Adik kalau hari Isnin pagi tu mulalah cakap sakit perut, nak mengelat pi sekolah tu. Hari2 lain pun lebih kuranglah jugak. May be dia letih kot pagi2 kena bangun awal, malam tidur tak lena atau memang dia malas nak ke sekolah.
Dulu masa aku belajar pun ada masalah letih dan ngantuk dalam kelas. Rupa-rupanya sebab aku ni ada penyakit angin dalam badan. Sekarang ni amalkan Herba Tuju Angin keluaran Herba Penawar AlWahida @ singkatannya, HPA (maaflah, link ini adalah dari satu website di Indonesia, website HPA sendiri adalah http://www.hpa.com.my/, buat masa ni tak boleh nak access. Hasil carian aku kat internet, nampaknya produk HPA dijual merata-rata kat Indon tapi stokis kat Kangar tu kecik aje, website kilang dia sendiri pun tak boleh nak bukak, macam mana tu?). Bukan setakat jamu, syampu rambut pun aku gunakan brand HPA jugak. Aku ni seboleh mungkin nak gunakan produk yang halal dan keluaran muslim dan juga nak sokonglah syarikat dari negeri kelahiran aku, Perlis.
Barang2 keperluan lain pun aku cuba cari yang halal & keluaran muslim. Kalau tak dapat tu baru cari yang halal dari keluaran syarikat multinational atau syarikat tempatan yang ternama. Macam kalau biskut cream crackers tu, kalau kat pasaraya besar mana ada jenama muslim? Kena jugak beli cap ping pong, keluaran dan jenama tempatan. Kalau cap juli atau daanon (cap taiger-biskut tenaga), keluaran tempatan tapi jenama omputih (jenama ni dalam senarai boikot ke?)
Sayangnya bukan semua barang ada tanda halal. Contohnya kalau nak cari ‘two-way face cake’, brand apa yang ada tanda halal? Kenalah jugak pilih dari jenama nutrimetik, zee-A atau lain2 jenama omputih. Tak ada jaminan halal tapi hari2 dok tonyoh jugak kat muka tu.
PAKAI TONGKAT DAH
4 weeks ago
No comments:
Post a Comment