Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Wednesday, January 31, 2007

Semalam, jam 2.05 petang aku telah mendapat miss call dari nombor babysitter. Masa tu aku pergi surau. Lantas akupun menalipon beliau. Berita mengejutkan yang aku terima; ‘anak aku melanggar kereta!’ Heran jugak macam mana dia yang langgar kereta dan bukan kereta yang langgar dia….. Lepas tu bercakap dengan anak, sambil menangis-nangis dia bercakap dengan aku. Pipi dan mata bengkak.

“Sakit ke?”

“Sakitttt”

Sms ayah dia suruh call anak, kesian budak tu tengah trauma dan sakit.

15 minit lepas tu aku call balik dan tanya pada babysitter samada keadaan anak aku tu perlu mendapat rawatan klinik atau tidak. Babysitter agak risau dengan keadaan mata yang bengkak dan merah. Lantas aku pun bergegas menjemput anak untuk dibawa ke klinik.

Masa aku sampai rumah babysitter tu bengkak nya dah surut sedikit, suami babysitter dah sapukan minyak. Kemudiannya aku minta anak tunjukkan ‘tempat kejadian’ supaya aku paham macam mana dia boleh langgar kereta yang sedang parking dan tidak pulak jatuh (peliknya, macam mana tu).

Rupa-rupanya dia melanggar Unser yang diparking di simpang jalan. Agaknya dia tak perasan Unser tu sebab betul2 di-parking dekat simpang dan dia pun mesti kayuh basikal dengan laju tu sebab tengah mengejar kawan. Disebabkan yang dilanggarnya tu Unser, yang tinggi sebab itulah dia tak jatuh, sebaliknya kepala (to be specific – muka) dia yang terhantuk dekat Unser tu, terhantuk atas sedikit dari tempat letak plate kereta.

Dalam kereta dalam perjalanan ke klinik dia menangis.

“Ayah kata nanti balik nak pukul”

Hah?! Nape pulak ayah dia nak pukul…. Ish ish ish niat aku masa sms hubby tu nak suruh dia tenangkan sikit anak yang tengah trauma, lain pulak jadinya nih!

Sambil menunggu giliran kat klinik aku pun mengambil kesempatan untuk sms hubby. Takkanlah tak sensitive kot, anak tengah sakit ni nak dipukul pulak. Itu nasib baik tak ada apa-apa, kalau pecah kepala ke apa ke macam mana?

Hubby jawab katanya anak aku tu bila ditanya tak nak jawab, lepas tu cakap “saja jer, tak ada apa2”
Agaknya lah sebab takutkan hubby, anak aku ni macam nak tak nak aje jawab bila hubby tanya dia, apa lagi naik anginlah bapa dia, ingatkan budak ni main2 ke apa…

Alhamdulillah, doctor kata tak ada apa yang serius, yang bengkak tu cuma tisu (pipi) nya sahaja, tiada fracture dan tiada pendarahan di dalam mata.

Dalam perjalanan balik aku berkali-kali pesan pada anak suruh berhati-hati bila naik basikal. Naik basikal tu jangan lupa baca Bismillah dan doa naik kenderaan. Kemudian aku cakap ini Allah baru nak tunjuk sikit aje kepada orang yang tak nak dengar cakap ibu bapa (sebenarnya kami tak suka dia naik basikal ke sekolah agama sebab hubby babysitter boleh hantarkan, adik dia dan anak2 jagaan babysitter yang lain pun dihantar oleh suami babysitter tu. Lagipun babysitter pun melarang dia pergi terlalu awal ke sekolah sebab sekolah start pukul 2.45 ptg, buat apa dia nak pergi awal – pukul 2 ptg padahal sekolah dekat aje, dalam 5 minit masa berkayuh basikal).

Sekian. Kisah anak aku eksiden.

Aku ingin mengucapkan terima kasih untuk Joe Penang di atas entry beliau yang bertajuk Penawar Di Kala Kepenatan. InsyaAllah banyak keberkatannya.

Aku juga berharap agar tiada yang salah mengerti dengan entry aku, apa yang aku ingin sampaikan adalah kesunyian dan kebosanan yang menghantui hidup aku dan bukan nya kepenatan membuat kerja rumah dan menjaga anak. Pun begitu aku amat menghargai sebarang kata-kata semangat dan nasihat. Terima kasih daun keladi.

Hariz Kemalangan Basikal


Semalam, jam 2.05 petang aku telah mendapat miss call dari nombor babysitter. Masa tu aku pergi surau. Lantas akupun menalipon beliau. Berita mengejutkan yang aku terima; ‘anak aku melanggar kereta!’ Heran jugak macam mana dia yang langgar kereta dan bukan kereta yang langgar dia….. Lepas tu bercakap dengan anak, sambil menangis-nangis dia bercakap dengan aku. Pipi dan mata bengkak.

“Sakit ke?”

“Sakitttt”

Sms ayah dia suruh call anak, kesian budak tu tengah trauma dan sakit.

15 minit lepas tu aku call balik dan tanya pada babysitter samada keadaan anak aku tu perlu mendapat rawatan klinik atau tidak. Babysitter agak risau dengan keadaan mata yang bengkak dan merah. Lantas aku pun bergegas menjemput anak untuk dibawa ke klinik.

Masa aku sampai rumah babysitter tu bengkak nya dah surut sedikit, suami babysitter dah sapukan minyak. Kemudiannya aku minta anak tunjukkan ‘tempat kejadian’ supaya aku paham macam mana dia boleh langgar kereta yang sedang parking dan tidak pulak jatuh (peliknya, macam mana tu).

Rupa-rupanya dia melanggar Unser yang diparking di simpang jalan. Agaknya dia tak perasan Unser tu sebab betul2 di-parking dekat simpang dan dia pun mesti kayuh basikal dengan laju tu sebab tengah mengejar kawan. Disebabkan yang dilanggarnya tu Unser, yang tinggi sebab itulah dia tak jatuh, sebaliknya kepala (to be specific – muka) dia yang terhantuk dekat Unser tu, terhantuk atas sedikit dari tempat letak plate kereta.

Dalam kereta dalam perjalanan ke klinik dia menangis.

“Ayah kata nanti balik nak pukul”

Hah?! Nape pulak ayah dia nak pukul…. Ish ish ish niat aku masa sms hubby tu nak suruh dia tenangkan sikit anak yang tengah trauma, lain pulak jadinya nih!

Sambil menunggu giliran kat klinik aku pun mengambil kesempatan untuk sms hubby. Takkanlah tak sensitive kot, anak tengah sakit ni nak dipukul pulak. Itu nasib baik tak ada apa-apa, kalau pecah kepala ke apa ke macam mana?

Hubby jawab katanya anak aku tu bila ditanya tak nak jawab, lepas tu cakap “saja jer, tak ada apa2”
Agaknya lah sebab takutkan hubby, anak aku ni macam nak tak nak aje jawab bila hubby tanya dia, apa lagi naik anginlah bapa dia, ingatkan budak ni main2 ke apa…

Alhamdulillah, doctor kata tak ada apa yang serius, yang bengkak tu cuma tisu (pipi) nya sahaja, tiada fracture dan tiada pendarahan di dalam mata.

Dalam perjalanan balik aku berkali-kali pesan pada anak suruh berhati-hati bila naik basikal. Naik basikal tu jangan lupa baca Bismillah dan doa naik kenderaan. Kemudian aku cakap ini Allah baru nak tunjuk sikit aje kepada orang yang tak nak dengar cakap ibu bapa (sebenarnya kami tak suka dia naik basikal ke sekolah agama sebab hubby babysitter boleh hantarkan, adik dia dan anak2 jagaan babysitter yang lain pun dihantar oleh suami babysitter tu. Lagipun babysitter pun melarang dia pergi terlalu awal ke sekolah sebab sekolah start pukul 2.45 ptg, buat apa dia nak pergi awal – pukul 2 ptg padahal sekolah dekat aje, dalam 5 minit masa berkayuh basikal).

Sekian. Kisah anak aku eksiden.

Monday, January 29, 2007

Boleh tak korang kongsi dengan aku apa yang korang buat masa weekends?

Sebab nya aku boring nak giler masa weekends. Sejak hubby busy dengan business baru dia, memang aku tak ada ke mana2 pun masa weekends. Sebelum inipun kalau hujung minggu aktiviti kami cuma keluar bersarapan sekeluarga, lepas tu pergilah beli barang2 keperluan dapur, itu kira dah berjalan2 le tu sebab kami tak pergi ke satu tempat aje kalau nak beli barang dapur. Kdg2 pergi Giant, kdg2 pergi Carrefour, kdg2 pergi The Store. Tak adalah boring sangat kan....

The rest of the day?

Iron baju, basuh baju, basuh kasut sekolah, cuci tandas, sapu rumah, vacuum carpet, masak, hah? Apa lagi.... kerja, kerja, kerja, kerja.....

Wednesday, January 24, 2007

Last week tak ada apa2 yang special boleh nak cerita kat blog. Rasanya kalau mereka yang kreatif tu apa2 saja yg dia org nampak dlm perjlnan pergi balik kerja pun dia org boleh buat satu story yang best.

Last week (dan this week juga) – macam biasalah kan aku ni pagi2 kelam kelibut dok uruskan anak yang nak pergi sekolah. Dah 2 org bersekolah ni kan, tak bolehlah nak buat macam dulu2 – pagi2 sempat dok iron baju lagi. Sekarang semua kena settle di sebelah malam, nak iron baju ke, nak basuh dan sidai baju ke (cuma baju2 yang putih tu aku akan rendam semalaman). Walaupun dah buat malam2 (kecuali baju2 putih yang direndam tu aku akan basuh dan sidai sebelah pagi) tetap aku kena bangun awal, dalam 5.30 pagi sebab bila nak mandi tu kena ikut giliran. Walaupun ada 2 bilik air tapi bila gunakan bilik air serentak tekanan air akan jadi rendah dan tak puas pulak nak mandi. Yang darjah 1 tu pun aku dah train untuk solat subuh setiap pagi, kalu dulu masa 6 tahun tu bila maghrib baru aku suruh dia solat, sekali sekala masa cuti zohor dan asar juga. Sekarang kena buat semua waktu lah.

Yang besar darjah 4 tu pun kena tengok (monitor) macam adik dia jugak. Kadang2 rambut tak sikat, tak letak minyak rambut, gigi lupa nak gosok, seluar dalam lupa nak pakai.. ish macam-macam lah… memang ‘havoc’ bila pagi2 hari bersekolah.

Adik aku yang no. 5 dan baru lepas ambik SPM tu ada kat rumah tapi dia tu pun kan… tak boleh lah aku nak suruh buat apa2. Budak2 zaman sekarang ni pandai SMS je, kerja lain tak reti (itu kesimpulan aku la bila tengok adik2). Dia baru sampai sabtu lepas. Sebelum tu dia dok lepak rumah mak dan bapa sedara sebelah mak (Chinese – non muslim). Aku tak berapa suka sangat dia lepak rumah dia org, aku cakap kita pergi berziarah cukuplah, tak payah nak tido kat rumah dia org tapi adik aku ni nak pergi jugak, takpe lah apa aku nak buat kan…

So, dia dah lepak 2 rumah, satu kat Damansara Damai (rumah abang emak) dan kat KL (rumah kakak emak). Yang dekat KL tu yang best nak cerita. Dia kata dia duduk dekat satu building yang betul2 depan lo yat plaza. Buka aje tingkap rumah tu terus nampak lo yat. Bila aku tanya bangunan tu nama apa dia tak tahu pulak. Apalah dia tu bingong sungguh sampai nama bangunanpun tak nak ambik tahu. Dia kata bangungan tu macam bangunan buruk aje, rumah2 kedai lama. Dia kata lagi bangunan tu kepunyaan suami pada mak sedara kami. Hah?! Biar betul?! Betulllllll. Macam tak percaya aje ek? Yang kelakarnya – ini lah cara hidup orang cina yang aku rasa kdg2 cukup sempoi. Walaupun mak sedara kami tu kaya, laki dia ada bangunan kat tengah2 KL tapi mak sedara aku tu kereta pun tak ada. Pergi ke mana2 naik rapid KL. Lepas tu dia duduk pun bukan kat rumah banglo tapi kat tingkat atas bangunan milik laki dia tu. Selamba aje. Hari2 tak ada kerja lain asyik meronda shopping complex aje. Dia (mak sedara) cakap laki dia ada jugak ajak duduk kat rumah besar, rumah orang kaya tapi dia tak mau sebab “talak syiok, talak boleh jalan2, talak boleh pusing2”. Ish ish ish pelik betul depa ni. Selain dari shopping dia ni suka main nombor, toto lah, kuda lah.. apa saja yang boleh main judi, dia akan main. Dulu (dalam 15 tahun yang lepas, masa aku kat U) masa jumpa aku, dia tanya tarikh lahir dan nombor IC (nombor IC lama – masa tu belum ada IC baru lagi). Tak syak lagi dia nak pi beli nombor lah tu, kot2 lah ada ‘ong’ nombor anak sedara dia.

Sekian cerita mak sedara aku.

Sunday, January 14, 2007

Aku telah mulakan tahun baru 2007 ini dengan kurang bersemangat. Mungkin sebab sibuk dengan urusan anak yang baru nak masuk darjah satu. Banyak benda sampai dah terlupa, termasuklah roadtax yang telah mati pada 4/1/07. Beberapa hari tu naik kereta dgn road tax yg sudah due. 8hb petang baru dpt road tax baru. Member office pegang roadtax dan salinan geran kereta dan bermenung. Lama jugak dia bermenung. Menunglah sebab road tax aku tu cuma berharga RM20, road tax kereta dia (Unser) RM400+. Apa nak buat, terpaksa redha dengan alasan: anak ramai. Alhamdulillah anak ramai. Aku pun nak anak ramai jugak tapi pengalaman bersalin tu agak... macam mana nak cerita ya... OK, tak payahlah cerita, yang nyata aku memang dah teringin baby baru.

Sekarang ni aku dah ada 2 blog. So, dua-dua pun aku update. Kalau tak suka blog yang lagi satu tu - tak payah lah pergi jengok, sinipun cukup. Yang kat sana tu tak best...

Azam tahun baru aku dapat inspirasi dari majalah Anis, iaitu memperhalusi ibadah dan mengeratkan silaturrahim. Semoga aku dapat mencapainya, tidak akan berlaku sekiranya aku tidak berusaha. Itu azam yang 'official', yang tak 'official' pun ada (iaitu azam2 yang selalunya tinggal azam aje setiap tahun), azam tak official ni aku tak sanggup nak declare (itu sebab tak official), takut nanti kalau tak dapat capai, aku jugak yang frust menonggeng.

Salah satu azam tak official ini di-inspirasi-kan dari keputusan pemeriksaan kesihatan aku baru2 ini. Paras gula dalam darah cuma 2.7 walaupun aku tak berpuasa (kalau nak buat check-up patut kena puasa atau jgn breakfast tapi aku dah makan 3 keping roti bakar disapu dengan butter dan secawan kopi gano), paras yang elok 4-6 (bacaan sebenar aku tak ingat le 4.4 ke 4.6 ke 6.5 ke apa ke). Paras kolestrol jugak tinggi iaitu 7.2 dan paras lemak dalam darah pun tinggi iaitu 4 (patut <1.7). Tekanan darah 115/75. Obess. % body fat= 38%

Bacaan2 ni agak meng-konpius-kan aku sebab darah dan gula rendah tapi lemak dan kolestrol tinggi. Maknanya aku kurang makan gula tapi banyak sangat makan kambing? Ya, aku suka lauk kambing, lauk daging, lauk yang lemak2 dan yang sewaktu dengan nya.

Kalau macam tu kan, lepas ni tak leh makan nasi tapi minum air koko dan kopi aje hari2, ok tak? (Paras gula rendah, kenalah minum 'air manis' banyak2) Aku suka kopi gano, tiap2 pagi memang aku minum. Lepas ni minum 3 kali sehari. Lepas tu biar demam sampai badan kurus (aku pernah minum kopi gano 2 kali sehari untuk beberapa hari sahaja, lepas tu badan tak boleh tahan panas sampai aku demam pulak 2-3 hari, padan muka aku). Lepas tu kalau buat check-up lagi sekali mesti dah turun paras kolestrol dan lemak dalam badan, muahahahahah PASTI BOLEH (memang le boleh tapi betul ke aku nak buat tu? Boleh caya ke?)

Tuesday, January 9, 2007

Kalau ikut-ikutkan semalamlah hari pertama anak aku balik dari sekolah kebangsaan ke rumah babysitter dan pergi pulak ke sekolah KAFA dengan hubby babysitter. Kiranya semalamlah babysitter aku first day menjaga anak2 pergi balik sekolah sebab last week ibu2 bercuti untuk menguruskan anak2.

Anak2 bawah jagaan babysitter ni ada 4 orang yang baru naik darjah 1, aku letak nickname Kim, Mas, Man dan AA (anak ahni). So bayangkanlah dia nak handle 4 orang budak2 yang excited semacam nih.

Semalam anak aku dan Mas sampai ke rumah pukul 1.30 t/hari. Naik pening jugaklah babysitter aku. Anak aku yang sulong pun siap patah balik ke sekolah untuk mencari adiknya. Buat pengetahuan korang semua, rumah babysitter ni exactly depan pintu pagar rumah kuarters pendidikan yang terletak di bahagian belakang sekolah kebangsaan. Jadi biasanya murid2 masuk/keluar ke sekolah samada ikut pintu pagar depan atau belakang sekolah tetapi anak2 staff pendidikan akan masuk/keluar ikut pintu pagar no. 2 kuarters (yang mengadap ke sekolah). Anak2 aku and the gang pun akan masuk/keluar melalui pintu pagar no. 2 kemudian jalan merentasi kuarters dan keluar melalui pintu pagar utama kuarters tu, melintas jalan dan masuk terus ke rumah babysitter.

Rupa2 nya budak 2 orang ni dah melencong pergi menyinggah kat taman permainan kat kuarters tu. Kelam kabut lah babysitter aku sebab budak2 ni kena lunch, mandi dan bersiap pulak ke sekolah kafa.

Hari ni pulak Kim kena report dgn makcik kantin kat sekolah kafa. Dia tu main suka hati dia aje pergi dok ambik makanan/jajan kat kantin (nak kata 'curi' tu kasar sangat, kadang2 budak2 tak paham antara 'curi' dan 'ambik').

Yang Man pulak belanja rm4 sekaligus. Siap belanja kawan lagi. Anak aku yang sulong dulupun camtu gak, dia 'ambik' duit rm10 aku dan pergi belanja kawan2 kat sekolah. Aduih, fening kepala aku masa tu.

Yang si Mas pulak pecahkan botol air. Kasut sekolah hitam belegam entah apa yang dibuatnya.

Begitulah kisah anak2 jagaan babysitter aku.

Saturday, January 6, 2007




Tahun 1

Sekolah KAFA

Friday, January 5, 2007

Aku telah pindahkan entry ini ke sana.

Thursday, January 4, 2007

Hari Pertama Sekolah KAFA



Wednesday, January 3, 2007

Sarah Tahun 1

Hari ini adalah hari pertama Sarah bergelar murid sekolah kebangsaan, yay!

Ni gambar Sarah, Tahun 1 dan Hariz, Tahun 4. First day at school, good luck sayang!




Sarah di dalam kelas (memandang kamera, rambut paras bahu).
 Nampaknya tocang pun dah tanggal. 


Selamat Belajar Anak Ku!