Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Saturday, December 22, 2007

Bersiaran dari utara


Salam.

Kini, aku bersiaran dari kampungku di Perlis. Ni gambar jalan masuk ke rumah mak & pak aku. Rumah kami yang ke 5 dari simpang ni.


Hari Raya Haji yang baru lepas ni kami balik ke Ipoh pada pagi raya tu jugak. Rancangan asal nak mulakan perjalanan pada jam 6 pagi tapi biasa lah kan, banyak masalah negara nak kena settlekan, akhirnya pukul 6.30 pagi baru kami siap semuanya.

Sebenarnya untuk raya kali ini menu kami adalah mihun soto. Kacang dan suun goreng aku dah siapkan malam sebelumnya. Pagi tu barulah aku bangun awal, pukul 4.30 untuk merebus kuah soto & ayam.

Perjalanan di highway agak lancar. Ramai jugak rupanya yang nak travel menuju ke utara pada pagi tu. Kami sampai pada jam 9.15 di rumah Kak Long. Itupun setelah singgah di pasar Chemor untuk membeli bihun, sayur taugeh dan daun bawang, semua nya untuk dimakan bersama dengan mihun soto tu la.

Sebelah malam pulak, kami balik dalam jam 9 malam. Sampai dalam pukul 11 gitu. Masa tu badan memang letih betul.

Keesokkan hari nya pulak hubby kena pergi kerja. Aku dan anak2 nak balik ke kampung aku di perlis. Bas kami pukul 9 pagi. Aku dah bangun awal sebenarnya dalam pukul 5 pagi tapi sampai saat-saat akhir pun bukan main kelam kabut lagi! Geram betul! Cari minyak wangi tak jumpalah, kunci rumah tak jumpalah, masalah itu, masalah ini.... aduih...

Dah naik bas pun kelam kabutnya tak surut-surut. Time berhenti lunch tu masa berhenti sungguh pendek. By the time driver bus tu bangun dari lunch, aku dan anak2 masih dok makan lagi... alamak! Tandas belum pergi, buah-buahan belum beli lagi, jajan pun belum beli... alamak! alamak! alamakkkkk!!!!

Sampai perlis dalam jam 4.30 petang. Balik rumah sempat lagi solat jamak zohor+asar. Lepas tu rehat dan makan, makan dan makan.

Sebelah malam pulak aku ikut mak pergi rumah besan dia (MIL adik yang ke-3). Ada keraian masuk rumah baru + aqiqah cucu no. 2 + birthday cucu no. 1. Weh... tak larat makan dah weh.... tapi makan gak le sikit, buat syarat...

p/s Masa sampai kat stesen bas tu, aku terus check tiket yang nak balik ke shah alam tapi 28hb aje baru ada... alamak! 10x!!!!

Ni pulak gambar dekat simpang yang sama (tak berapa clear).....
Gambar-gambar adalah ikhsan Mat Kayangan dari AnakPerlis.Com

10 comments:

  1. alamak..alamak!! semua nye kelam kabut ye,k.ahni. so, k.ahni dan anak2 akan balik ke shah alam hanya 28hb ni la ek? coti pjg gituk. anyway, have a nice holiday. salam aidiladha.

    ReplyDelete
  2. ala kesiannyer kak ahni...sabar ajelah..dok jelah kg tu,dapat bercuti lelama...

    ReplyDelete
  3. salam,

    yea yea..

    balik kampung..

    sedihnya saya masih tak dapat balik kampung
    (",)

    ReplyDelete
  4. salam...
    balik kampung ka.. berhati2 dijalan raya.
    selamat hari raya...

    ReplyDelete
  5. Ahni,

    Rindu kat Perlis, terutama pada makanannya. Sedap-sedap. Teringin nak hirup sup tomyam kat Andaman dan ikan siakap 3 rasa dia. Keoteow sup siam pun sedap sungguh. Makan pagi nasi dan kari ikan kat Guar Sanji. Ish..ish.. laparnya..

    ReplyDelete
  6. biasa la cuti raya, nama je cuti tapi travel sana aini balik kampung memang la penat sikit, tapi seronoookkkk kan..

    ReplyDelete
  7. Umeboshi
    Kami akan balik pada 26hb dgn tiket tambahan tapi bukan ke shah alam, tiket sampai kl je.


    Mama Ranggie
    Kecian kat cik abang dok sorang-sorang... uhuk uhuk...



    Bang Gugar
    Alahai... sabar la banyak2....



    Faridmw
    Sayapun mendoakan pakcik driver bas tu memandu dengan selamat...

    ReplyDelete
  8. Pak Keng
    Kat mana entah... mmmm... bukan kampung ayah pin....


    zlaa
    Saya sendiri tak pernah try restoran kat perlis ni sebab selalu kalau balik kampung memang makan kat rumah samada mak masak atau mak suruh saya masak... heheheh... kdg2 dia (mak) pun teringin nak rasa masakan anak dia....



    Mulan
    Seronokk... badan pun sakit-sakit sebab tak duduk diam. Kalau kat shah alam tu asyik dok ngadap astro je...



    Na
    Salam perkenalan. Terima kasih kerana menjengok blog ini. Saya balik pada 26hb.

    ReplyDelete