Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Sunday, June 29, 2008

Story minggu ini...

Mula-mula nak beritahu yang pencarian rumah sewa masih diteruskan lagi... belum dapat lagi rumahnya pun... al maklumlah skop pencarian kecik sangat iaitu di Seksyen 17 sahaja, tempat lain aku tak nak sebab tak mencapai objektif aku nak pindah rumah... tapi rezeki Allah kita tak tahu... kalau Allah nak bagi duduk tempat lain, maka duduk lah kami kat tempat lain....

Last week kerja pun kacau bilau sebab hubby demam + batuk selama satu minggu... hari Isnin pergi klinik, doktor bagi la MC satu hari je (kedekut betul). Hari selasa pulak hubby dah cirit birit pulak sebab tak sesuai dengan antibiotik yang doktor prescribed. Kesian, dah la demam, cirit birit pulak tu. Hari rabu lagi sekali kami pergi ke klinik, dapat lah mc lagi satu hari tapi aku tengok keadaan hubby tak elok-elok pun... so kami decided nak pergi klinik lagi satu kali dan sebelum pergi kami call dulu nak tanya doktor yang kami biasa tu pukul berapa shift dia. Alhamdulillah kami dapat jumpa doktor tu dan dapatlah mc 2 hari... kalau tak leceh gak hari2 nak kena pergi klinik ambik mc kan....

Keadaan hubby nampak improving, InsyaAllah esok dapat lah dia pergi kerja balik. InsyaAllah aku pun dapat kerja elok-elok balik. Imagine, this week - hari isnin aku EL (emergency leave), hari selasa aku kena pergi meeting sebelah pagi sebab mak boss meninggal dan aku kena cover dia jadi secretary meeting. Sebelah petang selasa tu aku off lagi. Hari Rabu pulak aku cuti pagi, kerja petang sebab sebelah petang tu ada meeting, aku yg jadi secretary... ikutkan hati nak cancel je meeting tu tapi sebab dah banyak kali postponed sebelum ni, terpaksa jugak aku teruskan... Hari khamis pulak aku kena pergi kursus, dah bayar mahal2 kenalah pergi, tak leh nak cancel lagi... Hari jumaat aku cuti sebab nak settlekan banyak urusan. Salah satunya tu menghantar dokumen kepada income tax. Sebenarnya aku dah dapat surat dari income tax soh aku kemukakan salinan asal dokumen macam resit zakat, resit insuran pendidikan dan lain-lain lagi... itu lah yang aku kalut tu dok pergi pej. zakat, pegi kwsp, pegi mcis - semuanya sebab nak minta statement untuk tahun 2005 punya. Dah settle semua, barulah aku pergi ke office income tax. Dah settle dengan income tax, aku pergi pulak ke bank, 2-3 bank gak le... ni semua tak leh buat maibank2you tu pasal kena pergi ke bank sendiri....

Seminggu ni memang penat la... tapi kena sabar banyak2. Aku cakap ngan hubby, aku boleh jaga dia sakit tapi secara fizikal aje la, dari segi emosi memang susah..... tak tahan la sabar dengan dia.... terlebih manja apa nak buat..... anak omak la katakan....

Semoga minggu yang akan mendatang ni aku boleh 'tuned' balik diri aku ni.... bukan apa asyik on-off cuti ni terasa lah berat nya nak masuk office....

Korang camne ek? Semua ok ke? Maaflah kalau aku tak sempat nak bloghop... take care u all....

2 comments:

  1. hati2 ya kak!semoga lebih ceria pasni!

    ReplyDelete
  2. sabar sabar... tak pe besar pahala tu jaga orang demam :)

    ReplyDelete