Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Monday, June 9, 2008

Back to school

Hari ni may be the usual monday blues untuk kebanyakkan orang tapi bagi aku lebih daripada itu... maklumlah cuti sekolah dah berakhir, hari ni macam 'back to normal' la... aku sedih sebenarnya sebab 2 minggu cuti sekolah yang baru lepas ni adalah hari-hari yang menggembirakan aku.

Cuti sekolah adalah hari yang aku masuk kerja on-time dan balik pun on-time. Tak perlu kelam kabut bangun 4.30 pagi untuk seterika baju sekolah dan keluar jam 7 pagi untuk hantar anak ke sekolah. Masuk kerja pun kul 8, balik kerja kul 5. Kesian anak2 mesti boring dok kat umah babysitter time cuti. So, kena la balik awal boleh melayan dia orang kan rumah pulak. Seronok!

Cuti sekolah adalah hari yang aku banyak ambik cuti (3 hari dalam masa 10 hari bekerja). 2 hari pulak aku outstation - bawak anak2 sekali (kerja pun macam cuti je). So aku masuk opis cuma 5 hari aje dlm masa 2 minggu ni. Seronok!

Cuti sekolah aku dapat jumpa ahli keluarga. Adik bongsu, adik no. 3 & family dan ayahanda aku datang ke rumah. Aku suka adik-beradik/sedara-mara datang ke rumah. Lepas tu sepupu pulak kenduri kawin kat rawang, dpt lah jumpa sedara-mara yg datang dari melaka & johor. Seronok!

Kebetulan masa cuti sekolah pulak ada latihan sukan kat tempat kerja aku ni, so, aku bawak anak2 join aku main tenis and bowling. Dia org tak pandai main pun tapi seronok sakan dok tolong kutip bola, lari sana lari sini. Enjoy!

Cuti sekolah ni pecah rekod aku pergi outstation drive sendiri! Kelakar!

Cuti sekolah ni jugak pecah rekod aku pergi rawang drive sendiri, biasanya aku drive dalam area shah alam je. Kalau keluar sikit dari shah alam selalu hubby yg drive atau aku naik komuter (kalau urusan peribadi) atau naik transport company (kalau official). Cayalah!


Hai cuti sekolah.. dah habih pun... boringlah....

11 comments:

  1. k.ahni..ume pun jadi sayu la pulak bila cuti sekolah dah abis ni. iman dah p sekolah. ume dan hubby kena bangun agak awal sket pepagi ni. kelam kabut nak gosok baju sekolah sekali. aduhai.. tiap2 mlm nak kena rajin check homework iman. hhuhu... err, mintak maaf k.ahni sbb ume tak buat tag k.ahni. pemalas betul ume ni. maafkan lah eh.. jgn marah tau!

    ReplyDelete
  2. ni tak tahulah camana cikni oiiiiiiiii...kalau ikut pening memang pening pikir macam-macam . Selagi boleh nak bersikap positif ni...!

    ReplyDelete
  3. nak buat mcm ne kak...

    x per..ogos nanti kite cuti lg ye!

    ReplyDelete
  4. mmg best cuti sekolah.. tak yah nak siapkan anak2... mmg bercinta nk kejutkan budak2 ni bangun...

    ReplyDelete
  5. dah naik sekolah ni, maklang akan tinggal sorang2 lah kat rumah...tak ada dayang dan dayung nak tolong mak mereka. terpaksa mengharap kat wan dan bibik aje...

    ReplyDelete
  6. Umeboshi
    Ala... Ume... tag tu small matter aje... tak buat pun tak pe... buat lagi bagus....



    Onde Onde
    Den poning yo..... saya malas nak pikir banyak sangat pasal harga minyak dan barang2 naik, saya cuba ingatkan diri sendiri yang kita mesti ingatkan Allah lebih dari ingat pada benda lain.....



    Mama Ranggie
    Boring betul lah Mama sebab cuti sekolah bulan 8 nanti saya ada function (hal kerja), tak leh nak cuti-cuti malaysia....




    Neeza Shahril
    Orang tak ada maid macam tu lah kan... semua kena buat sendiri memang terasa....



    Mak Lang
    Get well soon Mak Lang. Thanks bersembang semalam.

    ReplyDelete
  7. Akak dah naik pangkat ke kak?

    Lagi satu, tak pindah N9 ek. Dekat dgn tempat keje abang.

    ReplyDelete
  8. Wan
    Naik pangkat tu tahun lepas lah Wan. Saya mohon pindah ke N9 tak dapat. Pindah ke Sepang pun tak dapat.
    Ni nak jimat kos la, nak pindah rumah kecik/low cost yg sewa murah. Apartment ni saya nak jual.

    ReplyDelete
  9. hari ni t'ganu cuti!!! menang sukma.. yahuuu... sehari pun cuti jugak.. he he..

    ReplyDelete
  10. semua naik... bila le nak turun, hmmm sabaq je la kan?

    ReplyDelete
  11. Mulan
    Suka sokmo lah ek... enjoy your cuti....



    Alinlai
    Nak buat lagu mana... dok pening2 kepala tak sudah ni pun...

    ReplyDelete