Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Wednesday, January 24, 2007

Last week tak ada apa2 yang special boleh nak cerita kat blog. Rasanya kalau mereka yang kreatif tu apa2 saja yg dia org nampak dlm perjlnan pergi balik kerja pun dia org boleh buat satu story yang best.

Last week (dan this week juga) – macam biasalah kan aku ni pagi2 kelam kelibut dok uruskan anak yang nak pergi sekolah. Dah 2 org bersekolah ni kan, tak bolehlah nak buat macam dulu2 – pagi2 sempat dok iron baju lagi. Sekarang semua kena settle di sebelah malam, nak iron baju ke, nak basuh dan sidai baju ke (cuma baju2 yang putih tu aku akan rendam semalaman). Walaupun dah buat malam2 (kecuali baju2 putih yang direndam tu aku akan basuh dan sidai sebelah pagi) tetap aku kena bangun awal, dalam 5.30 pagi sebab bila nak mandi tu kena ikut giliran. Walaupun ada 2 bilik air tapi bila gunakan bilik air serentak tekanan air akan jadi rendah dan tak puas pulak nak mandi. Yang darjah 1 tu pun aku dah train untuk solat subuh setiap pagi, kalu dulu masa 6 tahun tu bila maghrib baru aku suruh dia solat, sekali sekala masa cuti zohor dan asar juga. Sekarang kena buat semua waktu lah.

Yang besar darjah 4 tu pun kena tengok (monitor) macam adik dia jugak. Kadang2 rambut tak sikat, tak letak minyak rambut, gigi lupa nak gosok, seluar dalam lupa nak pakai.. ish macam-macam lah… memang ‘havoc’ bila pagi2 hari bersekolah.

Adik aku yang no. 5 dan baru lepas ambik SPM tu ada kat rumah tapi dia tu pun kan… tak boleh lah aku nak suruh buat apa2. Budak2 zaman sekarang ni pandai SMS je, kerja lain tak reti (itu kesimpulan aku la bila tengok adik2). Dia baru sampai sabtu lepas. Sebelum tu dia dok lepak rumah mak dan bapa sedara sebelah mak (Chinese – non muslim). Aku tak berapa suka sangat dia lepak rumah dia org, aku cakap kita pergi berziarah cukuplah, tak payah nak tido kat rumah dia org tapi adik aku ni nak pergi jugak, takpe lah apa aku nak buat kan…

So, dia dah lepak 2 rumah, satu kat Damansara Damai (rumah abang emak) dan kat KL (rumah kakak emak). Yang dekat KL tu yang best nak cerita. Dia kata dia duduk dekat satu building yang betul2 depan lo yat plaza. Buka aje tingkap rumah tu terus nampak lo yat. Bila aku tanya bangunan tu nama apa dia tak tahu pulak. Apalah dia tu bingong sungguh sampai nama bangunanpun tak nak ambik tahu. Dia kata bangungan tu macam bangunan buruk aje, rumah2 kedai lama. Dia kata lagi bangunan tu kepunyaan suami pada mak sedara kami. Hah?! Biar betul?! Betulllllll. Macam tak percaya aje ek? Yang kelakarnya – ini lah cara hidup orang cina yang aku rasa kdg2 cukup sempoi. Walaupun mak sedara kami tu kaya, laki dia ada bangunan kat tengah2 KL tapi mak sedara aku tu kereta pun tak ada. Pergi ke mana2 naik rapid KL. Lepas tu dia duduk pun bukan kat rumah banglo tapi kat tingkat atas bangunan milik laki dia tu. Selamba aje. Hari2 tak ada kerja lain asyik meronda shopping complex aje. Dia (mak sedara) cakap laki dia ada jugak ajak duduk kat rumah besar, rumah orang kaya tapi dia tak mau sebab “talak syiok, talak boleh jalan2, talak boleh pusing2”. Ish ish ish pelik betul depa ni. Selain dari shopping dia ni suka main nombor, toto lah, kuda lah.. apa saja yang boleh main judi, dia akan main. Dulu (dalam 15 tahun yang lepas, masa aku kat U) masa jumpa aku, dia tanya tarikh lahir dan nombor IC (nombor IC lama – masa tu belum ada IC baru lagi). Tak syak lagi dia nak pi beli nombor lah tu, kot2 lah ada ‘ong’ nombor anak sedara dia.

Sekian cerita mak sedara aku.

5 comments:

  1. so, lu punya nomor ada ong tak? heh he saja tanya. :)

    ReplyDelete
  2. Satu masa dulu kawan rapat saya di Spore dilawati jiran. Jiran tu bawak buah-buah dan amat seronok. Lepas cakap-cakap dia kata, "Aaya Lamli, I bought your car number la. Win price one! You win how much?"

    Minggu tu pening kawan saya kerana sesiapa saja yang dia serempak sewaktu memandu akan bunyikan hon kepadanya.

    ReplyDelete
  3. haa.. kedai depan lo yat tu depa tak nak jual je? fuuhh.. hartawan/jutawan tu.. but chinese, they never show off one laaaa..

    ReplyDelete
  4. OS;
    Sayapun tak tahu nombor saya ada ong ke tidak... heheheh

    Ku Keng;
    Saya rasa dia org (kaun cina) memang obsess dengan nombor tapi sayangnya dekat toto tu orang melayu islam pun ada kerja kat situ jugak

    Mulan;
    Betul, kalau yg kaya tu buat bodo aje....

    ReplyDelete
  5. ahni,
    anak menakan jutawan/ hartawan rupanya ke ke ke...tu budak2 yang dok jual mapiau mapiau tu hmmmmmm lepas tu yg dok membeli melayu/islam juga...uiskkkk

    ReplyDelete