Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Sunday, January 14, 2007

Aku telah mulakan tahun baru 2007 ini dengan kurang bersemangat. Mungkin sebab sibuk dengan urusan anak yang baru nak masuk darjah satu. Banyak benda sampai dah terlupa, termasuklah roadtax yang telah mati pada 4/1/07. Beberapa hari tu naik kereta dgn road tax yg sudah due. 8hb petang baru dpt road tax baru. Member office pegang roadtax dan salinan geran kereta dan bermenung. Lama jugak dia bermenung. Menunglah sebab road tax aku tu cuma berharga RM20, road tax kereta dia (Unser) RM400+. Apa nak buat, terpaksa redha dengan alasan: anak ramai. Alhamdulillah anak ramai. Aku pun nak anak ramai jugak tapi pengalaman bersalin tu agak... macam mana nak cerita ya... OK, tak payahlah cerita, yang nyata aku memang dah teringin baby baru.

Sekarang ni aku dah ada 2 blog. So, dua-dua pun aku update. Kalau tak suka blog yang lagi satu tu - tak payah lah pergi jengok, sinipun cukup. Yang kat sana tu tak best...

Azam tahun baru aku dapat inspirasi dari majalah Anis, iaitu memperhalusi ibadah dan mengeratkan silaturrahim. Semoga aku dapat mencapainya, tidak akan berlaku sekiranya aku tidak berusaha. Itu azam yang 'official', yang tak 'official' pun ada (iaitu azam2 yang selalunya tinggal azam aje setiap tahun), azam tak official ni aku tak sanggup nak declare (itu sebab tak official), takut nanti kalau tak dapat capai, aku jugak yang frust menonggeng.

Salah satu azam tak official ini di-inspirasi-kan dari keputusan pemeriksaan kesihatan aku baru2 ini. Paras gula dalam darah cuma 2.7 walaupun aku tak berpuasa (kalau nak buat check-up patut kena puasa atau jgn breakfast tapi aku dah makan 3 keping roti bakar disapu dengan butter dan secawan kopi gano), paras yang elok 4-6 (bacaan sebenar aku tak ingat le 4.4 ke 4.6 ke 6.5 ke apa ke). Paras kolestrol jugak tinggi iaitu 7.2 dan paras lemak dalam darah pun tinggi iaitu 4 (patut <1.7). Tekanan darah 115/75. Obess. % body fat= 38%

Bacaan2 ni agak meng-konpius-kan aku sebab darah dan gula rendah tapi lemak dan kolestrol tinggi. Maknanya aku kurang makan gula tapi banyak sangat makan kambing? Ya, aku suka lauk kambing, lauk daging, lauk yang lemak2 dan yang sewaktu dengan nya.

Kalau macam tu kan, lepas ni tak leh makan nasi tapi minum air koko dan kopi aje hari2, ok tak? (Paras gula rendah, kenalah minum 'air manis' banyak2) Aku suka kopi gano, tiap2 pagi memang aku minum. Lepas ni minum 3 kali sehari. Lepas tu biar demam sampai badan kurus (aku pernah minum kopi gano 2 kali sehari untuk beberapa hari sahaja, lepas tu badan tak boleh tahan panas sampai aku demam pulak 2-3 hari, padan muka aku). Lepas tu kalau buat check-up lagi sekali mesti dah turun paras kolestrol dan lemak dalam badan, muahahahahah PASTI BOLEH (memang le boleh tapi betul ke aku nak buat tu? Boleh caya ke?)

8 comments:

  1. azam ahni, jgn tak de azam.. he he tahun depan kita azam lagi. saya ni ingat nak berazam kurang makan coklat, tp dapat sebakul masa christmas hari tu, sampai laaa ni dok ngonyah lagi. sorok kat anak, mak yg nyental. takut jgk sugar level shoot.. ahni, mana nak dapat kopi "gano" tu? interesting ni..

    ReplyDelete
  2. teringin nak baby lagi? uih bagus azam tu!

    ReplyDelete
  3. Seram lah dengar. Saya ni rasanya kolestrol tinggi walaupun kurus. Makan tak pantang2.

    ReplyDelete
  4. Mulan;
    Kopi gano tu kan, biasanya saya kirimkan mak beli kat kampung, kalau kat utara merata-rata ada dijual brand ini (GanoExcel) tapi ada banyak lagi brand lain yang ok, cuma saya dah serasi dgn yg ini. Cuba check: GanoExcel

    OS;
    Saya teringin tapi ada org tu tak teringin.... kesian nyer kat saya ni, kempunan, umur pun bukan semakin muda lagi dah......

    Wan;
    Satu office dgn saya tu - kurus aje orgnya tapi bacaan kolestrol nya tinggi sampai dekat meter tu tulis 'High' aje, no numbers...

    ReplyDelete
  5. Cik Ni dear,

    I am dropping in to say salam,

    Love, Am

    ReplyDelete
  6. Ahni !!!

    Total cholestrol tuu 7.2 tuu tinggi. (Kalau itulah readingnya) Ianya ratio bad cholestrol to good cholestrol. Kalau saya punya doktor dah lama saya kena hamun kat situ jugak, sebabkan readingnya sebegitu.

    Pada pendapat saya Check again, and consult them on what to do next...

    FYI< I just got back from IJN visiting my uncle. all the best

    ReplyDelete
  7. Selamat Maal Hijrah...semuga semua azam menjadi kenyataan, InsyaAllah...

    ReplyDelete
  8. Moga jadi kenyataan. Amin. Salam Maal Hijrah

    ReplyDelete