Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Sunday, May 6, 2007

Bara

Sebelum aku kantoi lagi, baik aku cepat-cepat update.

Memang betul aku rasa membara aje, sebab dekat buku tu tulis cetakan pertama pada tahun 2006. Kenapa sekarang ini, bulan 5 tahun 2007 barulah aku discover buku ni? Marah rasanya.

Setiap kali ke kedai buku mesti mata aku puas meninjau di rak-rak buku novel tempatan, memang tak nampak pun nama dia, kalau ada pun buku lama yang aku dah beli dan baca.

Bloggers yang biasa ikut blog ini memang tahu yang aku tak pernah buat book review, sebabnya aku ni jarang sangat beli buku (malunya kalau Bro Jiwa baca entry ini). Yang aku selalu beli ialah buku kerja/latihan anak2. Yang ini satu kemestian sebab aku tak hantar anak2 untuk tuition, jadi perlu belajar sendiri di rumah. Yang aku suka beli - majalah. Hampir tiap2 bulan beli majalah tetapi tak pernah beli majalah yang sama. Kalau bulan lepas dah beli Rapi, bulan ini beli Mingguan Wanita pulak dan bulan depan mungkin beli Anis. Majalah kanak2 pun banyak - Asuh, Ana Muslim, Kawan, Anak2 Sidek dan buku komik ToraAman heheheh..... Aku jarang beli buku sebab kurang mampu. Lagipun aku selalu pergi ke perpustaan awam selangor. Kat sana anak2 boleh pinjam pelbagai jenis buku cerita dan aku pulak pinjam novel. Kalau 3 orang (aku, Abang dan Adik), kami boleh pinjam 12 buah buku. Biasanya Abang akan pinjam 5 buah, Adik 5 buah dan aku 2 buah.

Dekat rumah, selain dari buku ilmiah macam C++, DB, IT dsb nya, novel yang ada hanyalah 2-3 buah novel tulisan Abd Talib Hassan dan selebihnya novel tulisan Abdul Rahim Awang.
Inilah buku yang aku baru beli hari Jumaat yang lalu, BARA yang setebal 540 mukasurat. Sebenarnya aku hanya mencari dan membeli novel tulisan Abdul Rahim Awang. Hampir kesemua buku dia ada dalam simpanan aku. 'Hampir semua' tu sebab ada yang dipinjam orang dan tak dipulangkan iaitu Konspirasi, Saka dan Zamrud. InsyaAllah kalau ada rezeki aku akan 'cover' (beli). Biar cukup semua nya koleksi Abdul Rahim Awang dalam simpanan aku (tapi tak termasuk buku ini atau ini). Novel2 beliau dikeluarkan oleh CESB kecuali 2 judul (setahu aku lah, may be ada lagi yang aku tak tahu) iaitu Zamrud dan Obsesi keluaran AR Communications.


Aku ada jugak cuba2 nak baca buku orang ni, aku beli bulan lepas. Tiap2 malam sebelum tidur aku akan baca dalam 2-3 muka surat dan sampai hari ni tinggal dalam lebih kurang 10 muka surat lagi baru habis. Buku Bara ni aku dah habis kan pada hari yang sama aku beli. Wei... lenguh mata aku ni dok baca. Nak tahu ceritanya pasal apa? Bacalah di sini atau di sini.


So, inilah genre buku yang aku baca. Lambatnya nak tunggu novel baru, entah bila la nak keluar ya.........

Bro Jiwa ada apa2 nak tambah?

17 comments:

  1. Sejak berlonggok kerja ni, tak sempat nak tukar2 novel n baca.

    Lotsa catching ups to do la Kak Ni.

    ReplyDelete
  2. Cik Ni,

    Tahniah dan terima kasih kerna menulis tentang buku. Ikhlas, saya suka tulisan ini. Tulislah lagi..

    Abdul Rahim Awang adalah antara penulis novel yang berbakat besar. Pandai bercerita. Saya boleh baca dan suka cara dia bercerita...

    Kalau ada masa, cubalah ceritakan novel dia yang lain pula...

    ReplyDelete
  3. bagusla u and your children suka membaca...siap pergi library lagi...
    tak ramai malaysians ada tabiat camni...
    love,diyana

    ReplyDelete
  4. masa isi borang income tax ada tak tulis rebat bagi buku? banyak tau bleh potong. sampai RM700.
    Jadi kalu beli buku/majalah simpan resit. boleh deduct untuk tax. Inilah insentif menggalakkan kita membaca.
    teruskan aktiviti berfaedah anda!

    ReplyDelete
  5. biar jadi ulat buku...
    jgn jadik ulat bulu...

    hahha..

    ReplyDelete
  6. bestnya....akak memang pantang kalau nampak novel2 ni....hmmm...

    ReplyDelete
  7. mmm...nanti nak check out his novels la.... tak pernah Helena baca sebelum ni.

    To Joe Penang - rebate RM750

    ReplyDelete
  8. salam perkenalan dr saya.
    dpt dr blog raflesia merah.selamat berblog

    ReplyDelete
  9. salam kenal Ahni,

    saya blog hop drp blog sapa tak ingat..

    hmm..bab novel ni, saya dah hilang minat ngan novel sejak kawin. tak tau nape entah. zmn anak dara dulu mmg tak leh miss ngan novel2 ni.

    ReplyDelete
  10. kalau Nadhirah memang suka buku2 sebegitu...maklang kenkadang baca yang men'jiwang' jugak...berangan muda..ha..ha..

    ReplyDelete
  11. Wan;
    Bukan apa Wan, naklah jugak tunjuk contoh kat anak2, biar dia org pun minat membaca.

    Bro Jiwa;
    Terima kasih byk2. Cuma saya ni tak pandailah pulak nak buat book review. Lagi satukan, memandangkan saya ni peminat fanatik penulis tu, nanti saya tulis yang puji dan yang elok saja.

    Tapi, benda yang baik memang tak rugi langsung berkongsi, kan?

    ReplyDelete
  12. Diyana;
    Kesian jugak kat anak2 sebab nak beli buku selalu tak boleh, terpaksalah bawa dia org ke library. Dulu masa saya sekolah @ masa kat U pun, bila cuti sekolah/semester saya akan pergi State Library (Perlis) dan bawa adik2 sama. Maybe dah terbiasa kot.

    Joe;
    Kadang2 bila beli majalah, lupa pulak nak minta resit, itu takpe lagi sebab majalah murah. Yang geramnyer tu resit beli buku teks sekolah tu yang hilang, memang rugi betul lah.

    ReplyDelete
  13. 13May;
    Ulat bulu dengan abang boleh kot...

    Alex lacey;
    Novel cintan2 ke... heheheh

    Helena;
    Selalu baca novel sapa? Rekomen la sikit kat saya.

    ReplyDelete
  14. Happyirfa
    Terima kasih dan selamat datang. Mai jengok selalu.

    KakLong;
    Terima kasih dan selamat datang. Mai jengok selalu.

    Hilang minat baca novel, may be ada hobi baru pulak kot... Kdg2 perubahan dlm hidup kita menyebabkan perubahan dalam hobi kita jugak.

    MakLang;
    Kalau kita jiwang2, cik abang mesti suka kan...

    ReplyDelete
  15. Helena suka baca buku john grisham....

    ReplyDelete
  16. Helena
    Saya teringin gak nak baca buku John Grisham. Best lah agak nya kan sebab ramai yang minat.

    ReplyDelete
  17. salam..kak,kat mana boleh sy dapatkan novel obsesi coz apa y sy tau novel tu dah lama diterbitkan..kalo ada apa2 info pasal novel ni,tolong inform pd sy ya..ni email sy

    miira_eugene@yahoo.com.

    ReplyDelete