Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Saturday, December 9, 2006

Saya ada, masih hidup lagi Alhamdulillah.

Lamanya saya tak update kerana banyak perkara berbangkit.

Pertamanya semasa family adik saya dari Miri tu transit kat rumah saya, PC saya rosak. Sayapun terlalu sibuk, tak dapat nak layan adik sayapun, apatah lagi nak merawat PC saya. Kebetulan masa tu saya ada 'meeting besar', biasalah yang 3 bulan sekali saya kena handle tu. Jadi memang bz yang amat eh.

Lepas tu bila adik saya dah balik ke kampung, dalam dok penat tak habis tu, singgah pulak 2 family kakak ipar pulak yang transit kat rumah saya sebelum balik ke kpg di Ipoh. Dia org tu pergi ke JB, rumah kakak ipar yg duduk kat sana. Dari JB dia org singgah pulak shopping sakan kat Nilai3. Kakak ipar yang no. 1 tu anaknya yang sulong akan berkahwin pertengahan tahun hadapan, so dia buat persediaan awal untuk majlis tu. Bagus lah kan, dari sekarang dah buat persiapan, jangan tunggu last minutes.

Selang sehari selepas kakak2 ipar datang, parent saya dan adik2 saya pulak datang dari kpg. Merekapun transit kat rumah saya sebelum pergi ke rumah adik saya yang bukak company buat training di PD. Isteri adik saya bersalin 2 minggu lepas, dapat baby girl, jadi dia org nak buat Aqiqah hari Ahad ini. Jadi mak saya nak pergi awal untuk membantu dia org. Saya sendiri teringin jugak nak pergi awal tapi ada pulak meeting yang kena attend pada jumaat pagi. Lagipun transport pun tak ada lah. Bapa saya bawa kereta saya ke PD. Ingatkan kalau bapa saya ambik kereta saya, bolehlah saya guna kereta spare tapi rupa-rupanya hari yang sama bapa saya datang, kereta tu dah dibeli orang dan dia ambik kereta tu terus. Sebab dah janji dengan parent saya maka saya bagi jugaklah dia orang pinjam kereta saya pergi ke PD. Alhamdulillah selesai lah sudah masalah kereta spare saya ni.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pasal PC pulak, dah selalu buat hal kan. Dalam entry aku bulan Feb yang lalu, aku ada tulis '12 bulan dari sekarang, kalau PC 'kong' boleh cerita dalam blog lagi', nampaknya tak sampai 12 bulan dah buat hal lagi. Kali ni puas aku buat recovery and what not tapi PC ni tetap kong jugak. Akhirnya di satu petang yang suram aku pun pergilah bawa CPU ke kedai untuk buat post mortem. Rupa-rupanya hard disk aku dah crash, ya lah, dah sampai ajal dia lah kot sebab dah 6 tahun dah aku dok belasah PC ni. Nasib baiklah Allah telah mengurniakan aku dengan sedikit ilmu pasal PC dan Allah telah melingungi saya dari ditipu. Mula2 tu org kedai tu offer aku hard disk baru yang lebih rendah capacity nya, yang crash tu 20 gig tapi yang nak diganti nya tu cuma 8 gig, "tak ada stok" katanya. Tak kisahlah kan, aku cakap dengan org tu yg aku ada sumber utk dptkan hard disk yg lebih murah. Lepas tu dia offer pulak kat aku untuk trade-in aje CPU aku tu dekat dia dgn harga 'seratus lebih' dan ambik CPU baru dengan harga 'seribu lebih'. Giler ke hapa? Aku beli hard disk baru, 80 gig pulak tu baru la RM160, lepas tu aku buat sendiri semua, buka, pasang, setup, format bla bla bla. Memang naya le kalau aku trade-in for the price of 'seratus lebih'! So, you all, watch out for peniaga cekik darah ala AhLong, dapatkan nasihat kwn2 sebelum decide nak buat apa-apa, tak kisahlah hal PC ke, hal kereta ke, hal bank ke, OK? Take care!

3 comments:

  1. peniaga taiko gini, lama2 sendiri hancur juga, tak kira la dia melayu, cina, india, islam, kristian, budha ke apa ke... dah tentu dia jahat, dan jahat tak leh menang punya...

    ReplyDelete
  2. Patutlah lama tak muncul Kak Ni. Banyak agenda rupanya.

    Pasal peniaga PC tu kan, saya pun dah terkena ni. HDD mmg besar capacity tapi something with the technology, adik saya kata ni senang rosak.

    ReplyDelete
  3. Jangan terlalu relaks... minggu depan ni Raya Haji, tentu sibuk lagi.

    ReplyDelete