Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Tuesday, April 1, 2008

Kepiluan....


Pagi ni hujan lebat sekali di Shah Alam. Mungkin jugak selebat hujan di hati ku ini.

Sebenarnya dah sebulan aku tidak dijengok rakan baik aku (merangkap bendera jepun). Pagi semalam, seorang makcik telah datang untuk mengurut aku, manalah tahu ada urat2 yang tak berada dalam keadaan sepatutnya atau mungkin rahim juga kurang sihat… bila makcik tu pegang perut aku, dia syak aku mengandung. Terus tak jadi nak urut lagi. Masa tu hati aku dah berbunga-bunga walaupun rasa ragu-ragu jugak, Mana mungkin aku mengandung kalau roommate cuma memberikan keseronokan dan kepuasan tapi bukan benih yang boleh dibajai… tapi takpa, segalanya mungkin kan… mungkin ada benih2 yang telah berkeliaran tanpa disedari…

Petang semalam aku lantas aje ke klinik. Doktor buat scan tapi tak nampak apa-apa pun. Doktor suruh aku buat pregnancy test pagi ni sebaik saja lepas bangun dari tidur. Lebih accurate keputusannya, kata doktor.

Sayang seribu kali sayang.... benarlah bagai ditelah... hanya kekecewaan menjelma... terpaksalah aku terima hakikatnya...

Roomate pun yakin, begitu yakin sekali, tiada kuah yang tumpah ke nasi....

Sambutlah salam kesayuan ku di pagi ini...

11 comments:

  1. ala... cian ahni... takpe im sure an 'accident' will happen soon! :p

    ReplyDelete
  2. walaupun entri ni entri sedih, saya gelak la kak... bahasa akak ni best sangat!!!

    tahun lepas roommate janji tahun ni kan... haa paksa dia tunaikan janji dia :)

    sarah dah besar panjang dah tu

    ReplyDelete
  3. ajak roommate pi mana2 romantic vacation :)

    ReplyDelete
  4. tak apa. usaha tangga kejayaan. tingkatkan lagi aktiviti menyemai.

    ReplyDelete
  5. Diyana
    Ya, harap2 begitulah ye...



    Wan
    Tahun ni dia kata tahun depan pulak... cheh....




    13May
    Kelu kah lidah mu untuk berkata-kata?




    Alinlai
    Teringin gak tapi buat masa ni belum cukup dari segi ongkos nya...




    Lollies
    Ya lah, kena usaha dengan bersungguh-sungguh!

    ReplyDelete
  6. Untung juga anda yang ada roommate untuk memanaskan dingin malam setiap malam...

    Aku juga yang masih status pen pall.. jumpa 2 minggu sekali saja huhuhuhu

    Panas juga la dingin malam, beberapa malam setiap bulan..

    ReplyDelete
  7. sabar lah ya ahni.. Insyaallah.. tak lama lagi lah tu. Doa banyak2 sikit.. cheer up :)

    ReplyDelete
  8. Angah
    Saya ni pun weekend wife gak Angah sebab roomate dok kat senawang nun, tapi at least dia kerap gak balik sebab dekat.



    Neeza
    Thanks Neeza...

    ReplyDelete
  9. k.ahni..agak kelakar le gaya pengkisahan entry kali ni. kekekek.. gelak sakan ume dlm hati je le. sorry! takpe, next time coba lagik!!

    ReplyDelete
  10. kene guna kaedah copy paste benih gak ni (kalau lah ada) hikhikhik

    ReplyDelete