Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Monday, August 25, 2008

Aiya... sudah expired mah...



Saja la nak letak gambar ni. Seronok pulak tengok.

Ni nak kena buat quick update pulak sbb tak sempat nak update during weekend dan kat office pun boleh tahan sibuk. Ada audit. Lg pun nak prepare for assembly this friday - nak kena buat surat penghargaan untuk ahli2 ICC, so that MD boleh buat upacara penyerahan sijil penghargaan masa assembly tu nanti. Lepas tu next week ada meeting 'besar' - macam biasalah kan meeting safety lah, byk report belum siap ni. Esok pulak ada training. Waduh, bila nak siap keje nih?!

Hari jumaat yang lepas aku ada dating dengan PB. Dalam blog PB ada cerita pasal office dia dapat beberapa unit PC baru. Langsung aku teringat nak mintak kotak dengan dia. Tak lama lagi nak pindah, kotak pun belum ada ni. So, hari jumaat tu berdatinglah kami.

Aku sengaja ajak PB makan kat Restoran PakSu kat bawah apartment aku ni. Ada 2 sebab. Pertamanya sebab nak introduce kat dia masakan rojak pasembur yang sedap kat situ. Ramai jugak officemates aku yang berkenan dengan rojak pasembur tu. Kalau ada tetamu nak datang rumah pun, aku suka je nak hidangkan dekat dia orang. Mak mertua aku sampai pesan la, next time kalau balik kampung tapau rojak tu sama. Tak tahulah PB suka ke tidak.. selera orang ni kan berbagai-bagai...

Keduanya sebab aku ingat nak ajak dia singgah kat kilang sebelah apartment aku ni. Selalu kat situ hari jumaat atau hari sabtu ada sales. Jus tu akan dijual harga kilang. Kdg2 ada stok yg dekat nak expired pun ada jugak dia org jual dgn harga extra murah. Ala... yg dah expired pun boleh belasah lg dlm tempoh satu bulan. Sayangnya hari jumaat lepas tak ada sales lah pulak. Tak de rezekilah nak beli jus murah lah hari tu. Dekat2 nak puasa dan raya ni eloklah simpan stok jus.

Kalau nak cerita pasal makanan expired ni kan... ada satu cerita lucu kat office aku. Sebagai langkah berjimat-cermat, syarikat bagilah sedikit peruntukan kepada tiap2 jabatan untuk beli barangan untuk buat minuman macam nescafe 3-in-1, milo dll tu. Kalau dah ada sachet 3-in-1 tu, staff boleh bancuh air sendiri semasa meeting, tak payahlah nak order kat caterer, boleh lah jimat duit sikit kan. Tapi itu kalau meeting yang courum nya kurang 10 orang, kalau lebih 10 orang boleh lah order dengan kantin atau caterer luar. Kalau kat department aku ni, memanjang je lar meetingnya ramai. Kalau meeting kurang dari 10 orang pun, disebabkan ada orang luar (client/government) kami akan order luar jugak, takkan lah nak suruh client tu bancuh air sendiri pulak kan...

So, ration nescafe 3-in-1 tu memang byk,berpaket-paket akak tu beli buat stok. Yang kita orang ni pun tengok tak luak-luak sachet tu, kami pun selalu jugak dok 'belasah' . Pagi2 datang office mesti nak minum nescafe free... heheheh... entah macam mana satu hari tu aku boleh terperasan yang nescafe tu dah expired lebih dari 6 bulan yang lepas! Hahahah... ada satu pek tu dah dekat setahun dah pun!!! Yang best nyer tiap2 pagi kami minum ok je, tak de lah pulak orang yang sakit perut ke... rasa nescafe tu pun tak berubah langsung...

Sayugia dipendekkan cerita, kami telah membahagikan nescafe expired tu beramai-ramai dan bawak balik ke rumah. Yang belum expired je tinggal kat opis. Ada kawan aku yang bagi adik dia bawak nescafe tu balik hostel dan belanja kawan2 hostel dia minum. Ada lagi tu kami bagi kat achik cleaner tu bawak balik minum kat rumah kongsi... Aku pun bagi kat rumah babysitter... tapi kita org mmg beritahulah kat org yg kita bg tu kata benda ni dah expired... kalau nak minum, ambil lah, kalau tak nak, buang ajelah...

...eh eh eh... kata tadi quick update, ni dah panjang lebar pulak ye...

14 comments:

  1. memang pun boleh makan/minum lagi.. kita boleh tengok texture dia.. kalau still macam biasa, boleh la minum.. kalau dah keras kedengkung, bagi tongsampah je lah minum hehee..

    ReplyDelete
  2. jumpa kak pb eh hehehehe
    kak.. bukan main berjela entry pendek akak hehehehe

    ReplyDelete
  3. best nya..bwh apartment ada rojak sedap..tepi apartment ada kilang jual jus murah pulak..

    mmg untung dok situ :)

    ReplyDelete
  4. cikni,

    sorry lah tak reply email..tak sure email yang mana satu..kalau email bagi phone no tu saya dah ambik phone nya, terima kasih banyak cuma tak sempat nak balas..kalau email lain saya tak ada pulak dapat..sekarang ni balik memang kelam kabut jer..email pun main scan jer jawab yang urgent saja...may be terlepas pandang email cikni..

    nak ajak dating pun tak berani, sebab lepas kelas saya memang berkejar balik rumah kalau tak ada hal yg penting sangat..bila dah balik tau sajalah...

    ReplyDelete
  5. huih..takut lak dengar main faraid nescafe expired ni..kikiki

    Tapi kalau kat UK ni abah pun up jugak kot ..mahal tu nescafe kat sini..hahahahaha

    ReplyDelete
  6. I lurve the dancin' banana .gif tooo.

    Tapi sekarang nii susah betul nak tempek dalam entry.

    Mebbe should try the next entry...

    :-)

    ReplyDelete
  7. cikni..rasa2nya boss cikni masuk paper aritu...

    dulu2 kitorang punya CEO (ofis lama aku) kudukut skit...time raya ni dia selalu la dapat hamper...masa dah nak expired barang2 hamper tuh baru la dia distribute kat kitorang...

    ReplyDelete
  8. Neeza
    Itu la, selama mana yang dia org x perasan dah expired tu, dia org minum ok je...





    Mulan
    'Berjiran' kita orang ni sebenarnya... dia keje seksyen 18, umah saya pulak seksyen 16...





    Ayu
    Adeh... tersilap declare entry pendek tu... x sangka pjg lak cite nyer...

    ReplyDelete
  9. Budak Kampung
    Lama-lama tengok jemulah pulak...







    Luna
    Memang untunggggg... still, nak pindah jugak ek... sebab ada priority lain (kesejahteraan anak2) tapi tempat yg kami nak pindah tu pun dekat je dgn kilang jus & restoran paksu tu - route yg sama je pun...






    Onde
    Jgn sampai susahkan Onde dah le... bkn apa, teringin gak nak jumpa...

    ReplyDelete
  10. Jo
    Aku tempek dari tempat lain la sebab dalam blogspot ni mmg tak leh 'animated', x tau nape...

    ReplyDelete
  11. AbahNajwa
    Kdg2 benda yang belum expired pun dah tak elok... tapi kalau kualiti nyer ok, dah expired pun masih elok lagi...

    ReplyDelete
  12. Atiza
    Bos yang mana satu kah itu? Yang kudukut ko kata... ni ramai lagi bos atas aku... siapalah agaknyer tu... kuang kuang kuang...

    ReplyDelete