Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Wednesday, December 12, 2007

Mesyuarat lagi


Esok adalah hari diadakan mesyuarat besar yg ke-2 pulak. Rasa-rasanya itulah mesyuarat besar (yang dept. aku handle la) yang terakhir untuk tahun ni.


Badan dan otak dah agak penat sebab beberapa major event berturut-turut. Mula-mula tu mesyuarat besar 1, lepas tu kena audit, pada masa yang sama ada konvensyen icc, lepas tu esok pulak mesyuarat besar 2.


Kalau orang yang hanya attend mesyuarat tu cuma kena mentally prepared aje la tapi kami ni yang jadi secretariat, macam nak rak samada kena compile report atau prepare report atau prepare analysis.


Lepas tu our clerks pun bertungkus lumus dok buat photocopy report-report tu. Untuk mesyuarat esok, ada 25 orang yang akan hadir. Handout (report) yang kena bagi tu lebih kurang setebal 2 inci seorang. Bayangkan kena prepare dokumen setebal 2 inci untuk 25 orang >>> 25x2"=50"=? rim kertas..... ha tu dia, kertas tak tahu berapa rim dah habis buat photocopy hari ni. Itu tak termasuk yang tersilap lagi, kertas yang 'terkorban' pun hampir sama banyak dengan kertas yang 'menjadi'.


Siang tadi sambil-sambil dok siap kan report, aku tolong jugak dia orang menyusun dokumen yang dah di-photocopy. Tolong sambil jadi mandur... heheheh.....


Harap-harap selepas meeting esok ni, legalah sikit otak dan badan. Rasa macam dah penat sangat dah.......



The truth is, selepas meeting esok settle, ada banyak lagi kerja lain yang pending perlu dibereskan.




5 comments:

  1. mama kalo kena meting ni yg berat sgt...rase nak amik mc je...report detail mama,prepare pon mama n photocopy 30 set pon mama...p.a merangkap clerk...hehehe...mase tu kalo org dok buat lawak bodoh,memang kena lah...

    ReplyDelete
  2. apsal dlm meeting room asyik ngantuk ajer ha???

    ReplyDelete
  3. salam,

    mak aii..sibuk tu.

    tak pe, lepas ni big bos tak belanja dinner utk staff ke?

    ReplyDelete
  4. Saya Teramat suka Hati di sini kerana ada satu "Magic word" untuk prepare segala bala for meeting.

    OutSource.

    Panggil the printing subcontractor to print all the bala..

    Nii,

    semalam cuti tak cukop ker ?

    :-)

    ReplyDelete
  5. Mama Ranggie
    Sapa la yang dok buat lawak bodo masa orang tengah dok meeting tu...



    13May
    Awak sorang aje yang ngantuk kot pasai sebab macam saya ni memang tak dan nak ngantuk dah....



    Kak Long Shikin
    So far tak pernah lah dengar any big boss belanja staff for dinner lagi... may be ini bukan prastice orang gomen kot...



    Abg Jo Kontan
    Nak outsource guane kalau semua material pun last minutes baru dapat.... semalam cuti tapi saya buat kerja kat rumah la, ada lagi report yang nak kena siapkan... kat entry tu saja yang tulis CUTI... sebenarnya tak pun...

    ReplyDelete