Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Friday, January 18, 2008

Berbelah bahagi

Kdg2 walaupun kita excited dapat kerja baru tapi dalam hati kita tu ada jugak rasa macam berbelah bahagi.

Kita rasa sayang nak tinggal officemates yang dah lama kenal dan yang dah mesra (kalau officemates kita ok, kalau tak ok tak kisah lah). Officemates baru nanti tak tahu pulak macam mana perangai nya. Boleh serasi ke?

Kalau kerja baru kita tu di tempat lain, may be kita kena berpindah. Lantas kita rasa serba salah juga nak sewakan rumah kita kepada orang lain. Kita kena jugak fikirkan pasal anak2 kita yang perlu ditukarkan sekolah. Banyak jugak yang nak kena uruskan; bas sekolah, babysitter, urusan bertukar sekolah, sewa rumah baru, packing barang, angkut barang, pindah.........

Macam mana pulak kalau kat tempat kerja baru tu kita kena tukar rutin; daripada tak perlu travel kepada selalu kena travel ataupun dari selalu travel kepada kena duduk office sepanjang masa? Boleh ke kita adjust dengan suasana kerja baru tu nanti?

Banyak perkara yang difikirkan... banyak soalan tapi tiada jawapan...

Permohonan pertukaran aku tu masih pending. Kena tunggu mesyuarat pembangunan sumber manusia dulu. Lepas tu baru dapat keputusan.

Mula2 tu hubby macam excited jugak pasal idea nak pindah ke senawang tapi tak berapa lama selepas dia kerja kat sana, dia cakap "Tak pindahpun tak apa"

Sayangnya aku dah pun buat permohonan pertukaran. Kalau tiba2 nak batal tanpa sebab pun susah jugak. Ini bukan kali pertama aku mohon tukar. Kali pertama dulu aku mohon ke penang tapi tak mendapat sokongan dari pengurusan. Masa tu memang aku nak sangat keluar dari tempat office sekarang. Tak tahan sangat stress. Bila hubby ada ura2 nak mohon kerja kat sebelah utara, terus aje aku sokong. Bila permohonan aku kena reject, aku terpaksa accept yang rezeki aku kat sini, kat shah alam.

Lepas tu boss bertukar. Kita orang macam rasa baru dapat kemerdekaan. Aku pun dah ok dah, dah happy dengan boss baru, tiba2 tukar pulak lagi sekali boss. Kali ni aku sungguh2 tak happy. May be sebab aku belum serasi lagi dengan boss baru ni. May be aku belum faham dia. Tak kiralah apa jua rational nya, aku tetap rasa stress. Aku memang tak suka kerja kat sini lagi. Lebih2 lagi aku buat kerja yang sama for 8 years! Lepas tu ditambah pulak dengan memangku kerja boss. Maklumlah boss kan baru lagi kat department ni, dia pun masih blur lagi dengan function kat sini. Ini semua ayat penyejuk hati sebenarnya. Dah masuk 6 bulan ni, takkan blur lagi......

So, lagi sekali aku mengambil kesempatan di atas kerja baru hubby di senawang sebagai alasan untuk keluar dari office sekarang. Kdg2 aku fikir, tak kisahlah walaupun banyak perkara perlu diuruskan, asalkan aku dapat keluar dari kepompong ini!

Aku ambil kesempatan ini juga sebagai alasan untuk pindah dari rumah sekarang. Rumah yang dikelilingi dengan jiran-jiran warga asing. Nak naik lif pun tak berani naik sorang2. Nak bagi anak main2 kat luar pun tak berani. Nak bagi main kat taman permainan kanak2 lagilah tak berani sebab sebelahnya tu gelanggang sepak takraw tempat dia orang dok beriadah setiap hari.

Bila difikirkan, sayang jugak nak tinggalkan rumah ni. Dulu bukan main excited nak pindah masuk ke rumah sendiri tapi rupa2nya begini jadi nya... sungguh mengecewakan bila hari pertama pindah, tengok2 jiran kami warga dari myanmar....


Macam yang aku dah tulis awal2 tadi... soalan nya banyak, nak pindah ke tidak, nak tukar ke tidak, serasi ke tidak, seronok ke tidak, ok ke tak ok?

Bila di persimpangan, nak belok ke mana? Kiri ke kanan?

... tapi jawapan nya aku tak tahu....

Namun, hanya Allah sahaja lah yang Maha Mengetahui apa yang baik untuk kita dan apa yang tidak.... Ya Allah, berikanlah pada ku petunjuk...

9 comments:

  1. Kanan ker, kiri ker.. Ubi doa dapat pilihan terbaik, yang tambah murah rezeki, Insya Allah.

    ReplyDelete
  2. nak jd warga senawang lah ni...?

    jomlah,ramai gak bloggers yg dok senawang...

    senang2 boleh trun PD...

    ReplyDelete
  3. ayo..susah gak nak buat pilihan yg terbaik ni kan. ume doakan moga k.ahni diberikan petunjuk & hidayah moga dpt buat pilihan yg benar2 terbaik...

    ReplyDelete
  4. hi! i'm blog hopping. bila baca your stories, teringat pulak zaman I bekerja dulu.. selalu kes macam ni jadi. kita kena buat kerja boss tapi boss yang dapat nama. tapi the boss for the boss akan finally tahu sape yang buat kerja. memang tak cepat la dia tahu. one fine day... sabar lah ye. cuma, bila kita tahu banyak, boss takleh la nak kelentong kita.. ye tak?? hehheeee

    ReplyDelete
  5. hmmmm...masalah nih...

    teringat plak kat satu pepatah:

    di telan mati mak...
    di luah mak tak mati...

    hahha hahha :D

    ReplyDelete
  6. salam,

    ahni..selalulah berdoa "ya Allah, jika berpindah adalah yg terbaik utk aku sekeluarga dan kebahagiaan kami di masa hadapan, permudahkan urusan kami. tapi jika kekal di sini yang terbaik, tunjukkanlah pada aku..amin

    sori ya lama x ke sini

    ReplyDelete
  7. Jika masih 50-50 buatlah solat istikharah. Fa iza azam ta, fa tawakkal alallah. Apb enkau telah berazam(usaha & doa) maka bertawakkallah. Insya Allah apa jua keputusan yg kak ambil mmg yg terbaik

    ReplyDelete
  8. betol tu, buat lah solat istikharah...

    ReplyDelete
  9. apa keputusannya? Yang terbaiklah hendaknya :)

    ReplyDelete