Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Monday, January 28, 2008

Bila usia senja...

Terima kasih kepada yang memberikan nasihat kepada aku di dalam entry sebelum ni. Tarikh yang dinantikan ialah 31hb, iaitu lusa. Aku memang dah buat istikharah tapi tak nampak apa-apa. Lagi satu, aku sepatutnya buat solat istikharah tu sebelum aku hantar borang pertukaran tu. So, may be sekarang ni aku hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah.

Nampaknya aku terlupa nak update blog.

Serius!

Entah macam mana aku biarkan hari minggu berlalu tanpa bloghop dan update.

Dan,

tanpa menyentuh laptop ni pun!

Hmmm.....

Banyak perkara berlaku semasa hujung minggu lepas.

Macam biasa kami balik kampung hubby kat Ipoh. Seperti biasa juga, tiap2 kali balik mesti ada 'isu semasa'. Tiap2 kali jadi begini aku akan terfikir, macam manalah aku bila dah lanjut usia nanti. Aku berdoa agar aku tak menjadi orang tua yang memeningkan kepala anak2. Biarlah aku tak ditatang bagai minyak yang penuh oleh anak2, asalkan aku tidak menyusahkan dia org. Nanti dia org tak larat/tak tahan jaga aku, dia org dok rungut2, dia org pulak dpt dosa, kesian kat dia org. Aku doakan semoga aku sihat, boleh jaga diri aku sendiri. Anak2 pun jadi anak soleh dan tak lupa kan mak dia org ni.

Sebenarnya, aku tengok adik-beradik hubby aku ni memang ambik berat pada mak mertua. Dia orang cuba sedaya upaya nak jaga dia. Kdg2 dia org macam nak give-up tapi kerana taat dan kasih sayang, dia orang mengalah. Aku sebagai menantu ni, memang tak get involved. Pertamanya kerana aku lah hanya seorang menantu perempuan yang tak duduk kat kampung. Hanya aku lah menantu perempuan yang tak pernah jaga mak mertua aku. So, kalau aku balik kampung pun, whatever apa yang berlaku, aku hanya pendengar yang setia, tak kira lah yang bercerita tu mak mertua ke, ipar2 ke, biras2 ke... dengar ajelah kisah benar, kisah dongeng, drama swasta, primadona, whatever aje lah, dengar, dengar dan dengar....

Aku rasa kasihan sebenarnya kepada kakak-kakak ipar dan biras2 perempuan (menantu perempuan) yang terpaksa sungguh-sungguh menahan sabar bila menjaga mak mertua. Dia orang tu memang baik (hal-hal yg kecik2 tu jgn ambik pot sgt). Bukan senang nak jaga orang tua ni. Sapa yang pernah jaga mak atau ayah yang dah lanjut usia, pasti tahu betapa beratnya mata memandang, berat lagi bahu memikul (dan sapa kata senang nak jaga anak2? yang muda dan nakal2 tu? macam tu lah dulu mak dan ayah kita jaga kita tau, dengan begitu susah payah jugak, macam kita jaga anak2 kita sekarang ni)

Pada mak mertua juga aku rasa sangat kasihan, sayangnya aku pun tak dapat nak buat apa2 untuk tolong dia. Aku tak paham sebab aku masih muda. Aku memang tak boleh imagine apa yang dia sedang lalui di usia dia. Tak tahulah apa yang dia fikirkan, apa yang dia nak, macam mana nak bantu dia. So, aku pun jadi pendengar yang setia jugak dengan mak mertua aku. Dengar, dengar dan dengar....

Sebenarnya aku tak tahu nak cakap apa dan nak buat apa. Yang pentingnya aku ada disamping hubby dan jadi pendengar setia dia jugak, jadi air batu (penyejuk) hati dia dan sentiasa support dia, tak kisahlah apa yang berlaku kat kampung, just make sure dia jaga hati mak dia dan jangan jadi anak derhaka.

2 comments:

  1. Patutnya solat istikharah tu buat bila berbolak balik(50-50). Ni dah hantar borang ni maka dah berat nak pi la.

    Kalau xde apa2 alamat buat lagi sampai datang alamat.

    Berpindah mmg memayahkan. Insya Allah ianya lebih baik dari tempat sekarang. Confirm pindah?

    Menangani mak(mak & mak mertua) memang payah. Apa nak buat? Sabarlah dan lakukan yg termampu. Insya Allah

    ReplyDelete
  2. Biasalah... cerita² semasa bila balik kampung ni. Nak campur sangat kita ni orang luar. Tak campur karang orang kata kita selfish lak.

    ReplyDelete