Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Wednesday, April 25, 2007

Rambut Palsu

Semalam aku dok lompat2 blog dan pergi ke blog Saudagar Mimpi, dia ni aku kenal masa sekolah menengah dulu. Sebetulnya dalam senarai 'Friends' aku yang panjang bebeno kat sebelah kanan blog ni, tak ramai yang aku kenal di alam nyata. Kalau kenal pun macam jauhhh aje, contoh macam Saudagar Mimpi ni memang lah satu sekolah dengan aku tapi dulu aku tak pernahpun kawan dengan dia. Kelas dia pun lain sebab aliran lain dan berlainan bangunan pulak tu. Kawan2 aku masa tu kebanyakkan classmates dan roomates sahaja. Arcahijau pulak satu tempat kerja dengan aku. Yang lain2 tu memang aku kenal dari alam blog dan yang aku pernah jumpa Atiza dan PB.

Balik pada cerita Saudagar Mimpi tadi tu, dia link cerita ini di dalam blog dia. Mungkin cerita ni dah basi. Mungkin korang tak suka. Tak kisahlah tu. Even better, aku copy paste cerita tu dan letak kat sini:

Mana perginya tudung Salima?


Oleh: NIEZAM ABDULLAH


Apa sudah jadi dengan bekas pelajar Akademi Fantasia Keempat (AF4) iaitu Salima? Sebelum ini dia begitu mempertahankan pendirian untuk tidak membuka tudung apatah lagi mendedahkan rambutnya kepada umum.
Sehinggakan gadis berusia 19 tahun ini turut kesal apabila pihak Astro menerusi program Fail Sulit AF telah menyiarkan gambar-gambarnya yang tidak bertudung ketika terlantar sakit selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya di Temerloh tidak lama dulu.
Kata Salima ketika itu, dia kesal apabila pihak Astro menayangkan gambar-gambar tersebut sedangkan dia telah melarangnya sejak awal lagi.
Jika dilihat daripada kenyataan itu, ia memperlihatkan Salima begitu mempertahankan soal rambut atau auratnya.
Beliau menganggap perkara itu adalah maruah diri dan penyiaran beberapa keping gambar di dalam program berkenaan ternyata mencabuli haknya sebagai gadis bertudung.
Bagaimanapun semasa pementasan teater Rangkas Putera di Auditorium Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam pada 13 hingga 15 April lalu, ramai yang terkejut melihat penampilan terbaru Salima.
Gadis itu muncul dalam teater purbawara arahan Azmi Zainun tanpa memakai tudung dengan memegang watak Permaisuri Tanjung Karang.
Teater itu mengisahkan seorang bayi yang ditemui di sebuah rumpun buluh oleh sebuah keluarga diraja lalu dibesarkan dalam kehidupan istana.
Bayi yang diberi nama Rangkas Putera itu tidak membesar sebagaimana diharapkan sebaliknya telah mengganas dan merampas takhta keluarga angkatnya.
Tidak dinafikan persembahan Salima bersama Ifa Raziah dan Adlin (AF2) itu benar-benar memperlihatkan bakatnya dalam bidang teater. Tetapi persoalannya di manakah tudung Salima? Adakah kerana ingin memenuhi impian berlakon teater tersebut memaksa dia mencabuli pendiriannya selama ini?
Menurut Salima, dia sendiri sudah mengagak kemunculannya itu akan menimbulkan kontroversi terutamanya soal pemakaian tudung. Gadis bernama Nor Salima Habibi ini sebenarnya sudah bersiap sedia terhadap jawapan bagi persoalan yang bakal dibangkitkan itu.
Katanya, apa yang dilihat oleh penonton itu sekadar rambut palsu. Pada dasarnya Salima tidak menanggalkan tudung jauh sekali dengan sesuka hati ingin mempertontonkan rambutnya kepada umum.
Sebaliknya sebelum rambut palsu disarungkan di kepalanya, dia terlebih dahulu memakai anak tudung yang menutupi keseluruhan rambut asalnya.
Dia juga menganggap, tindakannya itu tidak salah dan bersedia berhadapan dengan apa juga persoalan yang akan dibangkitkan selepas ini.
‘‘Saya berpendapat dengan cara itu saya masih lagi tidak mendedahkan rambut saya kepada orang ramai. Saya masih menutup aurat kerana rambut asal ditutupi dengan anak tudung sebelum saya dipakaikan dengan rambut palsu,’’ katanya.
Menurut Salima, dia mendapat tawaran berlakon teater tersebut selepas diajak oleh Ifa Raziah beberapa bulan lalu.
Secara kebetulan Salima diminta untuk menggantikan watak orang lain yang tidak dapat turut serta di dalam pementasan berkenaan.
Bagaimanapun selepas perbincangan dengan pengarah teater itu, Salima bersetuju untuk memakai anak tudung bagi menghormati skrip teater tersebut.
Benar kata Salima itu tetapi cara tersebut hanya menutupi rambut sebaliknya bagaimana dengan bahagian telinga, leher dan dada yang masih terdedah?
Ini kerana imej beliau selama ini menutupi keseluruhan bahagian tersebut. Bagaimanapun Salima tetap mempertahankan pendiriannya untuk muncul di pentas teater itu.
‘‘Saya anggap tindakan saya itu tidak salah kerana masih menutupi rambut asal,’’ katanya. Gadis ini juga menolak langkah yang diambilnya itu semata-mata untuk meraih publisiti murahan.
Sebaliknya dia menganggap kemunculannya itu adalah untuk mempelbagaikan bakatnya dalam bidang seni.
‘‘Saya tak mahu berterusan menjadi penyanyi sebaliknya saya ingin mencuba bidang lain khususnya teater kerana minat saya dalam bidang tersebut bermula sejak di bangku sekolah lagi,’’ jelasnya.





SALIMA (dua dari kiri) memegang watak Permaisuri Tanjung Karang dalam teater Rangkas Putera yang dipentaskan di Auditorium Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, Selangor, minggu lalu.


Aku cuma nak tanya satu soalan aje:
Apa yang ingin dipertahankan? Aurat ke rambut?

Lagi satu kan, minta maaflah banyak2 ek, aku x berapa berkenaan template2 standard ni dan aku asyik tukar. Rasanya ada jugak orang yang tak dapat access blog aku ni dengan template baru (XML). Terpaksalah buat sementara waktu ni guna yang ini.

8 comments:

  1. silau masuk blog ahni pagi nie...

    putih jer ....

    Hmm... susah org org seni ni nak tetap pendirian...

    ReplyDelete
  2. hehhe....kepala hotak dia!!!

    hahahahha....

    ReplyDelete
  3. PB,
    Sorilah PB, saya pun tak berkenan sangat.

    13May,
    Har har har.. suke-suke aje kita ni gelak kat orang kan?

    ReplyDelete
  4. kes salima tu anggaplah sebab dia jahil..

    mungkin dengan cara ni (kene kritik,hentam), menyedarkan dia utk lebih faham tuntutan menutup aurat yang betul dalam Islam.

    ReplyDelete
  5. tak patut la camtu. aurat bukan sekadar rambut semata, ye dak?!

    ReplyDelete
  6. terbaca gak artikel ni... hmmm susah nak faham...rasanya salima ni bkn lah budak yang pakai tudung disebabkan trend...selama ni dia tutup rambut je bkn aurat hmmmmmmm

    ReplyDelete
  7. tulah orang kata...macam2 ada...

    ReplyDelete
  8. KakLuna,
    Saya setuju sangat. Kita sendiri ni paham tak?

    Ume,
    Orang kata, kalau tak paham, tanya pada yang pandai, ye tak? Walaupun tak semestinya semua teguran tu betul....

    Maklang,
    Betul tu, yang lagi teruk pun ada kan? Buat apa kita nak kisah yang kecik ni ye tak...

    ReplyDelete