Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Friday, October 13, 2006

Ini adalah update ringkas aku hari ini sebab aku tahu biasanya hari Jumaat tak ramai orang masuk blog. Agaknya busy nak siapkan kerja yang sepatutnya siap 'minggu ini' dan bukannya tunda ke minggu depan.

Hari ni aku masih happy. Semalampun aku happy. Dah 2 hari aku happy. Malam kelmarin aku mimpi jadi askar. Mmmmmm.... indah sungguh mimpi aku tu, mimpi aku jadi askar! Kalau nak ceritapun aku dah tak ingat story apa yang aku mimpi tapi yang pentingnya- aku jadi askar!

Heran?

Aku ni dari kecik lagi memang minat kerjaya tentera ni. Kalau hari merdeka tu mesti aku tertonggok depan tv nak tengok askar buat perbarisan kat dataran merdeka. Dah masuk sekolah menengah aku pun masuk kadet. Kat U aku masuk palapes. Bila dikenang-kenangkan memang seronok sangat.

Malangnya walaupun aku minat sangat tapi aku tak pulak memilih tentera sebagai karier aku. Untuk kerjaya aku lebih suka nak jadi orang keparat korporat. Al maklumlah masa muda2 dulu tengok tv -drama swasta, drama minggu ini - orang2 kat bandaraya semuanya hidup mewah dan senang bila kerja korporat i.e. bisnesman, loyar, doktor. Kalau fresh graduate tu dapat kerja terus ada office (bilik) sendiri, fuh! Memang best giler lah... tapi rupa-rupanya bohong, tipu, dusta semata-mata! Aku ni dah 12 tahun kerjapun tak dapat lagi beli kereta merc @ bmw @ porshe dan kereta2 lain yang sewaktu dengan nya, officepun taklah pulak duduk dalam bilik sendiri, jadi bos pun tidak. Memang confirm lah dalam tv tu semuanya tipu! Kesian aku anak kampung kena tipu.

Jadi, kalau dapat jadi askar dalam mimpi memanglah menggembirakan aku. Sepuluh kali lebih gembira dari mimpi dapat duit banyak2 sebab bila bangun dari tidur bukannya duit tu dapat pun, lagi frust ada lah sebab duit yang banyak tu cuma mainan tidur!

Ya, seronoknya,indahnya mimpi jadi askar.

8 comments:

  1. he he he...cita-cita masa kecik
    nak jadi askar, polis dan bomba lawak sungguh...best gak mimpi merepek macam tu kan :)

    ReplyDelete
  2. ahni, dalam mimpi tu jadi askar pangkat apa?
    so far tak pernah lagi mimpi jadi ape-ape.. mlm td mimpi balik kg tapi tetiba turun salji kat kg! Ini kes anak sedara duk jerit dalam phone "makcu!! nak main salji!"

    ReplyDelete
  3. saya la ni tetiap mlm mimpi air, apa makna ha?

    ReplyDelete
  4. alinlai;
    anak2 sekarang ni tak pulak minat nak jadi tentera/polis, macam anak2 saya ni -nak jadi macam ibu, kerja eksekutif (duduk office cantik, ada pc, ada air-cond)... *sign* tak best pun kerja eksekutif tu anak2 woi....

    ubi;
    tak tahulah pangkat apa, tapi tetaplah askar, siap pakai uniform lagi, dalam mimpi tu saya pergi melawat quarters askar yang sedang under renovation (termasuklah rumah saya sendiri kat quarters tu)

    atenah;
    mimpi air orang kata rezeki, donno how true

    ReplyDelete
  5. Seingat saya, saya tak pernah mimpi jadi askar. Mungkin, sebab bapak saya askar.

    Askar nii disiplin nya tinggi. Masa dipatuhi dalam minit. 1232 hrs. 1733 hrs.

    Tubuh badan senentiasa berjaga kerana selalu berolahraga.

    Maaf merapu dipetang Sabtu. :-)

    ReplyDelete
  6. Seingat saya, saya tak pernah mimpi jadi askar. Mungkin, sebab bapak saya askar.

    Askar nii disiplin nya tinggi. Masa dipatuhi dalam minit. 1232 hrs. 1733 hrs.

    Tubuh badan senentiasa berjaga kerana selalu berolahraga.

    Maaf merapu dipetang Sabtu. :-)

    ReplyDelete
  7. mimpi jadi askar Kak Ni? memang minat eh?

    ReplyDelete