Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Wednesday, January 9, 2008

Mesti hijrah



Biasanya aku memang ketinggalan zaman dalam meng-update blog mengikut perkembangan semasa... Aku tak peduli sangat isu apa kat luar sana tu, aku tulis isu semasa aku aje... Orang lain dah puas dah cerita pasal azam tahun baru dan sekarang ni nak cerita pasal azam hijrah tapi aku belum lagi menyorot kembali pencapaian hidup aku di dalam tahun 2007/1428 dan apa yang ingin aku capai di tahun 2008/1429.

Secara ikhlasnya, masalah yang perlu aku atasi/aspek hidup aku yang perlu di-improve bukan sahaja tidak tercapai, malahan semakin meruncing/merosot. Kegagalan ini lah yang membuatkan aku rasa kecewa.

Walau bagaimanapun, ini hanya dari perspektif peribadi. Kalau dilihat dari segi rezeki yang Allah bagi, memang aku beryukur sangat. Tahun lepas aku dapat pencalonan untuk kenaikan pangkat (dah cerita kat entry sebelum ni). Alhamdulillah, aku lulus ujian dan temuduga kenaikan pangkat (rezeki kerjaya). Masalah kesihatan pun tak ada yang serius, setakat demam selesema dan batuk aje (rezeki kesihatan). Rumahtangga dan keluarga, baik keluarga sendiri dan keluarga suami pun tak ada apa-apa yang menjadi masalah, biasalah hidup berkeluarga mesti ada asam garam kan... (rezeki tali persaudaraan).

Berbalik kepada cerita pasal azam peribadi tu, aku memang perlu betul-betul berhijrah sekiranya aku nak capai apa yang aku ingin kan. Perlu displin dan dedikasi, yang mana memang menjadi kelemahan utama aku selama ini.





Ya Allah, berikanlah aku kekuatan............

9 comments:

  1. Alhamdulillah 'alaa kulli hal.

    Semoga tahun ini lebih baik dari yang berlalu.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah Pak Keng. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk mencuba dan melaksanakan azam kami ke arah kebaikan.

    ReplyDelete
  4. Salam Ma'al Hijrah from http://malayahistory.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Untuk semua yang tulis komen

    Terima kasih dan salam maal hijrah.

    ReplyDelete
  6. Salam Maal-Hijrah. Angah plak jenis tak berazam..cuba yang terbaik day by day jer.. insyaAllah.

    ReplyDelete