Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Thursday, October 18, 2007

Raya dah lepaih dah....

Amacam kawan-kawan?

Raya dah lepaih wei... dah dekat seminggu dah..... aku dah start kerja wei..... ahhh... boring giler ni.....

Kat opis pun cuma ada 3 orang aje yang kerja, semalam. Hari ni baru ada 4 orang. Rasa-rasanya semua bukan buat kerja pun... dok surf internet dari pagi sampai ke petang...

Yang bestnya... esok hari jumaat, last working day of the week!!! Best nyer... hari sabtu dan ahad kira raya balik la... yuhuuuuuuu......

Wednesday, October 17, 2007

Aidilfitri 2007

Salam Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.

Monday, October 15, 2007

Aidilfitri 2007

Tahun ini sekali lagi kami berhari raya pertama di Perlis.

Bonda bertudung merah.

Gambar ayahanda yang dirakam semasa berhari-raya di Sg. Berembang.

Raya ke-2 baru balik Perak. Ni gambar bonda mertua bersama anak sedara Mr.G.

Wednesday, October 10, 2007

Mulai hari ini, entry aku akan bertukar dari entry ramadhan kepada entry syawal sebab mulai hari ni, aku dah start cuti. Sepatutnya dari pagi lagi kami dah balik kampung tapi anak yang perempuan tu ada exam jawi pulak. Terpaksalah tunggu dia orang balik sekolah baru lah kami balik kampung. Dah cakap dah dengan hubby yang anak2 masih sekolah pada hari rabu tapi dia berkeras jugak nak balik sebab takut balik hari khamis lagi teruk sesak kat highway.

Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua pengunjung blog ini samada yang kena secara maya atau kenal secara realiti.

Berhati-hatilah di jalan raya dan semoga perjalanan balik ke kampung lancar dan selamat.

Monday, October 8, 2007

Ramadhan akan pergi, Syawal menjelma

Ramadan semakin berlalu pergi.

Tidak lama lagi Syawal akan menjelma.

Adakah Ramadhan kali ini telah merubah kita?
Adakah kita menghampiri syurga?
Adakah kita menghampiri neraka?

Thursday, October 4, 2007

Renungan 4

Tuesday, October 2, 2007

Identify Theft

Terima kasih di atas sokongan moral anda semua di dalam ruangan komen entry sebelum ini.

Alhamdulillah.

Suami kawan aku, adik dia dan 2 orang kawan adik dia telah pun dibebaskan tanpa syarat padi hari Isnin yang lalu. Hari ni kawan akupun dah masuk kerja. Kami ni sebagai kawan bukan main sedih lagi bila nak berjumpa dia tapi dia bukan main lagi selamba dok bercerita itu dan ini. Memang kawan aku ni sangat tabah orangnya dan ketabahannya itu pula ditambah dengan keyakinan kerana memang tidak bersalah.

Memang confirm kes ini kes naya. Dah tahu dah siapa yang buat laporan palsu tu. Ini kali kedua adik kawan aku tu diniaya. Pertama kali kes tuduhan merogol kat johor dulu lah. Akhirnya orang yang 'dirogol' tampil memaklumkan bahawa dia tidak dirogol. Nampaknya kali ini 'orang jahat' tu lebih advance, buat set-up supaya maklumat yang diberikan kepada polis lebih meyakinkan. Polis bukan tak siasat, sebab dah siasat lah mereka pergi buat penahanan. Apa tidaknya 'orang jahat' tu dah register satu sim kad bawah nama adik kawan aku, lengkap dengan alamatnya sekali. Lepas tu buat beberapa panggilan pasal kes nurin.

Nampaknya identity theft ini memang bermotif nak menayakan dia orang satu family tapi banyak lagi identity theft lain yang bertujuan untuk menipu dan sebagainya. Maknanya hidup kita bukan sekadar tak selamat kerana ada ramai paedophilia kat luar sana tu, malah kerana nombor mykad kita boleh digunakan oleh sesiapa saja untuk register prepaid dan register macam2 lagi. Lepas tu gunakan pulak benda2 tu untuk kegiatan yang salah atau jenayah dan seterusnya dengan tidak semena-mena kita pulak jadi target dalam siasatan polis.