Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Monday, November 12, 2007

Hari Ini

Hari ni agak letih, apa tidaknya, dah berapa lama aku tak busy, hari ni jadi busy sangat.

Pagi ada meeting kat blok L. Walaupun dokumen untuk meeting aku dah siapkan pada hari jumaat yang lepas tapi pagi tadi busy jugak dok melayan telefon dan emai
Tengah dok asyik meeting tu aku dapat satu call. Dalam hati tu berdetik jugak lah "Eh, dia orang ni dah tau aku tengah meeting tapi call pulak, sms je lah"

"Hello" aku jawab.

"Ahni, kau mari la sini, blok H tengah terbakar ni, berasap-asap ni ha, mai la cepat!!!"

Terus lah aku minta maaf kat Tuan Pengerusi. Blok terbakar kenalah pergi tengok!!!

Sampai kat situ, aku tengok staff semua dah duduk berkumpul kat depan blok. Masuk kat lobby aku terus tanya kat member aku kat situ samada dia orang dah call maintenance ke belum. Masuk dalam lobby aku tengok fire alarm punya panel indicator tu menyala kat tingkat 2. Dok try call manager maintenance tapi tak dapat jugak. Tiba2 nampak chargeman sampai, apalagi aku dengan chargeman dan lagi sorang tu yang jaga bahagian fire extinguisher pun naik atas. Tengok kat tingkat 2 kuat betul bau terbakarnya. Asap pun banyak tapi tak lah tebal. Nampak lagi le. Puas kami masuk bilik ini keluar bilik sana, masuk bilik itu keluar bilik sini tapi tak jumpa pulak bilik mana yang terbakar....

Dipendekkan cerita rupanya ada lah satu alat tu dah overheated dan asap keluar berkepul-kepul. Alhamdulillah tak ada apa-apa yang terbakar. Elok-elok lepas tu bomba pun sampai la, 2 biji trak pulak tu. Kesian abang-abang bomba tu... lepas orang maintenance tunjukkan apa masalahnya, dia orang pun balik...

Penat tu aku naik turun bangunan tu sebelum boleh benarkan staff yang tengah berjemur kat parking lot tu masuk balik ke dalam bangunan. Lepas tu aku pergi sambung meeting tapi elok aku sampai kat meeting room tu, tengok chairman dan yang lain-lain dah keluar... kalau nak tahu, aku jadi secretary meeting tu! Ha... minit mesyuarat apa lah yang aku nak tuliskan nanti? Ala kassimmmm.....

Sebelah petang pulak aku dok perati orang maintenance repair benda hangit tu... heheheh... perati ajelah... bukan boleh tolongpun.

Esok aku nak pi melawat kilang, pukul 8 pulak tu. Report terbakar tu nak kena siapkan petang tadi jugak sebab pagi esok ada mesyuarat pengurusan, mesti dia orang nak update pasal kes tu... pulun punya pulun buat report... dalam pada tu ada pulak Head telefon suruh keluarkan surat perlantikan audit... kena siapkan petang tadi jugak sebab esok pagi nak bagi pengarah sign... ha... buat surat, jangan tak buat...

Letih wo... balik kerja, pergi ambik anak, pastu singgah pasar malam beli dinner... lepas ni nak rehat... eh! adik yang datang dari kampung sampai pukul 9 malam... mintak tolong hubbylah pergi ambik... letih nih...

Nak gi tidur rehat! Bye!

6 comments:

  1. Kalau dah banyak kerja tu kadang-kadang satu hari bertimpa-timpa kerja datang. Kalau hari nak relax tu, relax gila babas punya. Macam saya skg ni, dah tak tau nak buat apa dah.

    ReplyDelete
  2. Yerrrrr hecticnya hari!!!! Mau tak letih badan!

    Kira macam superheroin la akak kan, check mana yg terbakar semua. OSH punya pasal la ni kan.

    Dah habis rehat ke ni? :D

    ReplyDelete
  3. Jubeiz
    Betul tu, ada hari yang boleh tengok internet dari 8-5 (bos tak dak la tu)


    Wan
    Tu la, orang keselamatan kunun, kenalah buat2 berani walaupun tak berani...

    ReplyDelete
  4. salam aidilfitri yang terlewat :D

    ReplyDelete
  5. uiskkk baca pun penat...oklah nak pi berehat jap :) sabaq saja la...

    ReplyDelete
  6. Kak Long
    Lewat-lewat pun, hari minggu ni ada lagi orang buat open house tau...



    Alinlai
    Sabarrrr......

    ReplyDelete