Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Monday, July 7, 2008

My weekend....

Sebenarnya kan aku dah lupa apa aktiviti aku for the past 2 days... hai... jenuh gak dok ingat balik nih....

Hari sabtu pagi tu kami sekeluarga pergi ke klinik - anak2 ni masih ada baki batuk/selesama. Kebetulan dah pergi tu aku pun jumpa jugak doktor sebab semalam masa tidur tu terasa 'ketat' hidung.... lepas ambik ubat, kita orang pegi makan 'brunch' kat seksyen 6, dkt kedai yg sebelah pasar tu. Lepas makan masuk ke pasar nak beli tulang lembu. Sekarang ni kan boleh dikatakan hampir setiap minggu kita orang makan sup tulang. Ini semua ayah dia org punya penangan lah. Dia cakap kat aku, dia bg aku keje senang je - masak sup tulang. So, tiap2 minggu sup tulang lah makanan kami tapi aku risau jugak... makanan 'high risk' macam tu tak boleh makan selalu...

Lepas mkn kita org pergi jalan2 area seksyen 17 tu cari rumah sewa... pusing punya pusing ternampaklah satu rumah tu ada sign 'untuk disewa', terus je aku ambik no telefon tu dan dial... lepas tu janji nak tengok rumah sebelah petang. Kalau ikut kan hubby ada program sebelah petang tp nak tengok rumah punya pasal dia postpone. Tunggu punya tunggu, tak pulak orang tu call aku sbb dia cakap dia yg akan call aku bila dia dah selesai keje dia. Dah lewat petang tu aku call dia, ada ke patut dia cakap jumpa sebelah malam pulak. Aku cakap la yg kita org sebenarnya ada program ptg tp nak tengok rumah punya pasal dah postpone ke sebelah malam. So, janji la pulak nak jumpa esok nya tu (ahad). Dia kata dia free sebelah tengahari ke petang.

Pagi ahad, lebih kurang pukul 10 tu kita orang keluar pergi ke carrefour di subang jaya. Masa tu aku sempat lagi call orang tu cakap nak jumpa pukul 2. Lepas shopping, kita org pun pergilah ke rumah yg nak disewa tu. Masa tu tepat2 la pukul 2. Tunggu punya tunggu, tak nampak pulak kelibat orang tu. Hubby cakap tak payah lah sewa rumah ni. Malah, hubby kata tak payah lah pindah. Aku ni terkejut jugak dengar dia cakap macam tu... masa tu memang terasa sangat hati aku... kita orang pun balik lah ke rumah... aku cuba call orang tu tapi dia tak angkat tapi aku nak ambik kesempatan ni nak ngutuk dia habis-habisan - kalau dah tak nak sewa kat kita orang tu cakap ajelah rumah tu dah ada orang booking, tak payah lah nak buat janji lepas tu postpone, lepas tu janji lagi tapi tak muncul2... apa jenis punya manusia lah... ni aku mula la nak nyumpah... !#?!!##!!??

Balik rumah aku macam sedih lah dengan decision hubby tu tapi dia pujuk aku kata kalau dapat rumah yang better barulah kami pindah... masa tu barulah aku faham, sebenarnya hubby ni tak suka rumah2 yg kita org dah tengok (dah 2 buah rumah aku tengok) sebab rumah tu buruk... yelah area rumah seksyen 17 ni memang rumah nya dah 'season'.

Sebelah malam kami pergi ke stadium shah alam untuk menonton perlawanan bola sepak sempena 'Sultan Selangor Cup'... nak tau keputusan nyer - kan ada dalam paper hari ni... heheheh.. siap ada terjunan payung terjun lagi nih... anak2 aku first time pergi tengok bola... sebenarnya Abang ada masuk explore-race kat sekolah dia, dpt nombor 2, dpt lah hadiah dan jugak 4 keping tiket free tengok Sultan Selangor Cup ni...dia org tak sangka begitu bising sekali dalam stadium tu, especially masa jaringan goal... GOAL!!!!!.... tapi kita orang tak tunggu sampai habis pun... nanti susah pulak dia org tu kalau tak cukup tidur, hari Isnin dah sekolah balik...

Meh tengok video payung terjun
tapi macam biasa la,
video aku semuanya bisu
(microphone kat camera dah rosak)

3 comments:

  1. mengancamnya sup tulang tuuu.. kat sini kalau jual tulang, dia masuk gear box sekali.. untung.. tapi tak untung untuk badan la.. banyak cholestrol.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. best nye sup tulang!! tapi, jgn mkn selalu menu gitu tu, k.ahni sayang.. ehehhe.. sakit nye hati dgn owner rumah tu. langsung tak jaga hati org eh. geram!

    ReplyDelete