Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Monday, September 10, 2007

Goncar (read=Gonchaq)

Masa baru tulis blog ini, ramai jugak yang bertanya apa maksud 'goncar'. Masa tu aku memang rasa susah nak jawab sebab tak ada gambar nak tunjuk. Sekadar menjawab yang Goncar tu atau kalau orang Perlis disebutnya sebagai 'gonchaq' tu adalah nama sejenis buah. Kampung tempat asal aku dinamakan sempena buah ini. Kampung ini terletak betul-betul 1 km dari pekan Kangar.


Akhirnya atas ihsan seorang rakan forum di anakperlis.com, iaitu Mat Kayangan, maka dapatlah aku paparkan beberapa gambar di sini buat tatapan rakan blogger sekalian.



Ini adalah pokok gonchaq yang masih kecil.





Inilah buah gonchaq yang masih muda.





Lagi buah gonchaq muda.





Ini daun dari pokok gonchaq.





Inilah pokok gonchaq.



Pokok gonchaq ni dah hampir tak ada dah kat kampung aku. Yang gambar pokok kecik tu ajelah yang ada. Gambar-gambar lain tu diambil di kampung berdekatan. Alhamdulillah ada jugaklah buat masa sekarang ni. Kalau tak dijaga pokok ni, lama-lama nanti generasi akan datang hanya tahu yang nama kampung ni sempena nama sejenis buah tapi macam mana rupa buah tu tak ada sapa yang tahu.

17 comments:

  1. Ooo... gitu

    nghuper ghuper nyer...

    ReplyDelete
  2. Ingatkan goncaq tu goncang. Anway thanks 4 this useful info.
    Kalu bleh bg info lagi tentang pokok ni. Buah dia bleh makan, daun dia bleh buat ulam dsbnya...

    ReplyDelete
  3. ooo camtu rupanya.... hehe..barula helena tau....

    Selamat menyambut bulan ramadhan...

    ReplyDelete
  4. Errr.. buah yg masak takde ke? Boleh makan ke buah tu Kak Ni?

    ReplyDelete
  5. salam ramadhan 2U and family. :)

    ReplyDelete
  6. OOoo....pasaipa berkenan ngan buah goncaq nih???

    selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
  7. k.ahni..buah gonchaq ni sekali imbas macam anggur ek? ehhee.. camne la rupa nye buah gonchaq yg dah tua ek..

    ReplyDelete
  8. Jiwarasa
    Begitulah kisahnya, sayang sekali tak ada buku yang nak cerita pasal buah ini.



    PB
    Yes dear, gitulah cite nyer.




    Joe Penang
    Buah tu masa muda masam rasanya, bila dah ranum akan warna merah kehitaman, manis... Ya, buah ini boleh dimakan.



    Helena
    Selamat menyambut ramadhan kepada Helena juga.

    ReplyDelete
  9. Wan
    Boleh makan buah tu Wan tapi gambar buah yang dah masak tak ada, nantilah kalau ada saya letak dekat blog.



    Lollies
    Buat sementara waktu ni tak ada, nanti kalau ada aku update.



    Aidura Sofiee
    Salam ramadhan kepada Aidura juga.



    13May
    Bukan berkenan tapi dah nama kampung saya ni bersempena dengan buah tu, itu yang nak ceghita ni.



    Umeboshi
    Walaupun sekali nampak macam anggur tapi buahnya kecik2 aje, sebesar biji lada hitam tu.

    ReplyDelete
  10. Ahni... saye nak kenal ler pokok ni... tak penah tau.. any idea apeke scientific name dia?

    ReplyDelete
  11. wooo..nama buah rupanya... ni haku rasa nak makan buah gonchaq ni...
    hmmm...

    ReplyDelete
  12. Ubisetela
    Sungguh la saya tak tahu nama saintifik dia pasal bila search kat internet memang tak jumpa punya lah....


    Diyana
    Alamak! Alamak! Alamak!
    Janganlah awak ngidam sayang... jenuh saya nak balik cari kat Perlis tu...

    ReplyDelete
  13. sedap makan cenggitu ker buat masak?

    ReplyDelete
  14. Buah ni makan cenggitu aje... tapi aku rasa tak ada orang makan lah sebab pokok pun tak banyak, dah jadi spesis terancam ni ....

    ReplyDelete
  15. Tq for the info.. Sy sakit. Ada org suggest mkn buah ni. Baru 2× try mkn. Pttnya tiap kali sy sakit sy kna amik pain killer.. But dah 2hr posa smlm try mkn time buka posa. Smpai mlm sy x mkn ubt. Td masa sahur pun sama. Ptt nak mkn ubat.. Saje mkn buah ni. Then x sakit.. So, sy x amik ubt. Disebabkan baru 2× mkn, nak tgok ktahanannye. Hrp dpt btahan smpai buka posa..

    ReplyDelete