover kuih raya yg aku beli... at least aku kena bayar sikit je... yay!
Ada 4 jenis kuih yang aku jual/beli. Cashew nut cookies, almond london, strawberry oat cookies dan biscoti (biskut kuaci).
PAKAI TONGKAT DAH
1 month ago
Kak.. kita serupaaaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletesaya jual dan untungnya dapat cover kuih utk diri saya sendirik serta mertua kekekekeke
syiok eh :)
Gambar kuih raya pulak. Hu hu.. kami miskin kuih raya. Tak ada masa nak buat.
ReplyDeletenape tak buat?? hehe.. mesti akuni kata, takde masa kan..
ReplyDeletesamalah kita :)
tapi, neeza beli pun tak... :(
Akuni..
ReplyDeleteMana abah punya? bila nak samapai ni..hari 2 tengok posmen lalu..takdapun kuih yang akuni pos tuu..kikikiki
biscoti sedap.
ReplyDeleteahahah.. pjg akal k.ahni ek. akal bisnes memanjang!! bagus le gitu..
ReplyDeletelaaa...saya pun x siap apa..
ReplyDeletebaju raya pun x beli
kuih raya..hmm tgk la kot weekend ni kalau dan
kuih raya kat Bazar Ramadhan KL boleh tahan juga mahalnya..
ReplyDeleteApsal tak buat sendiri..jimat maaa
Ayu
ReplyDeleteChayokkk gitu...
.
.
.
.
.
Zlaa
Sekrg dah boleh beli kuih raya online, try ler order... takut sampai sana dah lemau pulak...
.
.
.
.
.
Neeza
Bkn x de masa nak buat kuih raya Neeza tp mmg malas nak buat sbb rasa x berbaloi... beli lg senang...
AbahNajwa
ReplyDeleteSemlm sy bermimpi yg sy dah post lama dah, takkan tak smpai lg kot...
.
.
.
.
.
Shafarina
Memang sodappppp...
.
.
.
.
.
Umeboshi
Muahahahahah.... *golak bosar den*
Luna
ReplyDeleteHeheheh... sy pun selalu last minutes shopping... ada thrill!
.
.
.
.
.
Atiza
Beli lagi jimat lar... pd aku le sbb bkn nya byk pun... kalau byk baru berbaloi buat sendiri...
kita beli jgk kuih..
ReplyDeleteselamat hari raya, maaf zahir batin ya..