Bukanlah aku tak update langsung tapi aku cuma post Bonus Ramadhan saja.
Sebenarnya aku terlalu sedih bila mengenangkan Adik Nurin kita yang pergi dalam keadaan menyayat hati. Bila bukak news aku menangis. Bila baca blog orang lain aku menangis. Bila teringat aje aku nangis lagi. Sedih sangat rasanya. Kalau aku yang tak ada kena-mengena dengan family Adik Nurin tu dok nangis almost every other day, macam manalah agaknya family dia.
Semalam keadaan dah berubah.
Aku dah hampir terlupa pasal Adik Nurin kerana ada lagi berita yang mengejutkan.
Rupa-rupanya wanita mengandung yang ditahan reman dan kemudiannya dilepaskan oleh polis pada khamis & jumaat lalu adalah kawan aku!
Suami dia dan adik dia pulak ditahan reman lagi seminggu untuk membantu siasatan.
Terlalu terkejut dengan berita ini dan aku tak percaya sama sekali mereka suami isteri ada kaitan dengan kes ini (adik lelaki kawan aku tu aku tak tau la sebab aku tak kenal).
Buat masa ini kawan aku tu menumpang di rumah pekerja dia (yang jadi pembantu kedai dia). Kesian dia, tengah sarat mengandung pulak tu. Nak kontekpun tak boleh kerana handphone pun ditahan oleh polis.
Aku doakan semoga mereka berdua diselamatkan oleh Allah dari sebarang penganiyaan.
PAKAI TONGKAT DAH
1 month ago
Kita mahu orang yang berdosa ditangkap dan dikenakan hukuman setimpal. Kita juga tidak mahu sesiapa teraniaya. Semoga Tuhan memberi petunjuk kepada yang benar.
ReplyDeleteThanks Ordinary Superhero.
ReplyDeleteSaya betul2 sedih.
Sabarlah akak.
ReplyDeleteberita pasal kwn k.ahni ni laagi buatkan k.ahni terkejut, kan? moga ALLAH permudahkan segala urusan dan beri petunjuk akan kebenaran nye. amin!
ReplyDeleteKengkadang kena tahan bukan as suspect tapi membantu siasatan, key witness or something. Insya Allah. Doa Allah tunjukkan yang benarpaa kita semua.
ReplyDeleteHug awaklah
:( sabar saja la ...
ReplyDeletebetul kata lollies..
ReplyDeletetapi masyarakat kita selalu cepat menghukum..tak salah pun boleh jadi salah..
moga Allah memberi petunjuk..
everyone is a suspect..
ReplyDeletesemoga kebenaran akan prevail..
sabar jelah...