Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Friday, October 6, 2006

Tag ini, Cyberdad yang started. Sebagai blogger yang berhemah, maka kenalah aku bagi moral support pada rakan blogger aku. Nah, ni dia:

First time, aku berpuasa.
Tak ingat la masa bila tapi masa tu kat sekolah menengah kot… tak pun masa darjah 6. Teruknya aku ni kan. Bukan nak salahkah sesiapa tapi my mum ni mualaf, dulu dia takut sangat anak dia ni tak tahan berpuasa, nanti pengsan kat sekolah ke, jadi dia memang tak bagi puasa. Kena pulak aku ni dulu masa standard one sampai standard five kat sekolah jenis kebangsaan cina, mana ada orang puasa kat sekolah tu?

Darjah 6 baru ditukarkan ke sekolah kebangsaan. So, samada masa darjah 6 atau tingkatan satu barulah aku mula berpuasa.

First time, aku berpuasa penuh.
Tak pernah le. Mesti ada cuti seminggu punya. Nape, tak percaya?

First time, aku berpuasa jauh dari family.
Tak de lah jauh sangat, masa duduk kat hostel – MRSM Peghelih. Lebih kurang beberapa puluh km aje dari rumah aku. Yang tak seronok tu sebab bila sahur kena bangun dan bersiap seadanya sebelum pergi sahur kat kantin (takkan tak paham kot, org pompuan wajib menutup aurat – so kenalah pakai tudung dan baju kurung, bukannya baju tidur).
Sorrylah, tak ingat nak cerita apa lagi dah… (ingatanku memang kureng gitu)

First time, aku bayar zakat fitrah sendiri.
Tak pernah. Masa bujang ayahanda ku yang bayar. Dah kawin kekanda ku yang bayar. Muahahahah

First time, jatuh sakit semasa berpuasa.
Tak ingat.

First time puasa sebagai seorang suami/isteri.
Masa tu tinggal kat Jalan KK, Peghok. Kami selalu berbuka kat rumah pak & mak mertua. Kalau hari kerja tu kesian kat pak & mak mertua. Makanlah depa berdua dengan seorang anak dara yang masih bujang – jadi bertiga lah sebenarnya dia orang ni. Kalau kami pergi join barulah ramai sikit kan. Kami pun tak lah boring sebab kalau tak berbuka dengan dia orang bermakna kami berbuka berdua aje lah. Sekali dua mungkin romantic tapi kalau dah banyak kali tu jadi tak seronoklah pulak.

Sekali sekala kami pergi berbuka hotel. Masa tu mampu lagilah sebab belum ada anak. Duduk pulak kat Peghok, kos hidupnya rendah.

Kalau hari minggu pulak….fuh… jangan tak percaya, macam nak kenduri pun ada bila 10 orang anak pak & mak mertua dan family dia orang berkumpul untuk berbuka puasa. Masa tu riuh rendah tak terkira. Berbuka puasa macam nak raya pun ada. Memang best tapi itu semua tinggal kenangan ajelah sebab kamipun dah duduk kat S’ngor sekarang. Pak mertua dah arwah. Mak mertua berbuka kat rumah anak2. Kalau weekend pun dah tak berkumpul lagi macam dulu.

First time puasa sebagai ibu.
Sama jugak cerita nya macam kat atas. Selalu berbuka di rumah pak & mak mertua. Baby ok, tak kacau punya.

First time puasa di oversea.
Tak pernah le aku pergi oversea pun.

First time bukak puasa kat ofis.
Tak pernah. Tak kose aku nak berbuka kat pejabat.

First time berpuasa terlupa sahur (tahun ni).
Pun tak pernah. Terbangun lewatpun tak pernah.

Okeh, sesiapa yang melawat blog ini pun kena tag! Muahahahahah

7 comments:

  1. waahh teringat jugak buka puasa ramai-ramai. hu hu

    ReplyDelete
  2. ni template bulan posa ke??? heheh...

    takkan tak penah posa penu kot??? mana tau bulan posa jatuh time pregnant ke... tak penah???

    ReplyDelete
  3. hihi tag jangan tak tag...ajzie nanti2 lah.

    ReplyDelete
  4. wei..nyesal aku bukak blog ko..
    nanti ler bila senang2 aku buat..

    dah nampak anak bulan dah?

    ReplyDelete
  5. Eeke dah kena tag ler pulak.. Jawab kat sini boleh ker?

    1st time posa masa sekolah rendah.. anak sulung kena tunjuk contoh elok kat adik2.. puasa paksa.

    1st time puasa penuh masa errr.. masa sekolah rendah gak. darjah 5/6 kot.

    1st time posa jauh dari family masa kat kolej..

    1st time bayar zakat tak pernah lak. tak abah, hb bayarkan

    1st time sakit masa posa ialah masa ngandong anak 1st :D

    1st time posa sbg isteri nangis waaa kena bangun n masak sendiri.. back in 98 kat balakong

    1st time posa sbg ibu takde masalah.. along berenti menyusu awal n posa takde masalah, lgpun arwah mak mertua ada

    tak pernah posa kat oversea

    pernah bukak posa kat ofis pasal buat iftar.. order makanan caterer :)

    tak pernah lagi dalam tahun ini terlupa untuk sahur atau bangun sahur..

    hehehehe ok ke Kak Ni?

    ReplyDelete
  6. ahni,
    done.. mine is in my blog :)

    ReplyDelete