Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Tuesday, September 4, 2007

Buang masa

Dalam kehidupan kita seharian banyak masa yang terbuang kan?

Contohnya, balik dari kerja dan drive ke kompleks pkns. Tujuan nya nak bayar duit hutang bank melalui mesin deposit BI yang hanya inilah satu-satu bijik yang ada kat bandaraya shah alam yang gemilang ni. Dah masuk area pkns, pusing-pusing cari parking, pastu jalan kaki pi kat mesin deposit tu, tengok2 mesin tu tak boleh guna. DAN yang paling PENTING, perkara ini bukan berlaku sekali tapi BERKALI-KALI. Bukan ke buang masa namanya tu.... DAN membuang DUIT PARKING setiap kali masuk ke area pkns tu. Hampeh tahap gaban!

~~~~~~~~~~~~~~

Sapa suka tengok Hell's Kitchen? Reality show pasal nak jadik chef tu?

Best jugak kan.... aku jarang follow, sebenarnya apa-apa cerita pun aku jarang follow sebab aku tengok TV 'ikut dan' saja (read= tak follow la programme, bila buka tv tu belasah aje tengok cerita apa).

~~~~~~~~~~~~~~

Seperti kelazimannya kelab kereta yang hubby join tu mesti ada buat Merdeka Tour bila 31 Ogos setiap tahun. Kali ini ke Lumut pula, convoy ikut jalan lama. Kami hanya join convoy sahaja tapi tak ikut bermalam di sana. Kami nak balik ke kampung hubby menjengok mak mertua. Ingatkan hubby nak ikut convoy separuh jalan saja, lepas tu divert ke Ipoh tapi rupa-rupanya ikut convoy tu sampai ke Lumut. Lunch kat Teluk Rubiah Beach Resort. Lepas lunch lepak2, tumpang bilik orang untuk solat. Pastu petang sikit kami jalan2 kat area jeti. Lepas tu baru balik ke Ipoh. Ada lagi satu family pun tak tidur sana sebab nak balik kampung kat Taiping, so kami pun convoy la jugak sampai kat mana ntah. Sebenarnya aku memang excited nak join convoy and JJCM tu tapi hubby beria-ria tak nak. Aku nak belanja (bayar hotel & expenses) pun dia tak nak. Frust betul.

Mula-mula tu hubby dok cadang nak tidur rumah kakak sulong dia tapi aku cakap tidur la rumah MIL sebab sebulan sekali kami balik Ipoh tu le MIL dapat tidur kat rumah dia sendiri. So kami pun pergilah nak jemput dia kat rumah abg ngah. Sayang nya MIL TAK NAK balik rumah! Sesuatu yang mengejutkan! So, terpaksalah kami pergi tidur rumah kakak sulong. Itulah yang aku rasa ralat sangat, kan ke lebih baik kalau holiday kat lumut! Double frust!! Malas lah nak cerita lagi...

16 comments:

  1. salam
    Lama dah saya tak komen kat blog akak.
    Kreatif sungguh joint 4 event dlm satu entry.
    Rasanya BI bleh transfer ke acc loan keta. Kalu only guna cash deposit mmg susah la kalu mesin dia jam. Tapi kenalah ada acc & kad BI.
    Tak pueh hati sungguh pasai tukar logo bi. Buangkanlah terus nama islam. Jadi BM(bank malaysia) ke. Kan senang.
    Maaflah. Tak pasai2 jadik satu entry kat blog kak plak

    ReplyDelete
  2. huhuhu.. saye juga suka Hell's Kitchen... si ralph tu agak poyo sket... lagi baik micheal!

    ala..ahni jgn frust k?? leh pi Lumut lain kali..:)

    ReplyDelete
  3. saya pun suka gak tgk hell kitchen tu..wpun dia hentam giler2 tapi mmg itu cara professional!sgt jaga kualiti.lambat sket pun dh reject :P

    ReplyDelete
  4. salam cik ni, lama tak mai jenguk noo

    -atn

    ReplyDelete
  5. Saya pun tak suka ke PKNS tu terutama kalau nak berurusan dengan Bank 'tu'. Ramainya manusia di Bank tu... Kadang-kadang nak naik angin juga sebab masa banyak terbuang. Staf pun tak berapa nak friendly... sabar saja-lah.

    ReplyDelete
  6. lama sungguh tak menjenguk ke sinih, maaf ya tuan rumah... memang dah masuk plan nak gi Lumut tuh, tapi bila pun tatau...

    ReplyDelete
  7. kenapa tak guna IBG (interbank giro)..tak payah kena physically keluar and bank in

    buat before pukul 12 (weekdays), within a day boleh transfer..buat after 12 or weekends, lama la sikit..dalam 2 days.

    ReplyDelete
  8. aduh..apa nak kata ek.. SABO JE LAH kan.... :D

    ReplyDelete
  9. sempoi kan Hell kitchen tuh :D

    ReplyDelete
  10. Akak, fixing dinner tu best gak. Dia ajar cara nak cepatkan proses memasak, cam sediakan bhn2 tinggal balik nanti lebur dlm periuk aje.

    Hell kitchen tu sy tengok iklan jek, tak pernah sempat tengok full prgram lagi. :)

    ReplyDelete
  11. Joe Penang
    Saya bayar guna machine deposit tu la pasai kalau nak beratog dalam bank tu lama sungguh, maklumlah dalam shah alam cuma ada satu saja cawangan dia, macam ni kan mana boleh maju... kalam mybank tu mau ada berbelas-belas bijik dalam shah alam saja....

    saya ni personal loan, house loan dan kredit card semuanya BI.

    ReplyDelete
  12. Diyana
    Hell's Kitchen dah finale next week kan, jangan lupa tengok....



    Kak Luna
    Cengei no cikgu chef tu, kalau aku ni teriak lama dah....



    Atenah
    Awat lama dah tak update?

    ReplyDelete
  13. zlaa
    Betoi tu, manusia punya la ramai dalam bank tu... kalau que tu gerenti berjam-jam. Hairan la, kalau dah demand, kenapa tak buka 2-3 cawangan kat area shah alam...



    MatRedo1
    Nak ke limut naik mortimer ke? Best tu.....


    Atiza
    Nanti aku check, kalau boleh lagi senang, thanks Tiz.



    Umeboshi
    Apa nak kata, memang kena sabar selalu pun....

    ReplyDelete
  14. 13May di mana? Sempoi......



    Wan
    SAya tak pernahtengok lagi fixing dinner tu, hari apa? pukul berapa?

    ReplyDelete
  15. Ehh, bukan ke BI dah buka new branch kat wisma/bangunan PKPS mengadap hotel blue wave? I was there when they had the re-branding launch.

    ReplyDelete
  16. OS
    Eh, ya ka.... baru lagi tu, saya pun tak tahu. Maybe later I will check-it out... thanks for the info!

    ReplyDelete