Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Thursday, November 8, 2007

Lanjutan

Ini kira lanjutan entry yang terdahulu...

Aku dah cerita dua-tiga kali dah sebelum ni, tapi tak pelah, cerita lagi sekali kan...

Memang aku bercita-cita nak jadi lecturer tapi tak boleh sebab kalau nak jadi tutor dekat IPTA(mula2 tutor dulu, dah ada phd baru jadi lecturer) kena dapat CGPA 3 point & above masa degree dulu... so, walaupun aku dah ada master, tak dapat jugak aku nak mohon... tak percaya? Pergilah tanya kat IPTA nun... cuba baca iklan pensyarah kat mana-mana IPTA, itu adalah salah satu syarat nya...

Memang aku frust sangat. Malah, terasa membazir pulak aku belajar master sebab tak dapat digunakan. Sijil master tu pun buat hiasan saja lah sebab kerja sekarang pun tak perlu kan master, so tangga gaji masih ikut kelayakan degree.

Apa yang aku cuba sampaikan dalam entry sebelum ni ialah.... kekaguman aku ke atas staff baru yang jadi trainer tu... korang perasan tak selalu trainer ni pakcik atau makcik yang dah pencen, lepas tu buat free lance? perasan tak?

Selalu kalau aku attend training, mesti aku dok kagum kat trainer tu... aku ni jenis orang yang mengkagumi orang yang berilmu... so, bila tengok trainer tu dok mengajar, aku rasa kagum. Dalam hati aku teringin nak jadi orang yang berilmu, kelak dapatlah aku pergi mengajar. Cuma bila aku tengok staff baru atau budak kecik tu ngajar, aku jadi pelik sebab muda-muda lagi dah jadi trainer....

Budak kecik tu buatkan aku terfikir... takkan aku nak tunggu pencen nanti baru nak pi buat free lance jadi trainer? Kenapa tak start sekarang? After all adik aku yang dok kat PD tu ada company yang dok arrange for training and team building session. Bayaran untuk trainer boleh tahan iaitu dalam lingkungan RM1k sehari... itu lumayan tuh!

Malangnya setakat ni aku tak ada confident nak pi bagi training/ceramah... apa sangatlah ilmu yang ada pada aku ni... tapi adik aku cakap "dia orang tu temberang aje lebih" Ye ke dik?

Setakat ni pengalaman aku dalam training/ceramah adalah:

beberapa kali bagi ceramah kualiti kepada staff baru (sesi induksi) masa kerja kat kilang dulu
3 kali sesi tutorial kepada peserta ICC di tempat kerja sekarang
1 kali ceramah kualiti untuk budak-budak sekolah menengah di daerah Grik, Perak bulan 8 yang lepas

er..... itu saja la kot....

Jadi, kalau ada antara you all ni yang biasa jadi trainer/penceramah, sudi-sudikanlah berkongsi tips di sini...

9 comments:

  1. Takleh jadi pensyarah U? Nak jadi pensyarah gak? Boleh. Jadi pensyarah maktab(lecturer). Tapi kena susah sikit. Mintak kpli. Habih kpli nanti dpt diploma pendidikan. Dengan dip tu boleh apply masuk maktab(institut la ni)
    A
    pa susah jadik trainer? Cakap je la. Takut salah. Biasak la. Semua org belajar dari kesilapan.

    ReplyDelete
  2. usaha tangga kejayaan :) cuba la kat IPTS sama gak lecturer gak ... tak terlambat rasanya :)

    ReplyDelete
  3. Hubby tu speaker. Ada jugaklah saya mengekor dia gi dengar.

    Apa yg penting, selain ilmu ttg perkara yg nak diceramahkan tu, kena tau isu semasa. Dan tau kelentong sikit². Kalau diorang tanya soalan merapu, jawapannya merapu juga.

    Nak tarik perhatian org dengar ceramah kita sampai malam susah gak, tp bila main isu2 semasa + ceramah dua pihak (bukan kita sorang dok cakap kat depan, participant tido kat belakang), baru ler ceramah tu best, dan lepas tu orang akan panggil kita bagi ceramah lagi.

    ps: start dulu yg simple², mcm prog sekolah ka, prog kat taman ka.

    ReplyDelete
  4. eh, mana rugi master you tuuuu... boleh buat part time kat uniKL dan lain2 U swasta... gile kenchang keje part time tuuuu... ngajaq bukan tiap2 minggu, silap2 sebulan sekali je itu pun hari sabtu or ahad... apply on line je... camna saya tau? ada dengaq2 orang2 rajin ni dok buat jadi setakat tu je la saya tau... nak tau lebih loanjut, tanya pakcik google ;)

    selamat last day raya master gonchaq

    ReplyDelete
  5. part temberang tu mmg betul la... try la jd lecturer politeknik or IPTS ke...tapi gaji sikit laa...

    ReplyDelete
  6. Joe Penang
    Kalau nak buat KPLI tu saya tak sanggup lah pulak nak berhenti kerja... kalau berhenti nanti tak ada sumber pendapatan nak bayar ansuran kereta dan rumah saya nih... elaun kpli tu tak cukup....


    Alinlai
    Pernah jugak pergi interview IPTS tapi bleum pernah dapat offer. Saya tak berani pulak nak mintak kat ipts yang kecik2 tu, gaji pun kecik... heheheh... sekarang ni commiment (kereta, ruman & anak2) pun dah tinggi....



    Wan
    Ni tengah mengumpul ilmu jadi speaker temberang bergaya! Heheheh

    ReplyDelete
  7. Izhal
    Part time mana ada masuk iklan... kan kan kan? Saya ada juga tanya kawan-kawan tapi entah lah tak jalan... may be kena try harder... tapi masa interview soklan yang tak boleh nak tolong tu ---- awak tak ada pengalaman mengajar.... aduh! pedih....


    Diyana
    Itu pun satu constraint jugak.... heheheh...

    ReplyDelete
  8. Bleh tanye awak kuar Master n degree ape..
    Saya pun amik Master straight away lps degree coz nak msk academic line..Master Civil Engineering
    Master saya pointer alhamdulillah.. Tapi degree x bape best..X sampai 3.0 tapi sket je lagi..Nyesal main2 bljr time tu..
    So sy cuak gak nak mintak lecturer IPTA..Cam tipis je kan..
    Tapi supervisor saya nak tolong rekomen msk IPTS..
    Tapi x tau la leh dpt ke x..
    Saya ade pengalaman jadi teaching assistant..
    Tapi 4 bln je..Count in ke?

    ReplyDelete
  9. Hi Wadat,

    Just give it a try, both IPTS and IPTA. Of course I would say IPTA better future for you tapi kalau tak dapat IPTA, kerja la kat IPTS untuk menimba pengalaman terlebih dahulu.

    Good luck to you.

    ReplyDelete