Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Wednesday, November 22, 2006

What? Previous entry on 14 November? Ish ish ish awat aku jadi tak produktif ni?

OK, untuk nak tahu lebih lanjut pasal sakit meroyan, silalah pergi ke sini, satu penerangan dari segi perubatan moden. Perubatan sakit meroyan dari segi tradisional pun ada tapi aku tak tahulah macam mana rawatannya, yang aku tahu mak aku selalu cakap - kena berubat, kena berubat, kena berubat (most probably - air penawar dan air ubat akar kayu).

Syawal dah habis kan? Kenalah tukar lagu dan header blog ni kepada..... kepada tema cuti sekolah...yuhuuu...

Cuti sekolah dah bermula. Adik yang mengajar kat Miri pun dah balik ke semenanjung. Buat masa sekarang ni transit kat rumah aku dulu sebelum balik ke kampung. Seronoknya anak-anak aku dapat main dengan sepupu dia orang walaupun sepupu dia orang tu kecik lagi, baru 2 dan 3 tahun (2 orang) sedangkan anak2 aku dah 6 dan 9 tahun. Kesian adik aku sebab aku tak dapat nak bawa dia berjalan2. Aku tak boleh nak cuti la sebab kat office tengah busy. Pendek kata, 'timing' dia orang tu dengan aku tak betul.

Nak cerita sikit. Semalam aku pergi ke satu function tu kat N9. Aku memang seboleh mungkin tak nak pergi (biasalah aku ni kalau kena pergi mana-mana mesti tak nak pergi punya, teruk!) tapi dek kerana takut kena marah dengan big boss, aku pun 'paksa rela' pergi ke function tu. After all pergi dengan kereta kompeni, apa lagi nak komplen kan?

Bila sampai kat function tu aku dah terlewat, majlis tengah baca doa. Menteri pun dah ada. Aku diberi tempat duduk di satu meja tu, bersama dengan 3 orang budak2 dan seorang perempuan yang cantik jelita. Kerusi yang selebihnya kosong (meja tu untuk sepuluh orang tapi cuma kami berlima yang duduk situ). Tempat duduk aku tu direct aje ngadap menteri yang mejanya selang satu aje dari meja kami tu. Lepas tu perempuan yang cantik jelita tu cakap budak2 tu anak Managing Director. Aku pun terfikirlah, kalau anak2 ni anak MD, hang (perempuan) tu siapa? Bini MD ke? Dah lama duduk barulah aku dapat tanya dia, rupa-rupanya dia tu PA kepada MD, kena babysit pulak anak2 MD. Ooooo... gitu....

Lepas tu ada tarian PGL. Ini yang sebenarnya aku nak cerita. Geli lah aku tengok persembahan tu!

Geli! Geli! Geli!

Mana aku tak geli, cubalah you all bayangkan tarian PGL, kan ke tangan nya tu angkat2 ke atas gaya macam tarian egypt zaman dulu-dulu tu... dan bayangkanlah panari2 lelaki nya bebulu ketiak lebat.... aduhai.....

Kalau tengok kat TV tak pelah, ini live show, duduk meja depan2 pulak! Eeee... geli nyer I.... wekkkk

12 comments:

  1. kelakar lah ayat last tu..

    geli geli geli....

    kah kah kah...

    pb pun tak sanggup nak tengokkk

    ReplyDelete
  2. panjang mana hutan nyer? kekekekekek....kelakar betul...

    ReplyDelete
  3. eiii awatlah tak tebas dulu hutan tu sblm buat show...tak beretika sungguh...macam la kalau hutan tebal mcm tu macho...hancurrr ada la kui kui kui

    ReplyDelete
  4. PB, Alex & Alinlai,
    Memang lebat you, dari meja aku tu nampak hitam aje selonggok... 3 orang pulak tu!!!
    Terpaksalah aku pandang orang lain, pandang menteri (Dato' Azmi Khalid), pandang adun, pandang bumbung, pandang kipas......

    ReplyDelete
  5. ala... nak makan mesti takmoh langsung jeling2 kat penari2 tu kan? hehehe

    ReplyDelete
  6. sabar aje lah...lalu ker makan ahni?

    ReplyDelete
  7. Wan dan Ajzie,

    Masa persembahan tu belum time makan lagi la.... persembahan tu just before launching

    ReplyDelete
  8. you know what Cik Ni, in some part of the world "bulu ketiak" ni kira seksi... sampai yang perempuan pun simpan bulu ketiak... :)

    ReplyDelete
  9. introduce those dances to schick gillete!

    ReplyDelete
  10. ahaks... ingat tak masa kecik2 dulu, main apa tu lagu.. bebulu ketam masin, malikin conget... mesti ingat bulu tiak tu.. ahaks..

    ReplyDelete
  11. hahaha..

    kalau buat intermission iklan best tuh

    ReplyDelete
  12. kok yer pun, armpit tu kasik bersih la dulu! geli jugak...

    ReplyDelete