Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Saturday, January 28, 2006

Cuti Lagi?

Cuti panjang weih................

Cuti Tahun Baru Cina, Awal Muharam dan cuti gantian.

Cuti= balik kampung @ holiday = duit keluar, duit keluar, duit keluar

Dekat blogsphere ni pun mesti lengang sebab ramai yang balik kpg @ holiday.

Hati nak balik kampung pun rasa kurang seronok sebab dok teringat banyak lagi perkara yang perlu diuruskan untuk the big event next month. Yang aku risau tu sebab ramai orang yang cuti straight sampai lah weekend lagi satu. Jadi, walau pun aku masuk office on Wednesday (2/2/06), yang lain2 tu still bercuti. Tengoklah macam mana nanti, kerja kena buat jugak.

Aku dah melawat blog AbgJas. Aku terperasan buku yang sama dibaca AbgJas juga dibaca oleh Atenah. Akupun perasan buku yang sama juga pernah direview oleh another blogger tapi aku tak ingat dah sapa.

Update tipu ni sampai setakat ini sajalah sebab aku nak pi dobi rumah, pakaian etc

InsyaAllah ada masa nak pi melawat bapa saudara cina aku (the correct word is 'nak pi beraya' rumah bapa saudara)


Eh? Takkan ingat nak raya aje, kena ingat juga AWAL MUHARRAM

Tahu ke tahun baru yang ke berapa? Kena goggle lah pulak ye nak tahu tahun berapa....

1427.

Mak dah sms 2-3 hari yang lepas nak ingat aku baca doa akhir tahun dan doa awal tahun. Setiap tahun pun dia akan ingat kan aku. Terima kasih Mak.

Thursday, January 26, 2006

Big meeting and big event

Big meeting pagi ni yang aku cerita hari tu dah cancel pulak. Ada lagi bigger meeting kat HQ yang mana salah seorang courum nya adalah Chairman pada meeting aku ni. Meeting ni sebenarnya dah 3 kali postponed. Aku tak kisah postponed meeting sebab mana-mana meeting yang melibatkan top people memang lah macam tu. Top people pun kena on-call jugak, kadang2 'The Most Top Man' akan suruh top-top people ni pergi sana, pergi sini, buat itu, buat ini. Bagi secretary/secretariat memang dah mangli hal-hal postponed/cancel meeting ni.

Bila dah cancel meeting kenalah pulak inform semua members. Lepas tu kena cancel booking bilik dan makan/minum yang telah di-order. Pada masa yang sama kena ushar date meeting yang baru, booking bilik yang baru, hantar notice baru bla bla bla.

Tapi! Harus diingat yang meeting aku ni adalah meeting yang required by the law to be carried out once in 3 months! Cuba rujuk part VII section 30 OSH Act 1994. Last meeting in September 2005, dah lebih 3 bulan tu.

Whatever lah kan....

Pagi tadi aku pergi klinik bawak my son yang belum kebah demamnya (sejak isnin yang lalu). Siap pergi buat blood test lagi. Doktor kata bukan denggi. Alhamdulillah. Cuma demam viral ke demam virus entah. Doktor kata akan demam lagi at least 3-4 hari lagi. Kesian...

Lepas hantar anak ke babysitter akupun balik ke office. Lepas dalam 2-3 jam kat opis aku start rasa lain macam... lor, demam pulak aku. Dalam hati dok pikir nak pi klinik ke tak, pi klinik ke tak .. last-last aku telan panadol (yang ori punya tau- ada cap KK) 2 biji dan pi tidog sat kat bilik fail masa lunch. Lepas tu bangun solat zuhur dan back in action again sebab ada lagi big event dalam minggu selepas tahun baru cina nanti- kalau ikut working day ada lagi 5 working days untuk settle kan semua persiapan untuk event tu. Aku kena jadi event manager (woish! bila pulak aku jadik manager, perasan!) dan lepas tu masa event tu kena jadi master of ceremony (MC) jugak. Kalau ikut list aku nih.... wow! banyak lagi kerja nak buat.

Takpelah macam Ordinary Superhero cakap: Biasa lah tu, tak de pressure tak de kick buat assignment. So petang tadi aku habis kan masa dengan isi form booking audio visual facilities, camera man, booking tempat, discuss pasal food, confirm kan participation, hantar email ke sana, hantar email ke sinun.

What?! Tak sempat nak blog hop?

I just love the adrenalin rush!




*mangli= biasa, lali, immune*

Tuesday, January 24, 2006

Last Minutes

Memandangkan aku akan kerja dengan tekun jika ada sedikit pressure, so aku buat kerja last minute supaya terasa 'urgency' nya.

Big meeting coming up on Thursday dan aku tengah pulun buat report nih (yang mana belum pun 50%).

So, tengah pulun le nih.. pulun lah sambil update blog sekali (ceh! tipu punya update).. pulunlah sambil blog hop jugak.. pulunlah sambil baca dan jawab e-mail.

Bilalah report aku nak siap? Janji nak kasi boss review on Monday (dah lepas woi! 23 Jan hari tu!). Macam manalah nak dapat status pekerja cemerlang, gemilang dan terbilang macam ni?

Sunday, January 22, 2006

Post Meng-up-kan Diri

For Atenah, Atiza & Lollies- this is improvised version. Thanks for you girls!

Budak mata coklat dan rambut coklat.

15 tahun yang lalu itulah aku. Dah le nama aku macam mat salleh, rambut dan matapun coklat, tak tahulah dari mana datangnya. Parentpun tak de macam tu, may be kena trace balik salasilah nenek moyang aku..... Yang pentingnya aku memang anak kandung depa. Adik aku (yang bongsu- lelaki) lagilah rambut dia perang terus tapi mata hitam.

Rambut Coklat
Rasanya majoriti orang tidaklah berambut 100% hitam, kebanyakkannya coklat2 tua gitu. Rambut aku pulak warna coklat/perang agak ketara di bahagian atas telinga (bahagian kiri dan kanan sebelah atas dahi), bahagian tengah tu elok pulak gelapnya.

Mata coklat
Tengoklah gambar aku dengan anak saudara aku (sorry, mak dan ayah Damiya, telah menggunakan your baby sebagai comparison)
So, ceritanya adalah... kalau 15 tahun yang lalu mewarna rambut dan pakai contact lense tu - not common (contact lense dah wujud ke belum entah) dan orang accept aku seperti mana yang depa nampaklah. Tak adalah pulak orang nak kata aku perasan ke apa ke. Lagipun orangpun tak nampak mata coklat dan rambut coklat aku sebab siapalah yang nak pandang budak perempuan pendek lagi gemuk ni. Memang aku tak fofular langsung :(

Sekarang, zaman dah berubah, zaman aku dah jadi mak budak, zaman aku jadi wanita berkarier, dah jadi lain pulak perception orang terhadap aku. Sebabnya contact lense dan pewarna rambut dah melambak-lambak. Dah common. Orang kalau tak kaler rambut dah jadi tak kewl. Kalau tak biru/hijau/kelabu mata tupun dah tak kewl.

Zaman inilah masalah aku bermula.

Pasal rambut aku ni kira oklah since aku dah pakai tudung, orang pun tak tahu rambut aku warna apa. Cuma masa baru kerja dulu ada jugak officemate (perempuan) yang tanya samada aku warnakan rambut ke tidak, depa nampak rambut aku masa nak berwuduk kat surau. Ada sorang tu nak pi inaikan rambutpun siap dok cakap kat aku yang dia tak nak inai merah macam rambut aku, dia nak yang gelap sikit. Sukati ko lah....

Cuma pasal mata yang aku boring. Orang mesti tanya "You pakai contact lense ke?" Kalau aku jawab "Ya" Lepas tu dengan lasernya depa akan kata "Patutlah" Eh! Apa yang patut patut? Patutlah mata aku coklat eh? Kadang-kadang kena ejek pulak tu "Chewah, Kakak kita pakai contact lense coklat hari ni" Ish! Geramnya aku kena ejek macam budak kecik lah pulak.

Tu lah pasal aku pakai spek padahal aku tak suka sangat-sangat pakai spek ni, aku memang lebih selesa pakai contact lense. Kalau pakai spek tak nampak ketara sangat warna coklat tu. Itupun ada jugak orang pernah tanya kat aku "Pakai contact lense ke?" Ishh, takkanlah pakai spek lepas tu nak pakai contact lense pulak, gilo ko apo?

So, weekends baru aku pakai contact lense, pakai yang daily punya, lagi senang, pakai dan buang. Kurang lah orang nak ejek aku. Kalau jumpa dengan kawan2 hubby & wife2 depa, takkanlah depa nak ejek aku. Kalau kutuk pun dalam hati jelah kut.

Habis dah cerita meng-up-kan diri (pinjam dari Jokontan).

Sejak akhir-akhir ini aku tengok kawasan berambut hitam tu dah mula ditumbuhi rambut putih (uban!! ahhhhh tidak!!!!! aku baru 33 tahun, belumpun 35, belumpun 40, belumpun 50, belumpun 60!!!!!). Warnanya tu bercampur-campur pulak, ada rambut yang putih semua, ada yang separuh putih, separuh coklat, ada yang coklatpun tidak, putih pun tidak, warna dia tengah2 (coklat muda le tu).

Sooner or later, rambut aku akan jadi macam Rouge dalam cerita X-Men tu. Just in case you all tak tahu, Rouge adalah x-men & mutant yang no. 2 paling power sekali di galaksi ini selepas Apocalypse. May be bila aku dah fully 'transform' nanti akupun akan jadi power macam Rouge.

My theory: Rambut aku coklat tu sebab pigment warna hitam kat situ tak banyak/kuat/pekat. Ni dah nak habis pigment hitam tu, tukarlah pulak jadi coklat muda dan putih. Yang aku heran tu sebab warna coklat dan uban tu bertumpu kat sebelah depan aje.






Dan jika diberi pilihan, aku pun tak tahu nak pilih warna coklat ke, hijau ke, biru ke.....

Thursday, January 19, 2006

Kongsi Info

Just wanna share with all of u:

1) download ayat Al-Quran dll

Download Surah

2) supermarket (projek adik ipar)

One-Stop-Gigamall

Gula & Bonus

Uishh lamanya tak update.

Idea ada tapi realisation tak ada.

Cerita anak
Semalam, babysitter dah balik dari Mekah, penerbangan ke-3. My daughter dalam perjalanan ke pra-sekolah *sambil menangis*, cakap “Ibu kata nenek J balik tak payah pegi sekolah”

“Ha? Mana ada ibu cakap?”

Huh, banyaklah ‘auta’, pagi-pagi pulak bangun aje dah merengek, cakap “Petang semalam ibu cakap nak beli gula (gula-gula) tapi ibu tak beli pun” (Dalam hati ku “ekeleh, alasan tak nak pi sekolah lah tu”)

“Semalam kan ayah yang pi ambik ko balik sekolah, bukan ibu. Tak pelah kejap lagi ibu belikan”

Hari tu (entah bila) hubby cakap InsyaAllah bila babysitter balik dari Mekah depa pujuklah anak tu, depa pandai pujuk, tak macam mak bapak dia (kami le tu).

So, kita tunggu dan lihat ajelah.

Cerita kerja
Awal bulan hari tu ada assembly. (Eh eh macam sekolah lah pulak ye). Big boss kami announced macam2 le tapi aku tak attend sebab ada kat sekolah nun menemankan perempuan kecik yang melalak tuh.

Bila dah masuk opis aku tanyalah apa cerita assembly?

“Syarikat rugi berapa million entah”, member aku cakap.

“Ada cerita pasal bonus?”, aku tanya tapi aku tahu soklan aku tu soklan buduh sebab kalu dah rugi entah berapa million takkan lah ada bonus kot.

Hampeh.

Sunday, January 15, 2006

Resepi laksa?

Ada orang tu mintak resepi laksa dengan aku.

Resepi aku ni tak dak sukatan. Sukatan aku berdasarkan rupa dan rasa. Amacam? Nak jugak ke resepi? Bahan sahaja without sukatan, boleh?
Hari tu masa balik kampung aku ada bawa balik camera tapi sebab sibuk memanjang tak sempat langsung nak ambik gambar raya. Gambar kat highway sempatlah ambik. Cantik kan R&R Taiping?


Thursday, January 12, 2006

Korban & Syukur

Cerita korban
Hari ni kat opis buat upacara korban, 13 lembu tumbang buat pahala. Akupun tumpang pahala makan lauk korban - daging masak hitam, nasi putih, sedikit roti dan semangkuk sup daging. BTW, makan lauk korban dapat pahala ke? Kalau tak dapatpun, Alhamdulillah ada rezeki dapat makan. Makan dengan baca Bismillah pun InsyaAllah dapat pahala.

Lepas makan beratur untuk ambik daging korban pulak. Aku serba salah sebenarnya nak ambik daging tu sebab rasa macam tak berhak. Aku tak rasa aku ni fakir miskin walaupun aku tak kaya-raya. Sambil beratur tu puas aku dok pikir daging korban ni nak bagi kat sapa. Apa-apa halpun ambiklah dulu, kalau tak ada bagi sapa2 aku masak le untuk family aku nanti. Lagi pun bila difikir-fikirkan daging ni adalah daging yang selebihnya selepas dibedak-bedakkan kepada yang berhak. Aku tak pasti petugas korban kat opis aku ni pi bedak kat sapa tapi aku yakin kepada mereka yang berhak. Yg aku dengar rumah anak yatim tapi tak tahu rumah yang mana.

Kiranya hari ini lepaslah kempunan aku nak makan daging....

Cerita anak
Alhamdulillah, syukur sebab my daughter dah tak nangis dah. Semalam aku pi berkira rumah sorang akak tu. Aku tak kenal sangat akak tu tapi aku tahu dia ni tinggal dekat area rumah babysitter jugak (tapi row lain) dan aku selalu jumpa dia kat sekolah. Anak2 diapun sekolah kat sekolah anak aku jugaklah, habis kalau dah area sini mestilah sekolah yang sama jugakkan. Masa aku cerita pasal anak aku nangis hari tu dia dah offer kat aku. So selepas aku fikir2 aku pun pi lah jumpa dia. Dia setuju nak jaga kedua2 anak aku sementara nak tunggu babysitter balik.

Hari ni dia start jaga anak aku dan juga adik pada classmate my daughter yang mak dia baru bersalin tu. Kelakar betul sebab 'pi mai pi mai tang tu jugak'

So, balik sekolah berjalanlah beriringan 4 orang ni- my son (selepas balik dari sekolah KAFA, singgah dan tunggu adik dia kat pre-school), my daughter, classmate dia yang nenek sakit tu dan classmate dia yang mak bersalin tu. How sweet.....

Wednesday, January 11, 2006

Cuti lagi

Cerita anak
Uishhh, cuti lagi makcik sorang ni. Cuti sakan nampak. Kerja kat opis tu dok tunggu melambak2. apa nak buat kan... nak settle kan hal anak. Bila my daughter tak nak pegi ke taska after pre-school, saya minta tolong atuk pada classmate dia, kebetulan pakcik tu jiran sebelah rumah babysitter (yang sekarang tengah buat haji tu). Pakcik tu kata ok, despite wife dia tu tak sihat (breast cancer, baru lepas operation last month, 3 years ago dah operation, but this year ada ketumbuhan baru lagi). Akupun serba salah sebenar nya tapi kat situ ajelah my daughter mahu pergi. Cucu dia dah kamceng ngan my daughter. Last yearpun dah tabika sama kat tabika kemas.

Tup tup semalam OTW balik dari kampung dapat sms dari anak dia yang mak dia dah masuk hospital balik sebab kena jangkitan kuman di paru-paru. Lebih mengejutkan pada hari jumaat lepas, iaitu hari pertama aku tumpang anak aku kat situ, makcik tu dah pitam kat dapur tapi pakcik tak bawa dia ke hospital sebab kena babysit my daughter dan sorang lagi classmate dia (yang ni pulak sebab mak dia masuk hospital nak bersalin). Akupun tak sangka pulak bila aku fetch my daughter hari tu, pakcik tu cakap "makcik tengah baring dalam bilik, petang karang nak bawa pergi hospital", aku ingatkan nak pergi check-up/follow-up macam yang dia selalu buat tu (treatment after cancer operation).

Cerita raya
Tengah frust ni sebab tak dapatpun makan bihun sup. Mak aku nak buat laksa sebab kalau raya mesti orang cari laksa (biasalah kat Perlis nih). Dia kata nak buat bihun sup pun boleh tapi laksa kena buat jugak. Aku cakap kat mak tak payahlah buat bihun sup sebab leceh nak buat sampai 2-3 jenis makanan, mana nak buat ketupat daun palas lagi, nak buat gulai daging lagi (untuk dimakan dengan ketupat). Lagipun aku nak balik pagi raya tu i.e. lepas solat sunat dan makan2. So, kena packing cepat. Jadiknya, menu raya cuma 2 aje- laksa dan ketupat. Mak buat ketupat dan gulai daging, aku pulak buat kuah laksa. Kalau raya kat Perlis memang akulah tukang buat kuah laksa. Adik2 jangan di harap. Remaja zaman sekarang memang tak sama macam time aku dulu2. Kalau aku dan adik no.2, buat kerja sebab dah rutin, dah jadi kebiasaan. Tapi dia orang tu kalau nak suruh tolong mak @ buat apa2 keje mesti nak kena suruh sampai berkali-kali, lepas tu kadang2 menjawab @ 'merampuih' kata orang perak. Lepas tu suruh buat satu benda, itu ajelah yg depa buat, lepas tu lari (main sms/bergayut/main PS), bukannya nak tunggu kat dapur dan tolong buat kerja lain pulak. Kesian kat mak.

Saturday, January 7, 2006

Kesian

Azan subuh tengah dilaungkan, nak kena stop tenet nih. Tiba-tiba dengar pintu bilik dibuka.

Rupa-rupanya my daughter (yang lain masih tidur lena lagi).

Dia terus datang kat aku.

"Ibu, harini sekolah tak?"

"Tak nak gi sekolah" *sambil mengalirkan air mata*

Kesian... hari ni cuti, esok, lusa dan tulat jugak.

Kesian.... sampai tak lena tidur dia agaknya.

Jumaat & Sabtu

No update semalam, apa tidaknya bangun lewat setengah jam dari biasa- huh, terpaksa jadik speedy gonzales. Lupa nak kunci jamlah pulak. Selalu tu kalau kunci jam pun, tak dan dia bunyi aku dah bangun dulu. So semalam jam tu balas dendam kat aku.

Macam biasa anak dara aku tu dok teriak, celik bijik mata saja dah kata tak mau pi sekolah. Bila ada problem macam ni, ramai pulak yang tanya kat aku "Anak bongsu ke?". Nak kata bongsu tu tak sampai hatilah pulak. Tapi nak kata bukan pun tak boleh sebab memang dia yang last. Last dari 2 orang, bukan last dari 4 orang ke 6 orang ke. Pada aku nombor 2 tu bukan bongsu. Kesian dia tak dak adik. Dia tak tau mak dia takut beranak. Mak dia beranak sorang saja dulu pun mak dia dah tak mau mengandung lagi dah, takutttt.... tapi rezeki Allah nak bagi lagi seorang anak yang comel dan banyak akai dan melengkapkan 'gu', sorang boy dan sorang girl.

Pasal nak tukar ke Penang hari tu, just in case kalau ada orang nak tahu lah, sebenarnya kebetulan ada seorang staff tu dari Penang nak balik ke HQ sebab husband dia dah kerja kat area KL. Jadi opportunity dah terbentang luas untuk aku grab. Kesian kat dia. Bila my application rejected, dia tak dapatlah tukar walaupun application dia approved. So, kedua-duanya kena sabar. Kena tunggu lagi masa yang sesuai.

Hari ni nak balik ke TR, tapi aku belum siap apapun lagi. Itu yang bangun subuh2 buta nih, patutnya dok pulun packing tapi dok mai bertenet pulak.

Semalam, berita mengejutkan bagi umat Islam iaitu kejadian bangunan runtuh di Mekah, penarikan balik sijil halal dari satu kilang kat Perak dan rampasan ayam dan lagi.

Walaupun kejadian bangunan runtuh di Mekah itu bukan bencana alam tapi lebih kurangpun sama impact nya, kalau ditakdirkan kita berada di tempat tersebut, memang tak dapatlah kita nak elakkan lagi ketentuan kita samada cedera atau meninggal dunia. Aku doakan jemaah yang meninggal dunia itu ditempatkan di kalangan orang yang salih.

Yang aku tak puas hati sangat ialah berita penarikan sijil halal tu. Bukan. Bukanlah aku ni tak setuju sijil nya ditarik balik tapi aku bengang sangatlah, tak tahu nak bengang kat sapa. Dulu kes sosej tak halal, sekarang nugget. Syukurlah kita tahu dengan jelas brand yang ditarik balik lesennya tu. Kadang2 kat paper ni deme tak nak kabo brand, terpinga-pingalah kita meneka-neka. Nak makanpun payah. Itu belum masuk cerita-cerita yang disebarkan kat internet. Kalau ikutkan banyak sangat benda yang haramnya.

Pada aku inilah masalah yang sebenar. Banyak sangat cerita yang disebarkan di internet dan kita tak tahu yang mana satu yang betul dan yang mana yang tipu. Yang betul tu memang bagus sebab tujuannya nak maklumkan kepada orang ramai, tanggungjawab sosial. Yang tak betul tu yang geramnya, sebab niat email yang sebegitu biasanya adalah untuk menjatuhkan orang. Maklumlah bila ada orang yang berjaya sikit, mulalah keluar dalam internet kata proses nya tak halal dan sebagainya. Ambik contoh Amin@hHAss@n. Ada satu masa tu bukan main heboh lagi kilang tu kilang cina, buat produk tak ikut prosidur. Bila aku kebetulan pi melawat kilang tu, aku ambik lah kesempatan tanya pekerja kat situ. Memang sah fitnah. Aku pun dah pernah pi melawat 2 kilang proses ayam, satu kat melak@ dan satu kat p0rt kl@ng.

Ish.. panjang sangat dah entry ni.

Aku nak tambah sikit aje lagi.... iaitu aku soooo looking forward nak balik raya haji ni. Tahun ni raya haji kat Perlis. Dua sebab kenapa raya haji kat perlis. Satu, sebab dah lama dah tak raya haji kat sana (public holiday 1 ari je kat sini) dan keduanya sebab nak menengok mak & adik2 yang menjadi mangsa ayag bah.

Aku memang seronok sangat nak raya haji ni pasal hangpa tak tau betapa syoknya raya kat perlis. Meriah wo... boleh makan mihun sup lauk daging. Boleh jumpa daging dalam kebanyakkan masakan *terliur nih* Kat TR pun ada daging gak tapi MIL tu tak leh mkn, anak dia pun 2-3 org tak mkn daging, so daging is no-no kat rumah MIL. Boring betul...

Thursday, January 5, 2006

Khamis

Berdasarkan perancangan awal, sepatutnya hari ini aku masuk office (full day). Sarah is suppose to be doing well sebab ini bukan first time dia masuk sekolah. Jadi, earlier, aku budgeted dalam 2 hari je lah cuti. Nampaknya kena cuti lagi sebab dia dah demam. SElamat bercuti lagi mak orang oi...

Itu perancangan terdekat, kalau ikut perancangan yang aku dah buat lama dah dulu, sepatutnya aku tak tinggal di Shah Alam lagi dah. Sepatutnya aku dah start kerja dekat regional branch di Penang. Kiranya kalau ikut perancangan awal tu, kami, anak beranak ni dah jadi orang penang. Boleh kroni ngan AuntyN, Jiwarasa dan Joe Penang.

Namun, HARI INI, aku masih kat sini. Aku rasa sedih. Bukan kerana aku tak dapat pergi ke Penang. Bukan. Penang tu hanyalah escape plan. Aku sedih kerana masih di department ini. Department yang aku telah cuba sedaya upaya untuk keluar since 2001. Selama hampir 5 tahun, baru bulan puasa yang lepas aku memberanikan diri mohon transfer. Nak mohon transfer pun kena solid reason and my reason was hubby was offered a job in Gurun in middle of 2006. Since transfer tu rejected, hubbypun KIV dulu offer tu. Sebelum aku mohon transfer tu aku dok minta kerja through jobstreet dan iklan di paper tapi hampa.

Kat kompeni aku ni ramai staff yang resigned sebab kena transfer ke division yang ada kat Selangor ni (tapi jauh-jauh le tempatnya, macam kat Sepang). Kadang2 aku fikir kenapalah depa tak transfer aku ke sana, aku nak! **Pick me! Pick me! Though I'm fat but still adorable** Aku nak keluar dari sini. Tapi akupun pengecut jugak sebab tak berani nak mohon transfer, nak mohon nak bagi reason apa? Nak kata ikut laki, tak de lah jauh bebeno Sepang tu dgn KL, kalau berulang tak sampai sehari semalam pun.

Seperti biasa sini birokrasi banyak kuat, kena isi borang dengan beberapa top management kena bagi autograph. Kalau deme tu menanya, apa aku nak jawab? Takkan nak cakap tak suka kat department ni? Nanti kena fired teruih? Baru padan muka aku yang comel macam Adiba Nor tu.

Sebelum aku kena fired, baik aku belajar cara2 menggunakan fire extinguisher. Ianya sangat berguna di kala kena fired atau semasa kecemasan seperti bontot atau telinga yang berasap.

Wednesday, January 4, 2006

Hari Ke-2 Sekolah

Hari ini my daughter melalak lagi kuat dari semalam. Dia kata tak nak sekolah situ.

Aku tanya "Habis nak sekolah kat mana?"

Dia:"Tak nak sekolah, nak ikut ibu"

Aku:"Ibu nak kerja lah! Pergi sekolah lama nak? Tabika Kemas tu..."

So, aku bawa dia pergi ke tabika lama.

Sama jugaklah, melalak-lalak, tarik-tarik kain.

Ok, pergi balik pra-sekolah. Dah jelas my daughter bukan nak balik ke sekolah lama tapi sebab dah bercuti terlalu lama. Sampai kat pra-sekolah, melalak-lalak sambil tarik2 kain aku, nasib baik tak tanggal kain. Paksa gak masuk dalam kelas lepas tu aku belah.

Nampak gayanya, aku cuti seminggu gamaknya.

Tuesday, January 3, 2006

Selasa- Hari Pertama Persekolahan

Letih- itu yang aku boleh described pasal semalam.

Babysitter anak2 aku dah ke Mekah, kami ni dah macam chaos pulak nak menguruskan budak2 ni sebab selama ini KJ tu (wife) jaga anak2, dan AA (husband) jadi driver untuk hantar budak2 ke sekolah (bukan anak aku saja, anak2 jiran pun).

Jadi, kena fikirkan alternatif lain.

Double shock for my daughter sebab:
1) tabika baru untuk dia - pra-sekolah kebangsaan
2) lepas pra sekolah kena pergi daycare kat satu taska/tabika berdekatan dengan sekolah dia

So, pagi kat pra-sekolah dia melalak-lalak nangis tak mau sekolah, after about 1-2 hours dia dah calm down. Lepas tu kat taska melalak-lalak lagi satu round. Kesian.....

For my son pulak, pagi pergi sekolah KAFA, about 11 am dia balik dan kena jalan kaki dari sekolah untuk transit kat taska/tabika yang sama (yang my daughter pergi), lepas lunch, mandi dan tukar baju, dia kena jalan kaki ke sekolah kebangsaan (premis yang sama dengan pra-sekolah my daughter).

Semalam, beside kena calm down my daughter, kena jugak buat practical training untuk my son. Jadi aku kena temankan dia (my son) jalan dari sekolah KAFA ke taska dan dari taska ke sekolah kebangsaan.

All of these cuma untuk Januari sahaja. Next month anak2 akan stay rumah babysitter dan follow routine dulu.

Can't wait for February.

Sunday, January 1, 2006

Hari Pertama 2006

Seronoknya hari ini tahun baru!!!

Oh tidak, aku bukan menyambut tahun baru dengan menunggu detik 12.00 pagi di Dataran Merdeka, sambil menari dan menyanyi and what not tapi seperti juga rakyat Malaysia yang lain aku suka Hari Cuti Am nya. Semua orang suka cuti. Ada tak yang tak suka? Rakyat M'sia ni asalkan cuti je mesti best. Macam aku ni, asalkan cuti aje mesti sambut, sambut cuti lah, apa lagi. Tak kira lah cuti apa, Thaipusam ke, Wesak ke, Raya Cina, Raya Org sikh, Raya Omputih, mesti aku suka punyalah- sebab hari tu public holiday.