Perkara pertama yang aku lakukan pagi ini ialah call astro customer service - unsubscribe movie package. Kalau boleh nak give-up sport for movie tapi roomate tak setuju, so kenalah give-up movie.
Update on my life (who cares actually, I, myself also can't stop thinking about RM RM RM...):
Cerita gigi
- Last 2 weeks (selasa) sakit gigi, gi dentist, kena tampal sementara dgn ubat, doctor suruh datang after 1 week (kena RM90)
- Follow-up with dentist, suruh cabut tapi sebab masih sakit doctor kemaskan tampalan sementara tu dan suruh datang lagi next week (treatment hari ni - free)
- Lagi jumpa dentist, this time gigi dah ready untuk dicabut ---- dah cabut dah--- kena RM70, sampai hari ni masih rasa tak selesa dalam mulut
Gambar dari Berita Harian Online
Cerita cuti sekolah
- Cuti kali ni consider sakan gak le... mula-mula tu aku gi outstation, bukan untuk bercuti tapi urusan kerja... bawa anak2 sekali untuk temankan aku, dan adik yang bongsu juga
- Lepas tu since hari sabtu ada kenduri kawin sepupu aku, hari khamis bapa aku sampai dari kpg. Pd malam yg sama dia sampai aku hantar dia ke rumah sepupu tu di rawang.
- Hari jumaat malam adik aku yang kat PD tu datang tidur kat rumah. Ideanya adalah untuk pergi makan kenduri bersama-sama pada hari Sabtu
- Pergi makan kenduri, lepas tu adik bongsu ikut adik PD balik ke PD
- Bapa pulak ikut aku balik ke shah alam
- Hari isnin bapa balik ke kpg, naik bas dari seksyen 17, shah alam
- terasa SUNYI sangat... yelah, adik bongsu tak ada, bapa dah balik...... almost back to normal, akan betul2 back to normal bila cuti sekolah dah habis nanti, which is 3 more days to go..
Cerita kereta
- Hubby dah jual kereta dia last week, agak mengejutkan sebab buyer tu bayar cash
- Memang dia nak jual lama dah tapi tak sangkalah pulak orang nak bayar cash, so urusan jualah tu jadi cepatlah sikit sebab tak perlu nak tunggu loan mamat tu approve etc
- Kebetulan cuti sekolah, aku pun ambik half day beberapa hari... masa tu pergilah jalan2 tengok grand livina, tengok 307sw
- Ada la satu bijik kereta tu kami dah berkenan, roomate pun dah letak duit booking. BTW kereta yg kami kenan tu second hand
- DISEBABKAN LATEST UPDATE - KENAIKAN HARGA PETROL hubby is considering to cancel the booking....
Terharu!
Ini saya cut & paste dari blog chedet, mengalir gak air mata....
-
saya yg paling terkena bila minyak naik ni....ini disebabkan saya berulang alik dari cyberjaya ke melaka. Skrang ni pun belanja minyak + tol saya pi keje rm 1000 sebulan....itu minyak harga rm1.92 je....aku rasa klu dengan rate skrang ni rm 2.70 mau kat rm 1500 untuk minyak kereta je!!!! kerajaan bg subsidi rm625 setahun tu cuma belanja minyak saya setengah bulan.
isteri saya pun x sanggup tgk saya sakit poket ujung bulan, malam tadi beliau buat keputusan untuk berenti belajar. dan kami akan pindah balik ke Seri Kembangan ujung bulan ni. Satu keputusan yg amat menyedihkan, tapi kami terpaksa menerimanya. Nak duduk asrama, anak saya nak letak mana pula...tak terjaga. Satu keluarga menangis mlm tadi. isteri nangis sebab dia kena berenti belajar, saya nangis sebab terharu dengan keputusan isteri, anak aku nangis sebab tgk mak ayah dia nangis...terima kasih kerajaan malaysia....
Untuk keluarga yg One Man income mcm saya ni, sure banyak effek...
Tariff elekrik pun akan naik tidak lama lagi, berikutan diesel naik rm 1.....ahhh...malas nak pk apa lagi yg akan naik....
Saya yg bersalah cut & paste - Akuni
bayo cash tu!(kete lama)
ReplyDeletedah tu mik kete plak nih kalo dah cancel book yg tu!?
kene amik kete yg jimat minyak!ade x?
Mama
ReplyDeleteSebenarnya kita org ingat nak amik MPV sbb susah gak biler sedara datang or kalu balik kpg (jauh pulak tu kat perlis nun) tapi tak tau la... tengah pk nak cancel tp lum cancel lagik
orang yang bertanggungjawab naikkan harga minyak sedikit pun tak terasa keperitannya sebab minyak dia bukan dia yang bayar... malah dia boleh naik limo kesana sini... free aje.. dapat duit lagi atas alasan tugasan..
ReplyDeleteakan ramai lagi golongan cam corpetro ni.. kesian kan. tapi nak buat camne.. pemimpin kita tak kesiankan rakyat.. bagi subsidi ciput tapi bayar nya hujung tahun. abis tu, hari2 biasa ni, sape nak bagi duit untuk bayar minyak agaknya ye??
Neeza
ReplyDeleteMemang berat dugaan kali ini ya Neeza tapi macam mana pun terpaksa ditempuhi jua.... tengah fikir nasib kereta yang baru kami book last week tu... nak on beli ke tidak ya....
a'ah ramai gak bagi respon utk komen corpetro tuh.....ni bukan 'cobaaaannnnn' ni memang 'betulllll2'
ReplyDeleteWira full tank pun dah RM104..kalo MPV apatah lagi....kot yg boleh pakai NGV tu ok la jugak..
Dalam sejuk di sini, saya juga terasa bahangnya. Kenapa lah tidak ada yang memikir nasib rakyat yang kurang berkemampuan? Dia dah senang, boleh la...
ReplyDelete