Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Wednesday, November 14, 2007

Beautiful Director

Semalam entah kenapa lewat betul aku masuk kerja. Entah kenapa... aku bangun macam biasa aje dan aktiviti pun yang sama aje setiap hari - bangun, iron baju, mandi, solat subuh, sidai baju, sediakan breakfast anak, bersiap... tapi lebih kurang setengah jam lewat dari biasa....

Kebetulan pulak semalam ada lawatan kilang dan kali ini masa berkumpul seawal jam lapan pagi! Terpaksalah aku call urusetia dan beritahu yang aku lewat dalam 15 minit.

Perjalanan ke kilang lancar dan kami tiba setengah jam lebih awal dari masa yang dijanjikan. Managing Director (MD) kilang tu belum sampai sebab ada appointment lain. Kasihan MD, terpaksa pendek kan appointment yang sebelum tu kepada 5 minit sahaja sebab nak melayan kami.

Biasanya lawatan seperti ini cuma mengambil masa dalam 2-3 jam tapi lawatan kali ini mengambil masa lebih kurang 6 jam! Lebih kurang sama macam lawatan ke kilang di Sungai Besar minggu lalu, padahal kilang kali ini cuma terletak di kawasan sungai buloh. Sungai Besar tu jauh dari Shah Alam, perjalanan pun dah lebih kurang 2 jam lebih, tentulah lama....

Sepatutnya MD bagi briefing pasal produk tapi dia nak cerita sejarah syarikat dia. Lebih kurang satu jam jugak dia bercerita. Kisah bagaimana dia jadi anak derhaka sebab melawan bapa dia bila buat keputusan untuk buka kilang di KL dan tidak bekerja di kilang bapa dia di pulau pinang dan jatuh bangun perniagaannya termasuklah komplot ipar dan abang dia.... macam dalam drama swasta pulak...

Lepas tu tokeh (MD) tu bawak belanja makan kat concorde shah alam, yummy yummy... masa lunch tu duduk dengan salah seorang director syarikat tu, seorang perempuan. Dia ni adalah salah seorang dari 2 orang pekerja asal masa tokeh tu mula-mula start bisnes kat KL dulu. Dah berusia jugak, tapi muka dia cantik macam baru 30an! Geram betul aku tengok. Tak sia-sia kita orang lunch sama-sama. Bukan setakat dapat makan free, malahan dapat banyak tips kecantikan dari that lady... memang best.

Antara tips kecantikan yang diberikan beliau adalah:

Bila anak2 makan yougut, lebihan yougut kat bekas yougurt tu ambil dan sapu kat muka.

Bila makan tembikai, kulit tembikai tu jangan dibuang. Potong menyerong dan bahagian bucu tu gunakan untuk menyental black head kat hidung/muka.

Susu lebihan anak tu jangan dibuang, panaskan (suam) dan spray ke badan untuk dibuat macam mandian susu.

Sekadar berkongsi ilmu kat sini....



Miss World 2007 Contestant - MALAYSIA - Deborah Priya HENRY

7 comments:

  1. thanks for the tips!

    bukan susu kamben je guna utk mandi ek, susu anak pun sama. ke susu ibu kak? :)

    ReplyDelete
  2. tips dari 13may:

    kalau makan tembikai tuh...jgn makan bijik tembikai...nanti sembelit...

    bila dah sembelit..cepat tua :D

    ReplyDelete
  3. memang sahlah jadi mak ni memang macam Dewan Bandaran... cantik punya pasal!

    ReplyDelete
  4. ada tips kecantikan la pulak kat blog ni hehehehe..

    ReplyDelete
  5. Wan
    Sapa sangka kan? Tapi baik la dia tu nak ceritakan kat kita yang baru dia kenal.....



    13May
    Betoi betoi saya sokong tuh....



    d
    Why not kan d? Tapi terus terang la saya cakap, saya tak rajin...



    Jubeiz
    Ala... Jubeiz jangan jeles.... nanti saya boh tips main futsal... hahahah

    ReplyDelete
  6. hehe..kalau saye nak sapu yougut kat muka sure terus ngap masuk mulut! haha

    ReplyDelete
  7. Salam Ahni. Cantik rumah baru. Thanks for the tips. Simple. Nanti bolehlah cuba.

    ReplyDelete