Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Wednesday, November 28, 2007

Bz

Minggu ni busy sangat... dari last week lagi sebenarnya...

Weekend demam pulak, demam biasa aje, demam batuk dan selsema.

Isnin hari tu belum sihat lagi tapi kena jugak pergi kerja sebab ada meeting besar pada hari selasa. Sibuk sibuk sibuk. Sampai kena bawa kerja balik rumah.

Yang paling best tu sebab aku punya job description tak ada pulak kerja tu dan KERJA YANG AKU DOK BUSY SANGAT TU BUKAN KERJA AKU!

Ini semua gara-gara 2 kali tukar boss pada tahun ni saja. Maknanya aku dah ada 3 boss sepanjang 2007 ni. Mula-mula tu Jan-March, boss yang lama la, yang sejak dahulu kala jadi boss aku. Lepas tu dari April tukar boss baru. Seronok + leceh bila tukar boss ni sebab ambil masa jugak dia nak ambil tahu semua hal di bawah jagaan dia. Boss baru pun banyak ambil inisiatif nak belajar dan memahami tanggungjawab department kami.

Elok2 boss tu dah familiar, dah nak settle down, tup tup bulan September kena tukar boss lagi! Tu yang letih tu... apa gila ke top management company aku ni?

Bila ada meeting besar macam semalam tu, jenuh la kami nak cover untuk dia... aku la yang teruk sebab aku paling senior, aku la kena tolong tengok kan almost every report yang nak kena table to the meeting. Meeting ni pasal kualiti, kalau you all semua ingat, aku kan ke sekarang dah FULL TIME BUAT KERJA SAFETY. So, aku dah tak ada kena mengena dah pasal kerja kualiti tapi nak kena cover boss baru punya pasal, aku jugak la kena make sure semuanya in order.

Yang paling aku bengang sebab boss terbaru ni macam tak ada inisiatif nak ambil tahu. Semua nak kena spoon feed. Buat masa ni aku layan aje la, kalau dah tak tahan nanti aku nak sound je kat dia. Ala, dah tahu dah, mesti dia guna ayat lazim dia tu "You dah lama kat sini, you paling paham"

Huh, hello? Walau pun aku yang paling berilmu pengetahuan kat department tu tapi kerja tu bukan bidang aku lagi tau!

Sunday, November 25, 2007

Larangan Cuti Sekolah

Abang dan adik hanya dibenarkan main game masa cuti. PC games boleh main masa cuti hujung minggu dan PS games boleh main masa cuti sekolah. Masa lain tak boleh sebab memang aku control dua orang ni. Tak nak ralit sangat main game sampai tak peduli pada pelajaran.

Tahun lepas prestasi Abang pada tahap paling baik. Dia dapat tempat kedua. Hubby pun dah janji nak hadiahkan basikal kalau dapat nombor 1-10. Seronoknya dia dapat naik basikal tu. Pergi-balik sekolah agama dia tak naik kereta pengasuh lagi tahun ni, dia naik basikal. Dah 2 kali dia 'eksiden' tapi Alhamdulillah tak ada apa-apa yang serius.

Tahun ni aku tak berapa strict sangat dengan Abang. Aku tak nak kongkong dia sangat. After all dia dah naik darjah 4 dan dari darjah 1 hingga darjah 4 pelajaran dia baik.

Sayangnya tahun ni pelajaran dia merosot dengan teruk. Bila aku suruh dia belajar, memang dia duduk kat meja belajar dia tapi bukan dia belajar/mengulangkaji pelajaran tapi dok lukis transformer la, lukis dinosour, lukis macam-macam lagi. Dia over-confident. Akhirnya tahun ni dia terkeluar terus dari senarai 1-10.

Sebenarnya aku tak kisah sangat. Walaupun merosot tapi result dia ok lagi lah. Cuma aku nak dia 'belajar'. Aku tak nak dia fikir, pelajaran bagus dan pelajaran tak bagus tu tak ada bezanya. So, aku 'mendenda' dia orang, Abang dan Adik, kedua-duanya tidak dibenarkan main game, samada PC atau PS sepanjang cuti sekolah ni (tengok jugak lah kalau dia orang behave, may be next month boleh bagi main balik)

Selama ni pun aku bukan paksa dia orang study siang malam. Aku bagi kelonggaran, bukan tiap2 malam pun dia orang kena ulangkaji. Biasanya sebelah malam tu aku akan tanya "Ada kerja sekolah tak?" Kalau ada homework, aku suruh dia orang buat, kalau tak ada, boleh relax, tengok TV. Make sure buku dah susun untuk jadual waktu esok hari. Itu saja. Bukannya aku demand sangat.

Sekarang ni biarlah dia orang 'belajar' dari pengalaman tahun ini. Aku nak dia orang tahu, kena usaha baru ada ganjaran. Kejayaan tak datang dengan begitu mudah. Kita tengok macam mana dia orang tahun hadapan. Aku harap dia orang sedar, kena belajar dengan tekun, baru boleh dapat hasil. Jangan over-confident. Jangan perasan kata pandai sangat.

Friday, November 23, 2007

SEBELUM TIDUR

Ini adalah sebahagian daripada perkongsian ilmu yang saya dapat melalui email. Mohon tuan empunya artikel yang asal mengizinkan saya berkongsi di sini. Sekiranya artikel ini ada kesilapan atau tidak benar, harap dapat memberi teguran. Terima kasih.


Pesan dan berpesan antara kita....

SEBELUM TIDUR

Tafsir Haqqi)
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu :


1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?
"Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :
1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
2. Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.
4. Dan,perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Thursday, November 22, 2007

HADIAH BUAT IBUBAPA

Ini adalah sebahagian daripada perkongsian ilmu yang saya dapat melalui email. Mohon tuan empunya artikel yang asal mengizinkan saya berkongsi di sini. Sekiranya artikel ini ada kesilapan atau tidak benar, harap dapat memberi teguran. Terima kasih. 


Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Zulkifli Nordin . Semoga ilmu ini dapat lagi dihebah-hebahkan kepada semua saudara seIslam kita yang lain moga kita dapat sama-sama mempraktikkannya .

BAGAIMANA /APA HARUS KITA LAKUKAN BAGI MEMBANTU IBU / BAPA, SAUDARA-MARA / KAWAN2 YANG TELAH MENINGGAL DUNIA ( BERADA DI ALAM BERZAKH) .

RASULULLAH S.A.W BERSABDA, TERDAPAT 3 CARA KITA BOLEH MEMBANTU ALLAHYARHAM DAN ALLAHYARHAMAH YANG TELAH MENINGGAL DUNIA :-

1. Bantuan oleh anak kepada Ibu Bapa yang telah meninggal dunia.
2. Bantuan oleh saudara/kawan-kawan kepada mereka yang telah meninggal dunia.
3. Kita sendiri yang membantu diri sendiri agar bila berada di alam akhirat kelak pahala akan terus berpanjangan.


SEBAGAI SEORANG ANAK :-

Rasulullah S.A.W telah mengingatkan terdapat 7 perkara harus dilakukan oleh seorang anak bagi memastikan agar pahala akan terus berpanjangan sampai kepada Ibu Bapa yang telah meninggal dunia.

i. Hendaklah sianak itu sendiri yang menjadi Imam untuk Solat Jenazah Ibu / Bapanya.
Rasionalnya, semasa solat jenazah tersebut ada doa maka sudah pastinya doa Si anak serta diaminkan para jemaah lain terlebih mustajab/afdal berbanding bila jenazah diImamkan oleh orang lain yg tiada kena-mengena . Tambahan pula pahala kebajikan daripada solat itu tadi akan terus sampai kepada Ibu /Bapa yang telah meninggal dunia tadi.

ii. Sentiasa mendoakan kepada ibu/bapa.
Selain berdoa setiapkali selepas solat fardhu, kita boleh juga amalkan berdoa.
Contohnya -agar semua dosa-dosa lalu ibu/ bapa diampunkan Allah SWT tak kira masa sepanjang ibu/bapa masih hidup dahulu.

iii. Sentiasa menyambung silaturrahim dengan kawan-kawan ibu/bapa ketika hayatnya.
Rajin-rajin pergi ziarah ke rumah / hadiri kenduri-kendara, bantu sahabat / kawan-kawan mereka terdahulu. Bertanya khabar dan teruskan silaturrahim yang terjalin sebelum ini. Setiapkali kita menziarahi kenalan lama mereka, pahala tersebut akan dapat/sampai kepada Allahyarham/Allahyarhamah secara terus, InsyaAllah.

iv. Membayar nazar puasa / hajat yang masih tertangguh.
Sekiranya semasa hayat mereka pernah bernazar puasa dan kita tahu mereka tak sempat menunaikannya, maka kita wajib menggantikan puasanya. Hanya Imam Syafie menyatakan bahawa sekiranya ibu/bapa yang meninggal dunia tidak sempat menggantikan puasa Ramadhan, maka sianak boleh membayar fidyah saja, sekiranya sianak tak mampu nak mengqada'kan puasa bagi pihak arwah. Atau, jika kita tahu arwah ada hajat nak bantu jiran/kawannya sekiranya ada rezeki lebih (Contoh yang diberikan Ustaz : Niatnya sebelum ini kalau dapat duit KWSP nak tolong jiran buat tangga baru .Sianak haruslah bantu jiran tersebut bagi memberitahu hajat mereka yang tak sempat ditunaikan semasa ibu/bapa masih hidup).

v. Gantikan haji bagi ibu / bapa yang tak sempat tunaikan ibadah haji.
Upah haji untuk ibu / bapa yang tak berpeluang menunaikan haji semasa hayatnya.

vi. Buat amal soleh & kebajikan dan niatkan untuk mereka.
Setiap kali kita bersedeqah , mengaji, dan lakukan sesuatu kebajikan, selalulah NIATKAN sekali
untuk mereka. Pahala tersebut akan sampai kepada mereka secara langsung (sepantas cahaya) dan akan berpanjangan pahalanya.

vii. Menunaikan janji mereka.
Menunaikan janji-janji yang kita ketahui mereka tak sempat ditunaikan.

SEBAGAI SEORANG KAWAN /SAUDARA :-

i. Hendaklah kamu talkinkan kawan kamu disaat sakaratulmaut.
Maksudnya, ketika mereka sedang menghadapi sakaratulmaut, maka hendaklah kita membaca
talkin ( sebutkan kalimah Lailahaillah ) ke telinganya agar beliau sempat menyebut / mendengar kalimah Allah. Kita boleh tengok / tahu keadaan mereka yang nazak ini antaranya dengan memegang kakinya, kalau sejuk itu tandanya beliau sedang hadapi sakaratul maut, atau tengok kakinya jatuh, perutnya berombak-ombak, peluh bulat-bulat keluar didahinya, hidungnya jatuh. Terdapat juga amalan membaca Yassin untuk membantu beliau diringankan sedikit sakit semasa proses nyawa ditarik keluar daripada jasad.

ii. Dengan mendoakan kawan / saudara ketika teringat mereka.
Apabila teringat mereka ini, berdoalah agar mereka diberikan keampunan oleh Allah SWT. Contohnya dalam Solat Jumaat, ada doa untuk semua orang Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

iii. Tolong kawan selesaikan hutangnya jika kita tahu mereka tak sempat jelaskannya.
Contohnya , kita tahu kawan kita makan sama-sama di kantin pagi tadi dan terlupa bawa duit
atau duit tak cukup dan berjanji nak bayar pada petang itu tapi tak sempat nak bayar, dah datang ajalnya, maka kita yang tahu hal ini, tolonglah bayarkan untuknya.Dalam hal bayarkan hutang kawan ini kita kena ikutlah kemampuan diri kita sendiri, sebab roh mereka yang tak selesaikan hutangnya akan tergantung antara langit dan bumi sehinggalah hutangnya selesai.

BANTU DIRI SENDIRI

i. Tolong diri sendiri dengan memperbanyakkan amal jariah.
Kita hendaklah rajin dan sentiasa mengerjakan amal kebajikan yang pahalanya akan berpanjangan sehingga ke akhirat. Contoh daripada Ustaz : Daripada mengerjakan 5-6 kali umrah, alangkah baiknya duit terlebih itu kita sponsor sesiapa yang nak belajar, seperti seorang anak yang tak cukup duit nak belajar kursus perubatan. Sebaik jadi doktor nanti segala amal kebajikan yang dilakukannya kita juga akan dapat pahalanya, Insya'Allah.

Tukau Keje

Sebab dah janji dalam entry sebelum ni, maka kenalah aku tulis jugak. Pasal hubby la.

Dia tu background mech. eng. dan experience dalam bidang manufacturing. Dah lama dah dia kerja kat kilang. Akupun memang menggalakkan dia tukar kerja dulu sebab tengok dia macam dah tak semangat kerja. Kilang tu dulu, bonus pun sikit compared to kilang2 multinational yang lain. Increament pun sikit sangat sebab ada pilih kasih. Bila ada orang berhenti, bukan dia nak naik kan my hubby tapi employed orang baru dgn pangkat yg lagi tinggi tapi tak ada experince dalam bidang tu.

Kebetulan kawan hubby nak cari staff dari bidang technical untuk bantu dia orang kat insuran. Hubby pun mohon dan dapat. Sebenarnya ramai client yang pelik bila tahu my hubby tu engineer sebab rasa-rasanya dia lah sorang aje yang engineer kerja kat insuran broker. Sebenarnya dia orang tu nak somebody yang technical untuk oversee kerja2 yang technical jugaklah. Selama ni kawan hubby (dia tu GM) dok pergi melawat tapak & dengar briefing from vendor/client etc susah sikit nak digest lah, malahan tak tahu pun kalau kena temberang ke hapa... entah apa yang my hubby dengan kawan dia tu berpakat, last2 keluarlah syarat compesation 6 months salary in lieu if my hubby decided to resign before 2009. Geram betul lah aku. Why promise something like that?

Dah setahun hubby kerja kat insurance broker tapi dalam hati dia macam tak berapa seronok (walau pun dia seronok dapat kawan baru, dapat experience, dapat travel), may be sebab kerja tu tak serasi dengan dia kot... tu yang dalam masa setahun ni dah 2-3 kali dia pergi interview kat tempat lain tapi tiap2 kali pun batalkan hasrat untuk resign sebab syarat compesation 6 months salary in lieu tu.

Masa cuti sekolah dalam bulan 8 dulu kot, masa kami pergi makan kenduri kat N9, kebetulan rumah pengantin dekat dgn rumah kwn dia, langsung kami pun singgah menjengok kawan tu. Dia cakap ngan hubby kat kilang dia kerja tu ada vacant post dalam bidang hubby. Aku memang galakkan hubby pergi interview dan kalau offer dia bagus dan worth-it, apa salah nya resign...

Alhamdulillah hubby dapat offer tu. Tak ada lah tinggi sangat gaji dia, tak leh lawan gaji Ordinary Superhero or Atiza tapi memang good offer (x1.6 dari gaji dia sekarang ni). Yang paling penting sebab dia dapat jawatan yang setelah sekian lama dia kerja kat kilang tapi tak dapat-dapat. Peluang kerjayapun nampak cerah.

Alhamdulillah, dipendekkan cerita setelah puas membuat rayuan, akhirnya hubby dapat resign dengan bayaran hampir 3 bulan gaji. Tak pa la, nanti cover la balik dengan gaji kat tempat baru tu. Dalam 5-6 bulan dah dapat cover dah tu.

InsyaAllah bulan 12 ni hubby akan mula kerja kat tempat baru. Aku doakan dia berjaya kat situ. Terima kasih sekali lagi kepada rakan blogger yang wish my hubby success & wealth.

Wednesday, November 21, 2007

WASIAT RASULULLAH S.A.W.

Ini adalah sebahagian daripada perkongsian ilmu yang saya dapat melalui email. Mohon tuan empunya artikel yang asal mengizinkan saya berkongsi di sini. Sekiranya artikel ini ada kesilapan atau tidak benar, harap dapat memberi teguran. Terima kasih. 



ADAB UZ-ZIFAF


Ahmad telah menceritakan :
"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

1. "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :

1. Susu 2. Cuka 3. Coriander (Ketumbar) 4. Apple Masam"

Saidina Ali r.a bertanya :
"Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab :
"Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak."

Saidina Ali r.a bertanya :
"Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan)."

Baginda menjawab :
"Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran.

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."

2. "Wahai Ali..! janganlah engkau berjima' dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah mengenainya dan anaknya."

3. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima' pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling."

4. "Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima', sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima' yang demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu."

5. "Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah pandanganmu sewaktu berjima', (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta - iaitu anak."

6. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina."

7. "Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua."

8. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala."

9. "Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak."

10. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu secara berdiri, maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai, jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing di tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing di merata-rata tempat."

11. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu pada malam 'Aidil Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua."

12. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam 'Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima' pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat."

13. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung - direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati."

14. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,"

15. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjima' pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah."

16. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu', jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan."

17. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya'ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya."

18. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta."

19. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya (ipar kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia."

20. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas."

21. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq," dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran :
"Innal Mubazziriina kaanu - ikhwan Nas - Syayathin."

22. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim."

23. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat."


ANJURAN BERJIMA'

24. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu bacalah :
"Allahumma Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimm a Rozaktani." Maka yang demikian
itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak, tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya."

25. "Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima' dengan isterimu pada malam Isnin maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah (Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik dan buruk Qada' dan Qadar Allah)."

26. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Selasa, Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat Mati Syahid sesudah syahadah : 'Anla ilahaillallah wa anna Muhammada ar-Rasulullah' dan Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun bala kepadanya) bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu-domba."

27. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu malam Khamis, maka Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana, atau seorang yang alim,di kalangan orang-orang yang alim."

28. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu sewaktu matahari di tengah langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia."

29. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat dan nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa dan petah."

30. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada hari Jumaat, selepas Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim."

31. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti menjadi seorang yang abdal (terkemuka),"

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."...1*

(1*) Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq, Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms 174.

Tuesday, November 20, 2007

Tahajjud Elak Kanser

Ini adalah sebahagian daripada perkongsian ilmu yang saya dapat melalui email. Mohon tuan empunya artikel yang asal mengizinkan saya berkongsi di sini. Sekiranya artikel ini ada kesilapan atau tidak benar, harap dapat memberi teguran. Terima kasih. 


Sholat Tahajjud ternyata tak hanya membuat seseorang yang melakukannya mendapatkan tempat (maqam) terpuji di sisi Allah (Qs Al- Isra:79) tapi juga sangat penting bagi dunia kedokteran. Menurut hasil penelitian Dr. Mohammad Sholeh,dosen IAIN Surabaya, salah satu shalat sunnah itu bisa membebaskan seseorang dari serangan infeksi dan penyakit kanser. Tidak percaya? "Cobalah Anda rajin-rajin sholat tahajjud. "

Jika anda melakukannya secara rutin, benar,khusuk,dan ikhlas, niscaya anda terbebas dari infeksi dan kanser", ucap Sholeh. Ayah dua anak itu bukan "tukang obat" jalanan.

Dia melontarkan pernyataanya itu dalam desertasinya yang berjudul "Pengaruh Sholat tahajjud terhadap peningkatan Perubahan Respons ketahanan Tubuh Imonologik: Suatu Pendekatan Psiko-neuroimunologi" Dengan desertasi itu, Sholeh berhasil meraih gelar doktor dalam bidang ilmu kedokteran pada Program Pasca Sarjana Universitas Surabaya, yang dipertahankannya Selasa pekan lalu.

Selama ini, menurut Sholeh, tahajjud dinilai hanya merupakan ibadah salat tambahan atau sholat sunah. Padahal jika dilakukan secara kontinu, tepat gerakannya, khusuk dan ikhlas, secara medis sholat itu menumbuhkan respons ketahannan tubuh (imonologi) khususnya pada imonoglobin M, G, A dan limfosit-nya yang berupa persepsi dan motivasi positif, serta dapat mengefektifkan kemampuan individu untuk menanggulangi masalah yang dihadapi.

Sholat tahajjud yang dimaksudkan Sholeh bukan sekedar menggugurkan status sholat yang muakkadah (Sunah mendekati wajib). Ia menitikberatkan pada sisi rutinitas sholat, ketepatan gerakan, kekhusukan,dan keikhlasan. Selama ini,kata dia, ulama melihat masalah ikhlas ini sebagai persoalan mental psikis.

Namun sebetulnya soal ini dapat dibuktikan dengan tekhnologi kedokteran. Ikhlas yang selama ini dipandang sebagai misteri, dapat dibuktikan secara kuantitatif melalui sekresi hormon kortisol. Parameternya, lanjut Sholeh, bisa diukur dengan kondisi tubuh.

Pada kondisi normal, jumlah hormon kortisol pada pagi hari normalnya anatara 38-690 nmol/liter. Sedang pada malam hari-atau setelah pukul 24:00- normalnya antara 69-345 nmol/liter. "Kalau jumlah hormon kortisolnya normal, bisa diindikasikan orang itu tidak ikhlas karena tertekan.

Begitu sebaliknya. Ujarnya seraya menegaskan temuannya ini yang membantah paradigma lama yang menganggap ajaran agama (Islam) semata-mata dogma atau doktrin.

Sholeh mendasarkan temuannya itu melalui satu penelitian terhadap 41 responden sisa SMU Luqman Hakim Pondok Pesantren Hidayatullah, Surabaya. Dari 41 siswa itu, hanya 23 yang sanggup bertahan menjalankan sholat tahajjud selama sebulan penuh.

Setelah diuji lagi, tinggal 19 siswa yang bertahan sholat tahjjud selama dua bulan. Sholat dimulai pukul 02-00-3:30 sebanyak 11* rakaat, masing masing dua rakaat empat kali salam plus tiga rakaat.

Selanjutnya, hormon kortisol mereka diukur di tiga laboratorium di Surabaya (paramita, Prodia dan Klinika) Hasilnya, ditemukan bahwa kondisi tubuh seseorang yang rajin bertahajjud secara ikhlas berbeda jauh dengan orang yang tidak melakukan tahajjud. Mereka yang rajin dan ikhlas bertahajuud memiliki ketahanan tubuh dan kemampuan individual untuk menaggulangi masalah-masalah yang dihadapi dengan stabil. "jadi sholat tahajjud selain bernilai ibadah,juga sekaligus sarat dengan muatan psikologis yang dapat mempengaruhi kontrol kognisi.

Dengan cara memperbaiki persepsi dan motivasi positif dan coping yang efectif,emosi yang positif dapat menghindarkan seseorang dari stress," Nah, menurut Sholeh, orang stress itu biasanya rentan sekali terhadap penyakit kanser dan infeksi.

Dengan sholat tahjjud yang dilakukan secara rutin dan disertai perasaan ikhlas serta tidak terpaksa, seseorang akan memiliki respons imun yang baik, yang kemungkinan besar akan terhindar dari penyakit infeksi dan kanser. Dan, berdasarkan hitungan tekhnik medis menunjukan,sholat tahajjud yang dilakukan seperti itu membuat orang mempunyai ketahanan tubuh yang baik. "Maka dirikanlah Shalat karena Tuhanmu dan Berkurbanlah", ( Q.S Al- Kautsar:2)

Sebuah bukti bahwa keterbatasan otak manusia tidak mampu mengetahui semua rahasia atas rahmat, nikmat, anugrah yang diberikan oleh ALLAH kepadanya. Haruskah kita menunggu untuk bisa masuk diakal kita ???????

Seorang Doktor di Amerika telah memeluk Islam karena beberapa keajaiban yang di temuinya di dalam penyelidikannya. Ia amat kagum dengan penemuan tersebut sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang Doktor Neurologi.

Setelah memeluk Islam dia amat yakin pengobatan secara Islam dan oleh sebab itu itu telah membuka sebuah klinik yang bernama "Pengobatan Melalui Al Quran"

Kajian pengobatan melalui Al-Quran menggunakan obat-obatan yang digunakan seperti yang terdapat didalam Al-Quran. Di antara berpuasa, madu, biji hitam (Jadam) dan sebagainya.

Ketika ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam maka Doktor tersebut memberitahu bahwa sewaktu kajian saraf yang dilakukan, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia ini tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara yang lebih normal.
Setelah membuat kajian yang memakan waktu akkhirnya dia menemukan bahwa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak tersebut melainkan ketika seseorang tersebut bersembahyang yaitu ketika sujud. Urat tersebut memerlukan darah untuk beberapa saat tertentu saja. Ini artinya darah akan memasuki bagian urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang di wajibkan oleh Islam.

Begitulah keagungan ciptaan Allah. Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang maka otak tidak dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal. Oleh karena itu kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganut agama Islam "sepenuhnya" karena sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agamanya yang indah ini.

Kesimpulannya :

Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang apalagi lagi bukan yang beragama Islam walaupun akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya di dalam sesuatu keadaan mereka akan hilang pertimbangan di dalam membuat keputusan secara normal.

Justru itu tidak heranlah manusia ini kadang-kadang tidak segan-segan untuk melakukan hal hal yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya walaupun akal mereka mengetahui perkara yang akan dilakukan tersebut adalah tidak sesuai dengan kehendak mereka karena otak tidak bisa untuk mempertimbangkan secara lebih normal.

Maka tidak heranlah timbul bermacam-macam gejala-gejala sosial Masyarakat saat ini.

"Anda ingin beramal shaleh...? Tolong kirimkan kepada rekan-rekan muslim lainnya yang anda kenal."

Wassalam

Imam Puji Hartono AMC Assets Administration - BPPN
WBD Lt. 22, Jl.
Sudirman 45,
Jkt 12930


Terima kasih

Kepada rakan blogger yang xpert buat coding tu, Wan (mak yong), dengan bantuan dia, maka barulah menjadi template blog aku ni. Entah apa yang tak kena entah dengan coding asal. Aku suka template ni sebab nampak post entries tu teratur mengikut date. Sayangnya kalau hari yang sama buat 2 entry, nampak macam kotak tu overlap. Nampaknya Wan sendiri pun dah tukar cat jugak kat rumah dia tu....



Aku juga nak ucapkan terima kasih kepada rakan blogger, Ordinary Superhero, kerana telah membantu aku dan hubby memahami kandungan appointment letter yang dia terima semasa dia kerja kat company yang dia kerja sekarang ni. Maklumlah kalau dah bagi syarat yang susah orang nak ikut (dalam kes hubby, kalau nak berhenti before 2009, kena bayar 6 months salary as penalty). Alhamdulillah, setelah 2 kali tulis surat appeal (tukang karang surat tu aku la), maka boss hubby setuju release hubby dgn sedikit bayaran.... (kena bayar la jugak tapi kami rasa worth-it berhenti). InsyaAllah di entry yang akan datang aku akan cerita lagi pasal hubby.

Monday, November 19, 2007

Cuti Sekolah

Mula hari ni kan, boleh la kunci jam pukul 5.30 pagi dan bukan 4.50 pagi lagi… yuhuuuu… sebab dah cuti sekolah…. tak ada lah kena bangun awal sangat untuk iron baju sekolah anak… sekarang ni iron baju diri sendiri dan baju hubby aje….

SELAMAT BERCUTI SEKOLAH!

Panggilan Tipu

Satu pagi di hari sabtu…..

Pemanggil (perempuan): Hello Puan Ahni Binti Bapa Ahni

Ahni: Ya, saya.

Pemanggil: Dah sampai masa untuk service air-cond (gaya suara macam orang malas aje.. slow, macam nak tidur)

Ahni: Service apa?

Pemanggil: Service air-cond

Ahni: Service apa?

Pemanggil: Service air-cond, airrrr conddddd

Ahni: Rumah saya tak ada air-cond!

Pemanggil: OK, tak palah.

Ahni: Eh, suka-suka aje nak menipu orang ya?

Sebenarnya rumah aku ADA air-cond.
Kami beli 7 tahun yang lalu dan tak pernah pun setakat ini ada orang call kata nak service.

Lagipun nombor telefon rumah aku ni baru lagi. Masa beli air-cond tu dulu, rumah aku tak ada telefon. Yang lagi best, nombor rumah aku ni tak ada pulak aku bagi kat orang sebab aku register talian tetap tm tu semata-mata sebab aku nak guna streamyx! Bila dah habih tempoh perjanjian streamyx (24 bulan) kemungkinan besar aku akan terminate kan line telefon ni dan guna wireless broadband.

Lepas orang tu call, aku call hubby pulak. Kebetulan masa tu hubby keluar dengan kengkawan dia. Hubby pun tergelak besar sebab dia tak arrange kan sesiapapun datang untuk service air-cond.

Alhamdulillah, kali ini kami terlepas dari tipu daya manusia jahat. Lain kali belum tentu. Semoga Allah lindungi kami dan kita semua dari penganiayaan manusia, Amin.

Wednesday, November 14, 2007

Kalau cuti lama sangat









Sumber: internet

Beautiful Director

Semalam entah kenapa lewat betul aku masuk kerja. Entah kenapa... aku bangun macam biasa aje dan aktiviti pun yang sama aje setiap hari - bangun, iron baju, mandi, solat subuh, sidai baju, sediakan breakfast anak, bersiap... tapi lebih kurang setengah jam lewat dari biasa....

Kebetulan pulak semalam ada lawatan kilang dan kali ini masa berkumpul seawal jam lapan pagi! Terpaksalah aku call urusetia dan beritahu yang aku lewat dalam 15 minit.

Perjalanan ke kilang lancar dan kami tiba setengah jam lebih awal dari masa yang dijanjikan. Managing Director (MD) kilang tu belum sampai sebab ada appointment lain. Kasihan MD, terpaksa pendek kan appointment yang sebelum tu kepada 5 minit sahaja sebab nak melayan kami.

Biasanya lawatan seperti ini cuma mengambil masa dalam 2-3 jam tapi lawatan kali ini mengambil masa lebih kurang 6 jam! Lebih kurang sama macam lawatan ke kilang di Sungai Besar minggu lalu, padahal kilang kali ini cuma terletak di kawasan sungai buloh. Sungai Besar tu jauh dari Shah Alam, perjalanan pun dah lebih kurang 2 jam lebih, tentulah lama....

Sepatutnya MD bagi briefing pasal produk tapi dia nak cerita sejarah syarikat dia. Lebih kurang satu jam jugak dia bercerita. Kisah bagaimana dia jadi anak derhaka sebab melawan bapa dia bila buat keputusan untuk buka kilang di KL dan tidak bekerja di kilang bapa dia di pulau pinang dan jatuh bangun perniagaannya termasuklah komplot ipar dan abang dia.... macam dalam drama swasta pulak...

Lepas tu tokeh (MD) tu bawak belanja makan kat concorde shah alam, yummy yummy... masa lunch tu duduk dengan salah seorang director syarikat tu, seorang perempuan. Dia ni adalah salah seorang dari 2 orang pekerja asal masa tokeh tu mula-mula start bisnes kat KL dulu. Dah berusia jugak, tapi muka dia cantik macam baru 30an! Geram betul aku tengok. Tak sia-sia kita orang lunch sama-sama. Bukan setakat dapat makan free, malahan dapat banyak tips kecantikan dari that lady... memang best.

Antara tips kecantikan yang diberikan beliau adalah:

Bila anak2 makan yougut, lebihan yougut kat bekas yougurt tu ambil dan sapu kat muka.

Bila makan tembikai, kulit tembikai tu jangan dibuang. Potong menyerong dan bahagian bucu tu gunakan untuk menyental black head kat hidung/muka.

Susu lebihan anak tu jangan dibuang, panaskan (suam) dan spray ke badan untuk dibuat macam mandian susu.

Sekadar berkongsi ilmu kat sini....



Miss World 2007 Contestant - MALAYSIA - Deborah Priya HENRY

Tuesday, November 13, 2007

KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI

Ini adalah sebahagian daripada perkongsian ilmu yang saya dapat melalui email. Mohon tuan empunya artikel yang asal mengizinkan saya berkongsi di sini. Sekiranya artikel ini ada kesilapan atau tidak benar, harap dapat memberi teguran. Terima kasih. 



Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai
orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang
saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun
yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.
Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.

KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Monday, November 12, 2007

Suami / isteri perlu romantik

Ini adalah sebahagian daripada perkongsian ilmu yang saya dapat melalui email. Mohon tuan empunya artikel yang asal mengizinkan saya berkongsi di sini. Sekiranya artikel ini ada kesilapan atau tidak benar, harap dapat memberi teguran. Terima kasih. 



SIKAP romantik suami terhadap isteri adalah sifat yang digalakkan dalam Islam. Ia adalah penyubur kasih sayang antara suami isteri.

Sifat ini perlulah dikekalkan sepanjang masa walaupun ketika usia semakin tua dan jangan sekali menjadikan anak serta cucu sebagai alasan untuk tidak lagi bersikap romantis.

Sikap romantik lahir dari hati kaya dengan kasih sayang dan ia adalah manifestasi daripada akhlak mulia yang terpancar melalui percakapan serta perbuatan sehari-hari.

Sikap romantik yang perlu dilahirkan:

- Memberi ciuman mesra kepada isteri tatkala isteri mencium tangan suami yang hendak keluar bekerja dan baru pulang ke rumah. Ciuman adalah lambang kesetiaan, peniup semangat untuk isteri dan suami meneruskan kehidupan seharian.

- Mendakap isteri ketika hendak keluar dari rumah. Ini akan mencetuskan ingatan yang berpanjangan sewaktu suami dan isteri berpisah sama ada untuk keluar bekerja atau urusan lain.

- Selalu mengucapkan perkataan yang menunjukkan kasih mendalam kepada isteri.

- Memanggil isteri dengan panggilan atau gelaran yang disukai

- Selalu usik-mengusik dan bergurau senda.

- Berjalan beriringan di luar rumah. Setidak-tidaknya jangan berjalan terlalu laju meninggalkan isteri jauh di belakang.

Petua mengekalkan sifat romantis:

- Isteri hendaklah bijak menghias bilik tidur untuk mewujudkan suasana romantik. Apabila ini dapat dilakukan, suami akan sentiasa berasa gembira sehingga sikap romantik yang ada dapat disuburkan.

- Isteri hendaklah menjaga penampilan di hadapan suami dengan memakai pakaian yang menarik dan bau-bauan menyenangkan suami.

- Usah malu menggunakan ungkapan cinta ketika berdua-duaan, seperti lazim diucapkan pasangan bercinta.

- Di celah kesibukan dengan kerjaya dan menguruskan rumah tangga, suami dan isteri hendaklah bijak mencari masa untuk berdua-duaan tanpa gangguan anak atau cucu.

* Pada ketika tertentu, layangkan kad ucapan mengandungi kata romantik yang penuh kasih sayang.

* Sekiranya timbul sebarang masalah dalam perhubungan suami isteri, hendaklah ditangani dengan segera masalah itu. Usah biarkan masalah berlarutan sehingga lukanya membekas di hati.

Hari Ini

Hari ni agak letih, apa tidaknya, dah berapa lama aku tak busy, hari ni jadi busy sangat.

Pagi ada meeting kat blok L. Walaupun dokumen untuk meeting aku dah siapkan pada hari jumaat yang lepas tapi pagi tadi busy jugak dok melayan telefon dan emai
Tengah dok asyik meeting tu aku dapat satu call. Dalam hati tu berdetik jugak lah "Eh, dia orang ni dah tau aku tengah meeting tapi call pulak, sms je lah"

"Hello" aku jawab.

"Ahni, kau mari la sini, blok H tengah terbakar ni, berasap-asap ni ha, mai la cepat!!!"

Terus lah aku minta maaf kat Tuan Pengerusi. Blok terbakar kenalah pergi tengok!!!

Sampai kat situ, aku tengok staff semua dah duduk berkumpul kat depan blok. Masuk kat lobby aku terus tanya kat member aku kat situ samada dia orang dah call maintenance ke belum. Masuk dalam lobby aku tengok fire alarm punya panel indicator tu menyala kat tingkat 2. Dok try call manager maintenance tapi tak dapat jugak. Tiba2 nampak chargeman sampai, apalagi aku dengan chargeman dan lagi sorang tu yang jaga bahagian fire extinguisher pun naik atas. Tengok kat tingkat 2 kuat betul bau terbakarnya. Asap pun banyak tapi tak lah tebal. Nampak lagi le. Puas kami masuk bilik ini keluar bilik sana, masuk bilik itu keluar bilik sini tapi tak jumpa pulak bilik mana yang terbakar....

Dipendekkan cerita rupanya ada lah satu alat tu dah overheated dan asap keluar berkepul-kepul. Alhamdulillah tak ada apa-apa yang terbakar. Elok-elok lepas tu bomba pun sampai la, 2 biji trak pulak tu. Kesian abang-abang bomba tu... lepas orang maintenance tunjukkan apa masalahnya, dia orang pun balik...

Penat tu aku naik turun bangunan tu sebelum boleh benarkan staff yang tengah berjemur kat parking lot tu masuk balik ke dalam bangunan. Lepas tu aku pergi sambung meeting tapi elok aku sampai kat meeting room tu, tengok chairman dan yang lain-lain dah keluar... kalau nak tahu, aku jadi secretary meeting tu! Ha... minit mesyuarat apa lah yang aku nak tuliskan nanti? Ala kassimmmm.....

Sebelah petang pulak aku dok perati orang maintenance repair benda hangit tu... heheheh... perati ajelah... bukan boleh tolongpun.

Esok aku nak pi melawat kilang, pukul 8 pulak tu. Report terbakar tu nak kena siapkan petang tadi jugak sebab pagi esok ada mesyuarat pengurusan, mesti dia orang nak update pasal kes tu... pulun punya pulun buat report... dalam pada tu ada pulak Head telefon suruh keluarkan surat perlantikan audit... kena siapkan petang tadi jugak sebab esok pagi nak bagi pengarah sign... ha... buat surat, jangan tak buat...

Letih wo... balik kerja, pergi ambik anak, pastu singgah pasar malam beli dinner... lepas ni nak rehat... eh! adik yang datang dari kampung sampai pukul 9 malam... mintak tolong hubbylah pergi ambik... letih nih...

Nak gi tidur rehat! Bye!

Saturday, November 10, 2007

6 perkara Allah sembunyikan

Ini adalah sebahagian daripada perkongsian ilmu yang saya dapat melalui email. Mohon tuan empunya artikel yang asal mengizinkan saya berkongsi di sini. Sekiranya artikel ini ada kesilapan atau tidak benar, harap dapat memberi teguran. Terima kasih. 



Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir
zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya
Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga
Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as
dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh men empuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T
telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam.

Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

Friday, November 9, 2007

Renungan di hari kemuliaan segala hari

Ini adalah sebahagian daripada perkongsian ilmu yang saya dapat melalui email. Mohon tuan empunya artikel yang asal mengizinkan saya berkongsi di sini. Sekiranya artikel ini ada kesilapan atau tidak benar, harap dapat memberi teguran. Terima kasih. 



Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

"sampaikanlah walau satu ayat"..

Thursday, November 8, 2007

Bagaimana menghilangkan Marah

Ini adalah sebahagian daripada perkongsian ilmu yang saya dapat melalui email. Mohon tuan empunya artikel yang asal mengizinkan saya berkongsi di sini. Sekiranya artikel ini ada kesilapan atau tidak benar, harap dapat memberi teguran. Terima kasih.


"Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair : "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempatdaging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais.

Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang"

Lanjutan

Ini kira lanjutan entry yang terdahulu...

Aku dah cerita dua-tiga kali dah sebelum ni, tapi tak pelah, cerita lagi sekali kan...

Memang aku bercita-cita nak jadi lecturer tapi tak boleh sebab kalau nak jadi tutor dekat IPTA(mula2 tutor dulu, dah ada phd baru jadi lecturer) kena dapat CGPA 3 point & above masa degree dulu... so, walaupun aku dah ada master, tak dapat jugak aku nak mohon... tak percaya? Pergilah tanya kat IPTA nun... cuba baca iklan pensyarah kat mana-mana IPTA, itu adalah salah satu syarat nya...

Memang aku frust sangat. Malah, terasa membazir pulak aku belajar master sebab tak dapat digunakan. Sijil master tu pun buat hiasan saja lah sebab kerja sekarang pun tak perlu kan master, so tangga gaji masih ikut kelayakan degree.

Apa yang aku cuba sampaikan dalam entry sebelum ni ialah.... kekaguman aku ke atas staff baru yang jadi trainer tu... korang perasan tak selalu trainer ni pakcik atau makcik yang dah pencen, lepas tu buat free lance? perasan tak?

Selalu kalau aku attend training, mesti aku dok kagum kat trainer tu... aku ni jenis orang yang mengkagumi orang yang berilmu... so, bila tengok trainer tu dok mengajar, aku rasa kagum. Dalam hati aku teringin nak jadi orang yang berilmu, kelak dapatlah aku pergi mengajar. Cuma bila aku tengok staff baru atau budak kecik tu ngajar, aku jadi pelik sebab muda-muda lagi dah jadi trainer....

Budak kecik tu buatkan aku terfikir... takkan aku nak tunggu pencen nanti baru nak pi buat free lance jadi trainer? Kenapa tak start sekarang? After all adik aku yang dok kat PD tu ada company yang dok arrange for training and team building session. Bayaran untuk trainer boleh tahan iaitu dalam lingkungan RM1k sehari... itu lumayan tuh!

Malangnya setakat ni aku tak ada confident nak pi bagi training/ceramah... apa sangatlah ilmu yang ada pada aku ni... tapi adik aku cakap "dia orang tu temberang aje lebih" Ye ke dik?

Setakat ni pengalaman aku dalam training/ceramah adalah:

beberapa kali bagi ceramah kualiti kepada staff baru (sesi induksi) masa kerja kat kilang dulu
3 kali sesi tutorial kepada peserta ICC di tempat kerja sekarang
1 kali ceramah kualiti untuk budak-budak sekolah menengah di daerah Grik, Perak bulan 8 yang lepas

er..... itu saja la kot....

Jadi, kalau ada antara you all ni yang biasa jadi trainer/penceramah, sudi-sudikanlah berkongsi tips di sini...

Wednesday, November 7, 2007

KENAPA AKU DIUJI?

Ini adalah sebahagian daripada perkongsian ilmu yang saya dapat melalui email. Mohon tuan empunya artikel yang asal mengizinkan saya berkongsi di sini. Sekiranya artikel ini ada kesilapan atau tidak benar, harap dapat memberi teguran. Terima kasih.



KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui
org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di
daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya
(mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya
tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Tuesday, November 6, 2007

To be or not to be

Masih syawal kan...lagipun aku seronok bila dengar lagu raya...
Last week ada satu workshop tu, department aku yang request sebab tak lama lagi akan ada konvensyen. Aku nak teams yang bakal participate dalam konvensyen icc kat HQ awal bulan 12 nanti to be ready. Workshop tu bukan aku yang jadi speaker nya tapi ada seorang staff baru dari HQ. Muda lagi dia tu, probably in her late twenties or early thirties. Dia tu dulu masa kerja kat kilang ada six sigma black belt dan kerja di bahagian process improvement.

Sebetulnya aku rasa kagum dengan budak kecik ni... aku rasa based on umur dia, kemungkinan pengalaman aku dalam icc/qcc/kmk dengan budak kecik tu surely lebih lama tapi aku tengok dia sangat petah and she is such a good teacher.

Aku cerita kat hubby, dia kata may be sebab budak kecik tu actually implement those things that she learned. Yeah... betul tu. Learn and teach. Itulah kunci kepetahan dan kejayaan dia. Unlike myself, aku belajar dan belajar dan belajar. Once in a while aku facilitate those people... Masa workshop tu, banyak soalan yang ditanya oleh participant, dia boleh jawab semua dan kalau soalan-soalan tu ditanya pada aku, jawapannya sama jugak lah yang akan aku bagi. Ada jawapan yang dia bagi tu aku rasa ada alternatif lain yang lebih baik tapi tak kisahlah kan...

Aku nak jadi lecturer tapi kalau you all dah biasa ikut blog ni, dah tahu kan kenapa aku tak boleh jadi lecturer. Aku nak jadi trainer tapi tak tahulah bila aku akan ada peluang tu... aku selalu fikir may be in few more years time, aku akan jadi more knowledgeable, more confident and well verse but hey... she's young but she already doing it! So, budak kecik tu buat kan aku berfikir dan berfikir dan berfikir... it is wrong for me to wait. I simply have to take a different approach but what approach is that?

Selama ni aku selalu rasa kagum dengan trainer, almost every time after attending course/seminar... but after all these times, I am still here and still being the stupid me, huh macam katak bawah tempurung...

...apa saja la aku merepek nih...

Monday, November 5, 2007

Jendela Hikmah: Rasulullah berpesan hati-hati beri, terima pujian

Oleh Prof Madya Maznah Daud


SUKA dipuji dan memuji diri sendiri adalah sifat mazmumah yang membuahkan sikap riak. Sebenarnya yang layak dan berhak dipuji hanyalah Allah. Inilah maksud dalam surah al-Fatihah: “Segala puji hanya untuk Allah, Pencipta dan Penguasa seluruh alam.” (Surah al-Fatihah, ayat 2)

Segala yang kita kagum dan takjub semuanya rekaan Allah Yang Maha Bijaksana termasuklah diri dan segala kepakaran serta kebolehan yang ada pada kita. Justeru, di mana letaknya kewajaran dibuai perasaan bangga dan bahagia apabila mendapat pujian yang belum teruji keikhlasannya?



Memuji Allah dengan lafaz ‘Alhamdulillah’ mengandungi pengiktirafan akan Kebesaran, Keagungan, Kesempurnaan zat dan sifat-Nya. Di samping itu, ia juga mengandungi pengertian kesyukuran tulus ikhlas di atas segala nikmat-Nya yang tidak terkira.

Memuji Allah adalah satu ibadat dan Allah sangat suka kepada hamba yang memuji-Nya. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Zikir yang paling afdal ialah ‘LailahaillaAllah’ dan doa yang paling afdal ialah ‘Alhamdulillah’.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Anas bin Malik meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Di kala Allah menganugerahkan satu nikmat kepada seseorang hamba, lantas hamba itu menerimanya dengan ucapan ‘Alhamdulillah’ maka ‘Alhamdulillah’ yang diucapkan itu lebih baik daripada nikmat yang diterimanya.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang hamba berkata, “Wahai Tuhanku, untuk-Mu saja segala pujian yang selayaknya dengan keagungan wajah-Mu dan kebesaran kekuasaan-Mu, dua malaikat terpinga-pinga, tidak tahu apa yang hendak dicatatkan. Lalu kedua-duanya segera menghadap Allah dan berkata: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya seorang hamba-Mu mengungkap satu ucapan yang kami tidak mengetahui bagaimana menulis pahalanya. Allah bertanya apakah ungkapan itu sedangkan Dia sudah mengetahuinya. Maka malaikat itu menyebut ungkapan yang didengari. Allah berfirman kepada kedua-duanya: Kalian berdua tulislah apa yang diucapkan oleh hamba-Ku itu. Apabila tiba waktu dia kembali menemui-Ku nanti Aku akan memberinya ganjaran yang sesuai dengan ucapannya itu.” (Hadis riwayat Ibn Majah)



Diriwayatkan, Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki memuji seorang lelaki lain, lantas Baginda SAW bersabda yang maksudnya: “Malang kamu! Sesungguhnya kamu sudah memotong lehernya! Kemudian Baginda SAW menambah: “Sekiranya seseorang daripada kamu tidak dapat mengelak daripada memuji temannya maka hendaklah dia berkata, saya kira begini, jangan sekali-kali dia menyucikan seseorang mengatasi Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Muawiyah berkata bahawa Rasulullah SAW jarang sekali meninggalkan pesanan ini di dalam khutbah Jumaatnya: “Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan untuknya, diberinya kefahaman yang mendalam mengenai agama. Sesungguhnya harta itu manis lagi menawan. Sesiapa yang mengambilnya dengan cara yang benar, diberkati padanya. Berwaspadalah kamu daripada perangai puji memuji. Sesungguhnya pujian itu adalah sembelihan.” (Hadis riwayat Ahmad)

Namun kita perlu bezakan antara memuji (ada udang sebalik batu) dengan memberikan pengiktirafan dan penghargaan. Memberikan pengiktirafan dan penghargaan digalakkan bertujuan memberi galakkan, melebarkan silaturahim dan mengeratkan kasih sayang. Nawaitu perlu dijaga sepanjang waktu.

Kita juga dilarang memuji diri sendiri dan menyebut kebaikan diri. Firman Allah yang bermaksud: “Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri? (Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah jugalah yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikitpun.” Surah an-Nisaa, ayat 49)

Menurut al-Hasan dan Qatadah, ayat ini mengenai Yahudi dan Nasrani yang mendakwa mereka adalah anak Allah dan kekasih-Nya. Mereka juga berkata: “Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasran. Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka saja. Katakanlah (wahai Muhammad): “Bawalah ke mari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar.” (Surah al-Baqarah, ayat 111)

Al-Miqdad bin al-Aswad berkata Rasulullah SAW memerintahkan kami supaya menabur pasir ke muka orang yang suka memuji diri.” (Hadis riwayat Muslim)

Terkesan dengan tarbiah al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, Umar bin al-Khattab pernah berkata: “Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti menimpa kamu ialah kagum kepada buah fikiran dan diri sendiri. Sesiapa yang mendakwa dia orang yang beriman, maka sebenarnya dia kafir. Dan sesiapa yang mendakwa dia orang yang berilmu, maka sebenarnya dia jahil. Dan sesiapa yang mendakwa dia ahli syurga, maka sebenarnya dia ahli neraka.” (Hadis riwayat Ibn Marduwaih)

Artikel disediakan dengan kerjasama wanita JIM. Penulis boleh dihubungi di emel wanitajim0@yahoo.com

Monday Morning

Yes, it is true, November has come and this week will be the last week of syawal.

Memang dah lama dah aku tak update. Terima kasih kepada rakan blogger yang prihatin dan selalu bertanyakan khabar.

Not that I was busy, in fact I was extremely not busy and bored, really really bored.

I am the type of person that will get motivated and get going when there is urgency and when there is inspiration. Today, I write because I was inspired by few events last week.

Syawal kali ni, aku dan hubby dah sepakat tak mau buat open house. Kami nak buat xperiment, kalau tak buat open house i.e. sms-ing kengkawan di sana dan di sini dan suruh datang rumah hari apa pukul berapa dll. Ehh.... bukan lah tak bagi datang rumah, datanglah.. jemput datang... nak datang call lah dulu... kalau jumpa kengkawan kat open house rumah orang lain pun kami akan cakap "Jemputlah ke rumah" tapi bila kita tak tetapkan tarikh dan masa nya, siapakah yang akan datang?

Setakat ni baru 2 family yang datang. The first one, minggu pertama, kawan baik hubby. Anak2 dia pun sama dijaga oleh babysitter yang menjaga Abang & Adik. Rancangan asalnya dia orang datang beraya kat rumah kami, lepas tu pergi beraya rumah babysitter sama-sama. Tapi terpaksa tukar plan sebab pagi tu aku bersiap masak punyalah lambat, so kalau dia orang datang awal aku belum siap masak lagi... terpaksalah dia orang pergi beraya kat rumah babysitter dulu dan baru beraya kat rumah kita orang.

Minggu ke-2 pulak kawan hubby datang (kawan hubby dan anak2 dia je, wife dia tak ikutpun, kebetulan ada kat area rumah aku, terus dia call kata nak singgah). Minggu yang sama jugak kami keluar beraya sakan, banyak betul open house yang nak pergi tu...

Minggu ke-3 i.e. semalam dan kelmarin, tak ada sapa-sapa datang.

Walau apapun, aku ni tetap lah buat persediaan seadanya, manalah tahu kalau tiba2 ada kawan yang call nak datang ke rumah... kesudahannya... kami anak beranak kenyang la dok makan mee rebus dan soto. Macam semalam, dari breakfast sampai ke dinner kami ulang makan mihun soto ajelah... tu ha, dalam periuk besar tu ada separuh lagi kuah soto tu......

Tak pe, xperiment ni berbaloi....

Saturday, November 3, 2007

The Little Camel Story










Moral:

Friday, November 2, 2007

Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF

Ini adalah sebahagian daripada perkongsian ilmu yang saya dapat melalui email. Mohon tuan empunya artikel yang asal mengizinkan saya berkongsi di sini. Sekiranya artikel ini ada kesilapan atau tidak benar, harap dapat memberi teguran. Terima kasih.


Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur
disisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn
itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih
mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu
dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh
mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada
pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna
kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih
berupaya utk berjalan.

10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih
hidup untuk meneruskan hari tersebut...

"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita
dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"

Thursday, November 1, 2007

IBU, (MAK, MAMA, UMMI, BONDA, MAA...apa jua pangilan anda kepadanya........)

Ini adalah sebahagian daripada perkongsian ilmu yang saya dapat melalui email. Mohon tuan empunya artikel yang asal mengizinkan saya berkongsi di sini. Sekiranya artikel ini ada kesilapan atau tidak benar, harap dapat memberi teguran. Terima kasih.




Renungkanlah kawan2...

Orang kata aku lahir dari perut ibu..

Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu

Bila lapar, yang suapkan aku..ibu

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu

Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. ibu

Bila menangis, orang pertama yang datang ..ibu

Bila nak bermanja.. aku dekati ibu

Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu

Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu

Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu

Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu

Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu

Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu



Aku selalu teringatkan ..Ibu

Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu

Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu

Bila bengang.. aku suka luahkan pada ..Ibu

Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "

Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu

Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu

Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu

Bila buat hal, yang marah aku dulu juga Ibu

Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu

Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu

Yang selalu berleter kat aku.. Ibu

Yang selalu puji-puji aku.. Ibu

Yang selalu nasihatkan aku.. Ibu

Bila nak kahwin..

Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu



Aku ada pasangan hidup sendiri

Bila seronok... aku cari pasanganku

Bila sedih... aku cari Ibu

Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku

Bila gagal.... aku ceritakan pada Ibu

Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat Ibuku

Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku

Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu

Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...

aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu ..... aku ingat pasanganku

Selalu... Ibu ingat kat aku, bilalah anak ku nak datang kerumah ibu....

Bila..bila... . aku akan talipon pasanganku

Entah bila.. ...aku nak talipon Ibu?

Selalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku.........................!!!



Untuk Renungan:



"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk Ibu?

Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun dah cukup saya rasa".

Berderai air mata aku !!!

Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan.

Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi..

bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan!

Hanya yang termampu Alfatihah, alfatihah, alfatihah untuknya ...................................................!